Ejen Ali Wiki
Ejen Ali Wiki
Advertisement


Aliya ialah watak dalam siri Ejen Ali. Beliau merupakan ibu kepada Ali dan kakak kepada Bakar. Dia juga merupakan Super Ejen yang pernah mendapat anugerah kerana mencipta I.R.I.S..

Sejarah[]

Ejen Ali[]

Dalam MISI: COMOT, ia telah didedahkan oleh Dr. Ghazali bahawa Aliya telah meninggal dunia. Namun, ia tidak diceritakan apa yang telah berlaku kepadanya.

Dalam imbas kembali MISI: BANGKIT, Aliya didedahkan adalah kakak kepada Bakar. Dia pertama kali dilihat mempertahankan Bakar dari pembuli dan memberikan kata-kata semangat kepada Bakar. Sejak itu, Bakar sentiasa tidak mudah mengalah dan terus berjuang.

Dalam imbas kembali MISI: ANALOG, dia dilihat sedang menenangkan Bakar apabila dia melihatnya bersendirian dan tidak berpuas hati. Dia bermain kejar-kejar dengan Bakar untuk memberitahu bahawa mereka tidak semestinya memerlukan permainan video untuk berhibur. Dia kemudiannya mencipta permainan video bagi adiknya untuk menghiburkannya.

Ejen Ali: The Movie[]

Dalam MISI: NEO, Aliya meninggal dunia semasa menjalankan misi bersama ketua teras. Semasa peluru berpandu yang dilancarkan oleh Niki, Aliya menggunakan Override Mode untuk mengelakkan peluru tersebut meletupkan bandar. Akhirnya, Aliya menggunakan mod tersebut secara berkeadaan penuh yang meragut nyawanya. Selepas peluru tersebut melanggar peluru yang lain yang mengakibatkan meletup di udara, Aliya akhirnya meninggal dunia kerana menggunakan mod ini 100%.

Perwatakan[]

Sepanjang imbas kembali tentang Aliya, dia menunjukkan sikap berani dan baik hati. Sebagai kakak kepada Bakar, dia menjadi contoh kepadanya. Seperti yang ditunjukkan dalam imbas kembali MISI: BANGKIT, dia sentiasa memberikan kata-kata semangat kepada adik lelakinya agar tidak selalu mengalah. Dia juga ditunjukkan mahir dalam membuat permainan video mini sendiri dalam imbas kembali MISI: ANALOG. Dia juga suka menolong orang yang tidak berkemampuan di Pinggiran seperti rakannya Niki.

Petikan dialog[]

  • "Bakar kan kuat!"
  • "Kehebatan sebenar bukan terletak pada I.R.I.S atau I.R.I.S NEO. Tapi ia bergantung pada sesiapa yang memakainya."
  • "Kalau Ali yang kawal override, data mama akan dipadamkan..."
  • "Ali jangan sedih tau. Ali kan kuat."

Trivia[]

  • Terdapat nama "Ali" dalam namanya, "Aliya", begitu juga dengan Ghazali dan Alicia.
  • Ia telah didedahkan bahawa Labu, bekas haiwan peliharaan keluarga mereka telah melarikan diri dari rumah selepas Aliya meninggal dunia.
  • Dalam MISI: PRESTASI, Bakar berkata Ali berkongsi banyak persamaan dengan Aliya.
  • Aliya berkongsi pelakon suara yang sama dengan Iman.
  • Namanya didedahkan dalam kredit MISI: ANALOG.

Galeri[]

Cekupan skrin[]

Ejen Ali[]

Musim 1
Musim 2

Ejen Ali: The Movie[]

Video[]

Navigasi[]

PaparSunting Watak
M.A.T.A. Kepimpinan Dato' Othman (pengasas) • General Rama
Ketua Teras: Dayang (TEKNO) • Ganz (KOMBAT) • Djin (INVISO) • Zain (NEURO)
Ejen Muda TEKNO: AliKhaiBulatKim
KOMBAT: MikaChrisImanRizka
NEURO: AliciaJetRozaSam
INVISO: RudyZassMoonAleks
Mentor dan Ejen Lain TEKNO: GeethaFitRazmanJenny | KOMBAT: BakarRajesh
NEURO: Leon | INVISO: KaryaBobbyRahulRizwanComot
Musuh Numeros UnoDosTrezCuatroCincoSeisSieteOchoNueveDiez
Siri Wak MusangKomengAbang BearNeonimusAnalogman
Filem NikiAndikSuryaPengganas
Cyberaya Pembesar Dato' OthmanDato' HishamDr. GhazaliDr. MalaDr. Tong
SRT Cyberaya 1 Kakitangan: Puan MunahBellaCikgu Bidin
Pelajar: SasidaranAliAliciaViktorBoyMiaShaunMawarMelurSyed
Orang Awam Aunty FayeDanishLabu
Advertisement