Ejen Ali Wiki
Advertisement


Bulat ialah watak dalam siri Ejen Ali Musim 2. Dia merupakan ejen TEKNO dari Akademi M.A.T.A..

Ringkasan

Bulat mahir menyelesaikan pelbagai jenis puzzle-puzzle kompleks. Idea penyelesaian masalah yang di luar jangkaan ketika saat-saat genting. Kebolehannya menggunakan kreativiti untuk mencipta sesuatu yang berbeza dan pada masa yang sama mempunyai fungsinya yang tersendiri. Sentiasa menguji diri menyelesaikan puzle spherubik untuk melatih kecerdasan minda.

Sejarah

Ejen Ali

Gajet

  • Spherubiks: Bulat mencipta sebuah gajet pelbagai fungsi yang hanya boleh diaktifkan oleh dirinya. Dengan mengatur petak-petak warna berbeza di atas sfera ke dalam urutan dan corak tertentu mampu mengaktifkan mod-mod yang berbeza, seperti menghasilkan confetti dan membuat robot yang menyediakan medan perlindungan. Mod-mod sfera ciptaan Bulat boleh digunakan ketika menjalankan misi dan kadangkala digunakan untuk sekadar hiburan.

Rupa

Bulat mengenakan baju ejen berwarna merah yang menandakan bahawa dia adalah seorang ejen dalam teras TEKNO. Bulat berbadan gemuk yang sesuai dengan bentuk Spherubiks miliknya.

Perwatakan

Bulat digambarkan sebagai ejen yang rakus makan dan mudah tersenyum.

Trivia

  • Nama "Bulat" diambil dari Spherubiks dan saiz badannya.
  • Bulat, Roza, Zass dan Chris berada dalam satu pasukan dalam MISI: ORIENTASI.
  • Gambar promosi yang menunjukkan Bulat, Jet dan Zass sedang penat berpuasa menandakan ketiga-tiga mereka adalah beragama Islam.
  • Dalam Majalah Komik Ejen Ali Misi 37, ia didedahkan tinggi Bulat ialah 162cm dan tarikh lahirnya ialah 6 Ogos.

Galeri

Wiki-wordmark.png
Wiki Ejen Ali mempunyai koleksi gambar untuk Bulat. Rujuk Bulat/Galeri.

Navigasi

Watak
Watak Baik Ali | Bakar | Alicia | General Rama | Rizwan | Comot | Karya | Leon | Geetha | Jet | Roza | Mika | Chris | Iman | Bulat | Khai | Zass | Moon | Rudy | Zain | Ganz | Dayang | Fit | Bobby | Rajesh | Razman | Rahul
Watak Jahat Dos | Trez | Wak Musang | Dr. Aaron | Komeng | Abang Bear | Jenny | Uno | Neonimus | Analogman | Ocho | Seis | Siete | Pengganas | Niki | Andik | Surya
Watak Lain Aunty Faye | Shaun | Syed | Dr. Tong | Bob | Viktor | Mia | Puan Munah | Dr. Ghazali | Dr. Mala | Melur | Mawar | Sasidaran | Boy | Labu | Danish | Cuatro | Dato' Othman | Puan Ong
Advertisement