Aunty Faye ialah watak kecil dalam siri Ejen Ali. Dia pertama kali muncul dalam MISI: I.R.I.S. di mana dia dilihat sedang berlatih seni mempertahankan diri yang dikenali sebagai tai chi sebelum dia hampir dilanggar oleh Ali yang sedang menunggang skuternya.
Rupa[]
Aunty Faye mempunyai muka berbentuk segi empat, dengan sepasang kening hitam yang nipis, mata yang besar dan hidung yang kecil. Dia memakai lipstik merah di bibirnya. Pakaian Aunty Faye berwarna serba merah jambu ungu. Dia memakai tudung yang menutupi rambutnya, tetapi jambulnya yang lebih tinggi dari tudungnya boleh kelihatan di bahagian depan. Dia juga memakai cermin mata berwarna emas serta sepasang gelang emas di pergelangan tangannya.
Perwatakan[]
Aunty Faye merupakan seorang yang peramah seperti yang ditunjukkan dalam MISI: SUSU apabila dia mempelawa Ali masuk ke dalam rumahnya selepas Ali memberitahu yang dia tertinggal kunci rumahnya. Dia bahkan memperkenalkan cucunya, Danish kepada Ali dan memberikan kepercayaan kepadanya untuk menjaga dan bermain dengannya semasa ketiadaannya di rumah. Aunty Faye mempunyai banyak barang berharga di dalam rumahnya dan tidak menggalakkan orang luar menyentuhnya sembarangan.
Trivia[]
- Dalam MISI: I.R.I.S., namanya dieja sebagai "Aunty Fay" dan pakaiannya berbeza dari yang sekarang.
- Aunty Faye tidak suka apabila ada orang memanggilnya Aunty Faizah.
- Aunty Faye berkemungkinan berasal daripada keluarga yang kaya.
Galeri[]
Gambar rasmi[]
Cekupan skrin[]
Ejen Ali[]
- Musim 1
- Musim 2
MISI: RAYA[]
[]
Papar • Sunting Watak | ||
---|---|---|
M.A.T.A. | Kepimpinan | Dato' Othman (pengasas) • General Rama Ketua Teras: Dayang (TEKNO) • Ganz (KOMBAT) • |
Ejen Muda | TEKNO: Ali • Khai • Bulat • Kim KOMBAT: Mika • Chris • Iman • Rizka NEURO: Alicia • Jet • Roza • Sam INVISO: Rudy • Zass • Moon • Aleks | |
Mentor dan Ejen Lain | TEKNO: Geetha • Fit • Razman • NEURO: Leon | INVISO: Karya • Bobby • Rahul • | |
Musuh | Numeros | Uno • Dos • Trez • Cuatro • Cinco • Seis • Siete • Ocho • Nueve • Diez |
Siri | Wak Musang • Komeng • Abang Bear • Neonimus • Analogman | |
Filem | Niki • Andik • Surya • Pengganas | |
Cyberaya | Pembesar | Dato' Othman • Dato' Hisham • Dr. Ghazali • Dr. Mala • Dr. Tong |
SRT Cyberaya 1 | Kakitangan: Puan Munah • Bella • Cikgu Bidin Pelajar: Sasidaran • Ali • Alicia • Viktor • Boy • Mia • Shaun • Mawar • Melur • Syed | |
Orang Awam | Aunty Faye • Danish • Labu |