Aleksander Zakariiev merupakan watak dalam Ejen Ali yang mula-mula diperkenalkan sebagai ejen M.A.T.A. dari Cawangan Utara dalam musim ketiga.
Sejarah[]
Aleks mula-mula muncul dalam babak latihan bebas sebelum Pertandingan M.A.T.A. Arena, di mana dia muncul bersama tiga lagi ejen cawangan lain iaitu Rizka, Kim dan Sam, dan bertarung dengan ejen-ejen muda tempatan dari Akademi. Di pusingan pertama, Aleks lambat memulakan perlumbaan tetapi akhirnya mengejar dan menghabiskan perlumbaan di tempat keempat dengan 40 mata; naik ke tempat ketiga setelah Rizka dipotong markah.
Pada hari rehat selepas pusingan pertama, Aleks menerima naik taraf untuk Sut Gravitinya yang berupa fungsi pelenyap bunyi. Keesokan harinya, Aleks terlibat dalam pertelingkahan antara ejen antarabangsa dan tempatan di pusingan kedua Pertandingan M.A.T.A. Arena sehingga dikeluarkan dari permainan. Ketika Arena dilanda gangguan elektrik, Aleks terkurung sebilik dengan Rizka, Mika dan Roza di mana dia menghalang Rizka dan Mika dari bergaduh, malah enggan melibatkan diri dalam sebarang pertikaman lidah. Setelah elektrik pulih, Aleks dinaikkan ke tempat ketiga setelah Ali dipotong markah kerana gagal menjaga Comot yang menyepahkan kafeteria
Dalam acara memburu lencana, Aleks mengetuai pasukan berempat yang dianggotai oleh Ali, Mika dan Sam untuk bermain dalam acara mencari lencana. Dalam cabaran mengambil lencana dari tren kelajuan tinggi, Aleks menahan perjalanan tren dan menyuruh Ali mengambil pingat; selepas itu, dia terpelanting dari melepaskan tren dan cedera. Dalam cabaran planetarium graviti rendah, Aleks membimbing Ali untuk mengambil lencana terakhir, kemudian dia menyerahkan tugas pemimpin kepada Ali untuk menghabiskan perlumbaan bagi pasukan kerana dirinya menanggung kecederaan. Dalam bencana enjin pesawat liar, Aleks menolong dengan membimbing orang ramai mengungsi bangunan, kemudian menahan enjin supaya Ali dapat mematikannya.
Gajet[]
- Sut Graviti: Membolehkan pemakainya untuk mengawal graviti untuk membuat dirinya lebih berat atau ringan mengikut kehendaknya.
Rupa[]
Kulitnya cerah, matanya berwarna kuning tua, rambutnya berwarna emas bergaya brush cut (rambut atas pacak, rambut tepi tercukur) dan disikat ke belakang dan tepi. Sebagai ahli teras INVISO, dia memakai sut berwarna serba putih hitam.
Perwatakan[]
Aleks seorang ejen remaja yang pada dasarnya kelihatan bengis, tetapi sebenarnya mempunyai pembawaan yang tenang, serius dan tidak suka bergaduh. Sebagai orang yang berat mulut, dia hanya mula bersuara dalam episod MISI: BALAS. Dia juga mempamerkan sikap kepimpinan yang baik apabila menjadi ketua pasukan dalam episod MISI: BURU, lebih-lebih lagi sebagai ketua yang disenangi oleh semua ahli termasuk Ali yang mematuhi semua arahannya, malah dia menunjukkan sikap sedia berkorban dengan membahayakan keselamatan dirinya sewaktu bertanding dan ketika bencana menimpa.
Trivia[]
- Nama akhir Aleks dipetik dari Mahamed Zakariiev, seorang ahli gusti kelahiran Chechnya yang mewakili Ukraine.
- Sebelum namanya didedahkan, Ejen Aleks telah diberi kod nama sementara "Ejen Invisobearbear" oleh ejen-ejen.[1]
Galeri[]
Video[]
Rujukan[]
Papar • Sunting Watak | ||
---|---|---|
M.A.T.A. | Kepimpinan | Dato' Othman (pengasas) • General Rama Ketua Teras: Dayang (TEKNO) • Ganz (KOMBAT) • |
Ejen Muda | TEKNO: Ali • Khai • Bulat • Kim KOMBAT: Mika • Chris • Iman • Rizka NEURO: Alicia • Jet • Roza • Sam INVISO: Rudy • Zass • Moon • Aleks | |
Mentor dan Ejen Lain | TEKNO: Geetha • Fit • Razman • NEURO: Leon | INVISO: Karya • Bobby • Rahul • | |
Musuh | Numeros | Uno • Dos • Trez • Cuatro • Cinco • Seis • Siete • Ocho • Nueve • Diez |
Siri | Wak Musang • Komeng • Abang Bear • Neonimus • Analogman | |
Filem | Niki • Andik • Surya • Pengganas | |
Cyberaya | Pembesar | Dato' Othman • Dato' Hisham • Dr. Ghazali • Dr. Mala • Dr. Tong |
SRT Cyberaya 1 | Kakitangan: Puan Munah • Bella • Cikgu Bidin Pelajar: Sasidaran • Ali • Alicia • Viktor • Boy • Mia • Shaun • Mawar • Melur • Syed | |
Orang Awam | Aunty Faye • Danish • Labu |