Ejen Ali Wiki

Ejen Ali: The Movie ialah filem yang ditayangkan di pawagam Malaysia, Singapura dan Brunei bermula 28 November 2019. Ia merupakan kesinambungan musim kedua siri Ejen Ali dan filem pertama yang diterbitkan oleh WAU Animation atas arahan Usamah Zaid Yasin.

Filem ini telah ditayangkan semula di pawagam terpilih seluruh Malaysia bermula 6 Februari 2025. Tayangan ini turut menampilkan sedutan eksklusif berdurasi 5 minit bagi Ejen Ali: The Movie 2 yang dijadualkan untuk ditayangkan pada Mei 2025.

Ringkasan[]

Setelah direkrut secara tidak sengaja sebagai perisik, Ejen Ali yang berusia 12 tahun kini semakin cergas dalam peranannya untuk agensi rahsia iaitu Meta Advance Tactical Agency (M.A.T.A.) dalam misi melindungi kota futuristik Cyberaya dari ancaman luar.

Sinopsis[]

Setelah direkrut secara tidak sengaja sebagai perisik, Ejen Ali yang berusia 12 tahun kini semakin cergas dalam peranannya untuk agensi rahsia iaitu Meta Advance Tactical Agency (M.A.T.A.) dalam misi melindungi kota futuristik Cyberaya dari ancaman luar. Ali terkejut apabila mengetahui bahawa dia bukan lagi satu-satunya penguasa peranti Infinity Retinal Intelligence System (I.R.I.S.), kerana M.A.T.A. kini telah meningkatkan ke I.R.I.S. NEO untuk semua agen M.A.T.A.. Ketika penemuan baru itu membawa Ali kepada persoalan mengenai kedudukannya dan kegunaannya kepada M.A.T.A., dia didatangi oleh seseorang yang mendakwa tahu mengenai hubungan peribadi yang mengejutkan dengannya. Dengan mempertaruhkan kesetiaannya kepada M.A.T.A., Ejen Ali perlu mengejar masa dan keadaan untuk membongkar hubungan misteri ini.

Plot[]

Cerita dimulai dengan dua wanita muda Aliya dan Niki menyelinap ke area kargo terlarang untuk mencuri jantung buatan tetapi dicegat oleh pemimpin inti M.A.T.A. yaitu Agen Ganz, Dayang, Zain dan Djin (yang saat itu berada di pihak mereka). Aliya dan Niki cuba melarikan diri tetapi dikepung. Aliya menyuruh Niki melarikan diri dengan barang curian sementara dia terus melawan.

15 tahun kemudian, Dato' Othman sebagai datuk bandar Cyberaya menaiki kapal terbang yang dirampas oleh empat penceroboh misteri. Dia segera meminta pertolongan dari M.A.T.A, maka tibalah Ali bersama Alicia, Bakar dan Comot untuk menyelamatkan. Semasa pertarungan, ketua penceroboh meletupkan bom dan merosakkan kapal. Dato' Othman dilarikan dan penceroboh melarikan diri. Pasukan Ali bertungkus lumus menangani keadaan; Ali cuba mengendalikan pesawat dengan M.A.T.A. tetapi gagal. Dua ejen baru, Bobby dan Fit tiba untuk membantu. Bobby menyelamatkan Dato' Othman, sementara Fit menstabilkan pesawat dengan mod Override peranti baru yang mirip I.R.I.S, membuat Ali terasa hairan. Setelah diberi taklimat oleh Dayang dan Ganz mengenai projek rahsia baru "I.R.I.S. NEO" yang akan diedarkan kepada semua ejen, Ali mula meragui I.R.I.S. asalnya dan memerlukannya di M.A.T.A, yang dijamin akan memiliki unit baru kepadanya. Setibanya di rumah pada waktu malam, dia menjumpai peti muzik tinggalan ibunya yang berisi cenderamata kenangan dan mainan. Antara isi peti termasuk sebatang pemacu pen dengan simbol yang aneh. Ali cuba mengakses pemacu itu tetapi gagal. Keesokan paginya, Ali dipanggil oleh Alicia ke restoran 24 jam Mamak Maju, di mana mereka serta Bakar melalui jalan rahsia ke Markas M.A.T.A. dengan bantuan 'penjaga kedai' Rahul, Rajesh dan Razman (yang sebenarnya ejen M.A.T.A. dan sekutu Jeneral Rama) yang mengalihkan perhatian pelanggan dengan tarian dan muzik.

Kedatangan mereka di Markas M.A.T.A. disambut oleh Dato' Othman untuk membincangkan insiden rampasan kapal terbang dan mengingatkan ejen-ejen selaku orang bawahannya bahawa dia menubuhkan M.A.T.A. sewaktu membangunkan Cyberaya untuk melindungi keselamatan awam. Jeneral Rama turut hadir membentangkan hasil siasatan insiden bahawa bahan bakar utama yang diperoleh dari letupan bom itu adalah Azureum, malah senjata dan penceroboh terbabit tidak berasal dari Cyberaya. Berdasarkan hasil perisikan, Jeneral Rama mengesyaki Abang Bear terlibat dengan menyeludup senjata haram dan mengarahkan pasukan Ali menyerbu tempat perjumpaannya. Semasa Bear berurusan dengan pelanggan, Bakar cuba menangkap Bear tetapi gagal, dan Bear melarikan diri dengan senjata. Ali pergi mengejar Bear tetapi tiba-tiba munculnya tiga orang menundukkan Bear. Ketua tiga orang itu, Niki, merampas senjata tetapi Bear melarikan diri. Ali menaiki skuter mengejar Niki yang menunggang moped sepanjang jalan raya sehingga memasuki kawasan setinggan di Pinggiran Cyberaya, di mana Ali terasa sesat. hilang kawalan kenderaannya dan tersungkur.

