What's on your mind?
TEXT
POLL
- All15 posts
- General15 posts
Sort by
Card Layout
Sudah lama saya ingin kongsikan tentang ini. Google Chrome Web Store ada beberapa aplikasi "extension" khas yang boleh dipasang pada mana-mana browser (berasaskan Chromium) untuk membuat screenshot (tangkapan gambar) dari video YouTube. Contohnya, saya memasang aplikasi bernama "Screenshot YouTube" dan boleh menangkap skrin dengan sekali klik sahaja (untuk pengguna PC). Di YouTube ada Ejen Ali Musim 1 dan 2, 26 episod kesemuanya. Saya sarankan anda cuba guna aplikasi ini dan peroleh screenshot yang cantik-cantik dari episod-episod berkenaan. 😉
Kalau musim 3 kena langgan Hotstar dulu, lepas tu jangan lupa matikan "Hardware Acceleration" dalam tetapan browser, lepas tu buat Fullscreen dan tekan kekunci Prt Sc macam biasa. Mohon jasa baik elakkan daripada menangkap gambar dari video cetak rompak. 🙏
Oleh itu, saya telah mengemaskinikan rencana yang pernah saya cipta untuk membimbing "ejen-ejen" lain membina rencana. Terus-terang, saya berasa sedikit kecewa kerana hampir tiada ahli yang tampil menyahut cabaran mengarang atau memperkemas rencana dengan lengkap. Maklumlah wiki ini tidak dijaga dengan begitu baik (jika dibandingkan dengan Wiki BoBoiBoy).
Mungkin dalam masa akan datang saya akan terpaksa undurkan diri dari aktiviti-aktiviti wiki ini atau mana-mana wiki berkenaan AniMY. Saudara Ailman Aisy yang dulu rajin usahakan tempat ini pun nampak gayanya semakin kurang aktif. Sebab inilah kami harapkan editor pelapis untuk lestarikan Ejen Ali Wiki. Saya pun terfikir alangkah baiknya kalau tokoh-tokoh YouTube yang pakar AniMY seperti Sifudin "and the gang" dapat meluangkan masa untuk memperbaiki dan menambah ilmu dalam wiki-wiki Ejen Ali, BoBoiBoy, Mechamato dsb, itu pun kalau banyak masa lapang dan pandai tulis karangan panjang lebar. 😁
Takpelah, sekian saja buat masa ini. Saya akan terus menyumbang kepada wiki AniMY selagi mampu. Ciao~
(Edited by Anakmalaysia2010)
Just Updated
Ya
Tidak
3 Votes in Poll
Bila EATM 2 akan keluar ?
Saya rasa ada gambar yang lebih sesuai daripada yang sekarang ini. Cuba gunakan yang bawah (dari FB rasmi Ejen Ali).
Satu lagi kena ingat: Fandom ada dua mod iaitu Day (cerah) dan Night (gelap). Yang tadi boleh digunakan untuk Day, dan Night pula kena gunakan gambar yang kelam sikit, macam ni:
Jadi teori 1: Saya rasa cinco Dikenali Sebagai Agen Jenny mempunyai seorang anak perempuan bernama Kimberly Song iaitu Ejen Kim pada akhir episod 7
Cawangan Timur = Korea/Japan
Cawangan Utara = Russia
Cawangan Barat = England/Amerika
Cawangan Selatan = Indonesia
Apa pendapat korang?
Ketika menulis catatan ini, Ejen Ali musim 3 sedang rancak ditayangkan di Disney+ Hotstar, tetapi kalau wiki ini susah nak diperkatakan. Banyak yang perlu diperbaiki, tetapi jumlah penyertaan editor di sini agak sepi. Mungkin ini kerana tiada bimbingan yang jelas untuk menarik editor baru ke Wiki Ejen Ali. Oleh itu saya terpanggil untuk menulis catatan blog ini untuk membimbing semua orang di luar sana untuk dapat memperbaiki kualiti rencana-rencana dan wiki ini secara keseluruhan.
Maaf Saudara Ailman Aisy, saya dah terlupa tentang mesej yang awak tulis di papan mesej saya 4 tahun yang lalu; masa itu saya mengalami sedikit tekanan mental dan terpaksa kurangkan aktiviti mengedit. Diharap langkah menurunkan ilmu ini dapat menarik ramai editor baru. Lama-kelamaan kena beri laluan kepada generasi baru untuk menjaga wiki ini jadi kenalah "Bertindak segera!" untuk mencari barisan pelapis.
Sekarang dah masuk musim 3, mungkin sudah tiba masa untuk ubah wajah wiki ni sikit. Contohnya gambar latar belakang, kalau boleh tukar dengan suasana Arena M.A.T.A. mesti hebat. Sebab arc (arka?) Arena ini mungkin lebih 'ceria' sikit dari dulu kot.
Y'all rasa Dr.Ghazali tahu tak pasal kematian Ejen Aliya dan pasal kewujudan MATA?
Apa pendapat kamu semua?
So what you're all thoughts after today teaser release?
New characters!!!
Korean MATA agent.. looklike Samantha Samsung (samsung anime girl)
Maybe a foreign agent also
Another foreign agent
He look like Agent Bobby with Silat move..
Saya akan mula mengemaskini maklumat yang ada dalam Wiki ini. Saya juga akan meletakkan maklumat yang ada di dalam filem Ejen Ali Misi: Neo. Saya meminta maaf jika saya meng-spoil maklumat yang ada dalam filem. Terima kasih.
PS: Dah tengok Ejen Ali Misi: Neo?
tak sangka ada juga fandom 100% bm