Chris ialah watak dalam siri Ejen Ali Musim 2. Dia merupakan ejen KOMBAT dari Akademi M.A.T.A..
Ringkasan[]
Chris mendalami seni mempertahankan diri silat dari kecil dan berjaya menguasai gaya pertempuran menggunakan keris dalam masa yang singkat. Merupakan seorang yang fasih berbahasa Inggeris tetapi hanya mampu bertutur Bahasa Malaysia dalam dialek Kelantan setelah bertahun menetap di negeri pantai timur itu. Secara umumnya bersikap baik tetapi mudah terpengaruh dengan rakan-rakan.
Sejarah[]
Ejen Ali[]
Gajet[]
- Plasmakris: Chris memiliki sepasang keris untuk bertempur. Kerisnya boleh terapung di udara.
Rupa[]
Cara berpakaian Chris lebih mirip seperti orang berkarisma yang menonjol kepada gaya berpakaian orang berbudaya timur. Pakaiannya berwarna biru, seluar berwarna hitam, dan kasut berwarna biru. Rambutnya terpacak ke atas ala-ala jambul dan anak matanya turut berwarna biru gelap yang sama seperti Roza.
Perwatakan[]
Chris digambarkan sebagai ejen yang kurang bercakap dan juga terobsesi dengan latihan menggunakan keris.
Trivia[]
- Nama "Chris" diambil dari gajet yang digunakan olehnya iaitu keris.
- Chris bercakap loghat Kelantan, yang mana terbukti apabila dia berkata "Ambo Chris". "Ambo" bermaksud "Aku" atau "Saya" dalam dialek Kelantan.
- Chris, Roza, Bulat dan Zass berada dalam satu pasukan dalam MISI: ORIENTASI.
- Pelakon suara Chris, Iqbal Mustaqim telah mengesahkan bahawa Chris adalah seorang Kaukasia yang sukakan budaya timur.
- Dalam Majalah Komik Ejen Ali Misi 36, ia didedahkan tinggi Chris ialah 165cm dan tarikh lahirnya ialah 14 Mei.
Galeri[]
[]
Papar • Sunting Watak | ||
---|---|---|
M.A.T.A. | Kepimpinan | Dato' Othman (pengasas) • General Rama Ketua Teras: Dayang (TEKNO) • Ganz (KOMBAT) • |
Ejen Muda | TEKNO: Ali • Khai • Bulat • Kim KOMBAT: Mika • Chris • Iman • Rizka NEURO: Alicia • Jet • Roza • Sam INVISO: Rudy • Zass • Moon • Aleks | |
Mentor dan Ejen Lain | TEKNO: Geetha • Fit • Razman • NEURO: Leon | INVISO: Karya • Bobby • Rahul • | |
Musuh | Numeros | Uno • Dos • Trez • Cuatro • Cinco • Seis • Siete • Ocho • Nueve • Diez |
Siri | Wak Musang • Komeng • Abang Bear • Neonimus • Analogman | |
Filem | Niki • Andik • Surya • Pengganas | |
Cyberaya | Pembesar | Dato' Othman • Dato' Hisham • Dr. Ghazali • Dr. Mala • Dr. Tong |
SRT Cyberaya 1 | Kakitangan: Puan Munah • Bella • Cikgu Bidin Pelajar: Sasidaran • Ali • Alicia • Viktor • Boy • Mia • Shaun • Mawar • Melur • Syed | |
Orang Awam | Aunty Faye • Danish • Labu |