Bukalah Matamu Streaming Now.jpg

Bukalah Matamu merupakan salah satu lagu tema Ejen Ali: The Movie. Ia dinyanyikan oleh Aisyah Aziz dan Bunga. Transmisi lagu ini boleh didapati di semua platform digital.

Lirik

[Verse:]
Kau bersinar, melangkah maju,
Walau, gelita, tanpa arah tuju,
Hidup ini, hidup ini, hidup ini satu,
Hanya kita, hanya kita, hanya kita mampu

Bukalah matamu (4x)

[Chorus:]
Bukalah matamu (2x)

[Verse:]
Kau bersinar, bermitra bintang,
Walau terpadam, jatuh dan tenggelam,

Bukalah matamu (4x)

[Rap:]
Bukalah matamu, lihat pintu itu,
Peluang datang beribu, seluas laut biru,
Arah angin lalu, mana perlu tuju,
Sedia tuk diburu, tinggal kau isi peluru

Tak kisah berapa kali,
Ku bangkit walau semalam jatuh lagi,
Tak kisah kalau diri dalam terik,
Walau sakit takkan pernah aku serik,

Satu peluang takkan pernah berulang,
Dua mata ini juga pasti terpejam,
Tiga kali ucap untuk catat yang baru,
Empat ku percaya kau hanya satu,

Jadi ku buka mata,
Pabila masih ada,
Kini kau sudah tahu,
Bukalah matamu, masa kan berlalu

Bukalah matamu (4x)
Bukalah matamu, masa kan berlalu

Produksi

Trivia

  • Lagu ini pernah menjadi kontroversi apabila dikaitkan dengan lagu 'The Calling' karya TheFatRat yang mempunyai irama dan rentak yang hampir sama.
    • Bagi menjawab isu ini, CEO WAU Animation, Usamah Zaid Yasin menyatakan bahawa Bukalah Matamu tidak memplagiat lagu itu, sebaliknya lagu itu dijadikan sebagai salah satu lagu rujukan.
    • Beliau mewakili WAU dan Media Prima Berhad bersepakat untuk meletakkan nama komposer Jerman tersebut di bahagian kredit filem Ejen Ali: The Movie sebagai penyelesaian.
  • Pada permulaan ketika lagu ini mula didengari dalam treler, lagu ini dinyanyikan oleh lelaki sebelum diserahkan kepada Aisyah Aziz dan Bunga.

Galeri

Video

Lihat juga

Community content is available under CC-BY-SA unless otherwise noted.