Balistik ialah gajet utama yang digunakan oleh Alicia.
Sejarah[]
Ejen Ali[]
Sejak dia direkrut oleh M.A.T.A., dia diberi lastik dan bebola berkuasa, yang dia gunakan sebagai gajetnya.
Bagaimana ia berfungsi[]
Balistik melontarkan bebola berkuasa, apabila ia dipetik melalui jari-jemari tangan Alicia.
Kebolehan[]
Balistik boleh melontarkan beragam bebola berkuasa, seperti bebola yang boleh meletupkan gas untuk mengalihkan perhatian lawan, atau bebola yang mempunyai kuasa gas bom pelekat graviti yang boleh melekatkan musuh-musuhnya pada lantai atau dinding yang berdekatan.
- Peluru Bebola: Alicia menggunakan beberapa jenis projektil berteknologi tinggi dalam pelbagai warna yang berbentuk seperti bebola galas dengan fungsi yang berbeza-beza. Peluru yang sering digunakan ialah bebola yang berwarna hijau yang akan meletup apabila bersentuhan dan melumpuhkan musuh seperti drone dan robot yang lain. Alicia juga menggunakan bebola yang mengeluarkan asap yang mengaburkan penglihatan musuh dan mengalihkan perhatian musuh. Satu lagi bebola yang digunakan adalah bebola yang berwarna biru yang mempunyai pemasa untuk menghasilkan pusat graviti yang dapat menarik musuh daripada bergerak bebas. Alicia mengambil bebola ini melalui tiub yang dipasang di buah pinggangnya ke arah lawannya.
Trivia[]
- Balistik bertemakan sebuah lastik yang boleh menembak projektil sejauh 100 meter dengan pelurunya yang mempunyai pelbagai fungsi.
- Dalam MISI: ATLAS, Ali telah mencipta Balistik 2.0 dengan bantuan I.R.I.S..
Galeri[]
[]
Gajet M.A.T.A. | |
---|---|
NEURO | Balistik | Lightweight Jetpack | Senapang Raifal "INDAI" |
KOMBAT | Perisai Plasma | Sut MEKA | Plasmakris | Selendang |
TEKNO | I.R.I.S. | Yoyo | Aero Boots | Spherubiks | R-O Bot | Nano Enhancer |
INVISO | Sarung Tangan Titik Tekanan | Kelajuan Super | Sut Holografik | Sarung Tangan Holo | Sut Camo |
Lain-lain | Atlas |