Dato' Hisham merupakan watak dalam Ejen Ali yang muncul pada awal musim ketiga. Dia merupakan Datuk Bandar Cyberaya sepanjang musim ketiga.
Sejarah[]
Dato' Hisham mula disebut sebagai Datuk Bandar baharu dan majikan baharu Dr. Ghazali, menggantikan Dato' Othman, sewaktu perbualan sarapan antara Dr. Ghazali dan Ali dalam episod MISI: ARENA. Orangnya muncul buat julung kali dalam episod MISI: BOLEH apabila dia muncul di pejabatnya dan bersemuka dengan Ejen-ejen Ganz dan Dayang untuk pembentangan M.A.T.A. Sikapnya yang kelihatan senang-lenang mengundang kesangsian ejen tersebut.
Dato' Hisham bercita-cita untuk memperluas pengaruh Cyberaya di peringkat dunia dengan mengongsikan teknologi Cyberaya dengan negara luar. Misalnya, dalam episod "MISI: BURU", dia mengadakan majlis pelancaran Azurium Lestari yang dihadiri oleh tetamu kehormat yang terdiri daripada pemimpin luar Cyberaya di Pusat Sains. Begitu juga, dia mengadakan tayangan khas pertandingan akhir M.A.T.A. Arena untuk tetamu kehormat di "MISI: GETIR". Cita-cita itu mendapat tentangan khususnya daripada Ejen Ganz dan Dayang yang risau bahawa pihak luar akan memperalatkan teknologi Cyberaya untuk menggugat keselamatan Cyberaya.
Dato' Hisham juga disyaki sekali menjadi Cero, ketua terulung Numeros, apabila Rizwan dan Dos memperoleh rakaman CCTV dari Pusat Sains tentang dirinya menyerahkan kunci Mainframe kepada Cinco. Akan tetapi apabila Rizwan dan Dos bersemuka dengan Dato' Hisham sewaktu Arena diserang oleh Cinco, disedari bahawa Dato' Hisham hanya dikawal oleh Nueve untuk bertindak demikian. Dato' Hisham diperalatkan oleh Numeros untuk mencapai Mainframe untuk tujuan meruntuhkan Cyberaya.
Tugas Dato' Hisham sebagai penyandang jawatan Datuk Bandar tamat apabila dia mengundurkan diri untuk memberikan laluan kepada pendahulunya, Dato' Othman.
Rupa dan perwatakan[]
Dato' Hisham tampil sebagai seorang lelaki yang bersikap santai dan ranggi, jauh berbeza dengan penyandang Datuk Bandar yang dahulu iaitu Dato' Othman. Dia tampil dengan rambut panjang dan misai. Ketika bertugas, dia memakai cermin mata, kemeja-T berleher bentuk V di sebalik blazer hitam dan seluar panjang ketat berwarna cerah. Sewaktu Numeros menyerang Pusat Sains, Dato' Hisham yang berada di situ kelihatan tenang bahkan berhasrat untuk kekal dan menolong dalam usaha menyelamat tetapi akhirnya dibawa pergi demi keselamatan. Namun, pada peristiwa serangan Arena, Dato' Hisham tampak lebih gementar berhadapan dengan ancaman yang menimpanya.
Galeri[]
Papar • Sunting Watak | ||
---|---|---|
M.A.T.A. | Kepimpinan | Dato' Othman (pengasas) • General Rama Ketua Teras: Dayang (TEKNO) • Ganz (KOMBAT) • |
Ejen Muda | TEKNO: Ali • Khai • Bulat • Kim KOMBAT: Mika • Chris • Iman • Rizka NEURO: Alicia • Jet • Roza • Sam INVISO: Rudy • Zass • Moon • Aleks | |
Mentor dan Ejen Lain | TEKNO: Geetha • Fit • Razman • NEURO: Leon | INVISO: Karya • Bobby • Rahul • | |
Musuh | Numeros | Uno • Dos • Trez • Cuatro • Cinco • Seis • Siete • Ocho • Nueve • Diez |
Siri | Wak Musang • Komeng • Abang Bear • Neonimus • Analogman | |
Filem | Niki • Andik • Surya • Pengganas | |
Cyberaya | Pembesar | Dato' Othman • Dato' Hisham • Dr. Ghazali • Dr. Mala • Dr. Tong |
SRT Cyberaya 1 | Kakitangan: Puan Munah • Bella • Cikgu Bidin Pelajar: Sasidaran • Ali • Alicia • Viktor • Boy • Mia • Shaun • Mawar • Melur • Syed | |
Orang Awam | Aunty Faye • Danish • Labu |