Ejen Ali Wiki
Register
Advertisement


Dr. Aaron Edison, juga dikenali dengan gelaran Nueve, ialah penjahat dalam siri Ejen Ali. Dia merupakan bekas pekerja di Tong Industries, yang kemudiannya diculik dan dijadikan orang suruhan Uno. Dalam Musim 2, Aaron telahpun menjadi ahli kumpulan Numeros dan diberi nama kod Nueve.

Ringkasan[]

Dr. Aaron, seorang yang obses dengan kemajuan manusia. Mempunyai personaliti yang pelik, menyebabkan dia sukar diterima oleh rakan-rakan sebaya sejak dari zaman sekolah. Dia diterima oleh Dr. Tong untuk menjadi salah seorang saintis di Tong Industries, iaitu salah sebuah pemacu kemajuan di Cyberaya.

Sejarah[]

Ejen Ali[]

Dr. Aaron adalah seorang saintis sebelum dia menjadi penjahat, dia percaya bahawa dia mahu mencipta dunia tanpa emosi, kesihatan dan semangat seseorang kerana Dr. Tong menentang matlamatnya dan memecatnya di Menara Alpha. Bagaimanapun selepas dia dipecat dan dipenjarakan, dia membuat helmet telekinetik di penjara, kerana dia melarikan diri dan mahu membalas dendam terhadap Dr. Tong. Bagaimanapun, dia dikalahkan oleh Ali, Alicia, Bakar, dan Comot. Selepas dia dikalahkan oleh ejen M.A.T.A., dia direkrut ke dalam kumpulan Uno dan mencipta senjata pemisah I.R.I.S. tetapi sebelum itu, mereka memerlukan Azurium untuk mencipta senjata. Dalam MISI: OVERRIDE, dia mengikut Dos dia dilepaskan kerana kegusarannya (walaupun dia mahu membuktikan bahawa dia boleh direkrut dalam pasukannya kerana dia membuat pemisah I.R.I.S.).

Alat ciptaan[]

  • Neurogear: Dr. Aaron mencipta alat ini untuk mengambil alih kawalan diri dan membuang segala emosi, serta menerima apa sahaja arahan. Digunakan dalam MISI: ALPHA.
  • Neurolink: Dicipta untuk mengawal pergerakan orang lain secara telekinesis. Diperkenalkan dalam MISI: BANGKIT.
  • Neurodrive: Menurut kajian asal, alat ini berkebolehan untuk memindahkan memori ke dalam medium digital. Namun, disebabkan oleh ia berpotensi untuk menjadi sangat bahaya, Neurodrive kemudiannya disimpan di dalam arkib Tong Industries. Diperkenalkan dalam Majalah Komik Ejen Ali Misi 5.
  • Separator: Dicipta untuk menceraikan I.R.I.S. daripada pemakainya secara neural.

Rupa[]

Perwatakan[]

Dia sombong, tanpa belas kasihan dan egois dan kadang-kadang menjengkelkan. Oleh sebab itu, kadang-kadang anggota Numeros yang lain suka membuli dia (seperti Trez pada Musim 1).

Trivia[]

  • Nama "Aaron Edison" merupakan jolokan kepada Thomas Alva Edison, iaitu pencipta mentol lampu elektrik.
  • Kemahiran yang dimiliki Aaron adalah sama seperti Nicolai Technus dari Danny Phantom.
  • Dalam Majalah Komik Ejen Ali Misi 5, ia didedahkan bahawa tinggi Aaron ialah 168cm dan tarikh lahirnya ialah 25 Jun.
  • Nama kod Aaron, 'Nueve' bermaksud 'sembilan' dalam Bahasa Sepanyol.

Galeri[]

Gambar rasmi[]

Cekupan skrin[]

Ejen Ali[]

Musim 1
Musim 2

Navigasi[]

PaparSunting Watak
M.A.T.A. Kepimpinan Dato' Othman (pengasas) • General Rama
Ketua Teras: Dayang (TEKNO) • Ganz (KOMBAT) • Djin (INVISO) • Zain (NEURO)
Ejen Muda TEKNO: AliKhaiBulatKim
KOMBAT: MikaChrisImanRizka
NEURO: AliciaJetRozaSam
INVISO: RudyZassMoonAleks
Mentor dan Ejen Lain TEKNO: GeethaFitRazmanJenny | KOMBAT: BakarRajesh
NEURO: Leon | INVISO: KaryaBobbyRahulRizwanComot
Musuh Numeros UnoDosTrezCuatroCincoSeisSieteOchoNueveDiez
Siri Wak MusangKomengAbang BearNeonimusAnalogman
Filem NikiAndikSuryaPengganas
Cyberaya Pembesar Dato' OthmanDato' HishamDr. GhazaliDr. MalaDr. Tong
SRT Cyberaya 1 Kakitangan: Puan MunahBellaCikgu Bidin
Pelajar: SasidaranAliAliciaViktorBoyMiaShaunMawarMelurSyed
Orang Awam Aunty FayeDanishLabu
Advertisement