Ali sedar di dalam gudang di Pinggiran dalam keadaan cedera dan dirawat oleh Niki. Di situ, dia terjumpa simbol pada anting-anting Niki yang sama dengan pemacu pen lalu bertanya kepada Niki tentang hal itu. Maka Niki menyedari bahawa Ali ialah anak kepada Aliya, kawan lamanya yang pernah dikenalinya di Cyberaya sejak kecil dahulu, malah Niki dan Aliya membesar bersama-sama untuk membantu golongan Pinggiran memerangi pihak-pihak yang menindas mereka. Tambah Niki, Azureum merupakan bahan yang sangat berharga untuk warga Pinggiran. Ali terkejut kerana situasinya tidak ditujukan kepada pihak berkuasa Cyberaya, dan mereka tidak mendengar dan mempedulikannya. Dia juga diberitahu tentang kekurangan Azureum untuk memenuhi kebutuhannya. Ali ditemui oleh Alicia dan Bakar, dan diberitahu mengenai penangkapan Bear. Dalam mesyuarat khas bersama pihak berkuasa Cyberaya, Dato' Othman membincangkan mengenai kemajuan projek baru kilang pintar dan menuntut kerja itu disiapkan tepat pada waktunya. Hasil soal siasat Bear menunjukkan bahawa dia berurusan dengan Vikram, pegawai operasi di Menara Beta, yang bekerjasama rapat dengan orang-orang penting dalam mengembangkan Cyberaya. Jeneral Rama menugaskan misi baharu kepada pasukan Ali bersama Bobby dan Fit untuk menyiasat secara diam-diam kegiatan haram di Menara Beta. Sewaktu menjalankan misi, mereka menemui jalan rahsia yang menjurus ke gudang rahsia di tingkat tersembunyi yang tersimpan senjata haram. Ali mengambil kesempatan untuk merisik bagi pihak Niki sementara mengumpul bahan bukti.

Sekembali ke Pinggiran, Ali membongkar hasil risikan kepada geng Niki untuk menyerbu sarang Vikram pada waktu malam. Dalam memecah masuk, mereka terlanggar sistem keselamatan sehingga mendorong Vikram untuk bertindak, tetapi mod Override I.R.I.S. Ali membantu mereka melarikan diri. Di Pinggiran, Ali dijemput ke kenduri untuk meraikan kejayaan dan berkenalan dengan Mak Yah, yang mengecam Ali sebagai jelmaan Aliya. Ali meluangkan masa untuk berbual dengan Niki dan bercerita mengenai kehidupannya sebagai ejen sehinggalah diketepikan gara-gara ciptaan baharu. Insiden pencerobohan oleh geng Niki menyebabkan Dato' Othman mengutuk M.A.T.A. kerana gagal mengambil tindakan sewajarnya. Pada masa yang sama, M.A.T.A. menerima hasil perisikan tentang senjata haram di Menara Beta dan memberikan tugas kepada ejen-ejen untuk menjalankan siasatan lanjut. Ali mengambil kesempatan untuk bersubahat dengan geng Niki dengan menyapu semua lubuk senjata haram sebelum sempat disiasat oleh M.A.T.A, sekaligus mensabotaj semua misi. Hal ini berlanjutan sehingga bangunan terakhir dibersihkan, apabila Alicia mengesyaki ada yang tidak kena pada Ali dan memanggilnya ke Mamak Maju untuk berbincang. Ali dengan marah menafikan sebarang salah laku dan membidas M.A.T.A. dalam perbualan yang diintip oleh penjaga kedai dan Bobby.

Dalam perjalanan pulang, Ali dikejar oleh ejen-ejen dan dipujuk oleh Bakar untuk mengikut mereka, tetapi Ali enggan dan melarikan diri hingga ke pusat beli-belah di mana dia terlibat dalam pergaduhan dengan Bobby dan Fit di mana Fit merampas I.R.I.S. daripada Ali. Kemudian, geng Niki tiba untuk menumpaskan ejen-ejen M.A.T.A. terbabit dan melarikan Ali. Ali mengutuk dan menyerang Niki kerana menggunakan kekerasan tetapi juga ditumpaskan oleh Niki. Ali bersama Alicia dan Bakar terjaga dalam keadaan diikat dan digantung pada kabel kren di tempat Niki. Di situlah Ali menyedari bahawa perampas pesawat Dato' Othman adalah geng Niki, malah Niki baru mengubah suai sistem I.R.I.S. NEO yang dirampas daripada Fit dalam pertarungan tadi. Niki menceritakan bahawa sistem I.R.I.S. asal dicipta oleh Aliya, malah dia menyalahkan Aliya kerana mengkhianatinya dan warga Pinggiran dengan menyertai M.A.T.A. dengan membawa I.R.I.S. sekali. Malah, beberapa tahun selepas perpisahan mereka, Niki mencerobohi markas pertahanan rahsia Cyberaya dalam cubaan melancarkan misil untuk memusnahkan bandar tetapi dipatahkan oleh Aliya yang mengorbankan dirinya dengan mengaktifkan mod Override untuk kali pertama.

Vikram yang sudah mengenali identiti Niki sebagai penceroboh gudang senjatanya tiba di Pinggiran bersama konco-konconya dan mengalahkan semua yang menghalang dengan menggunakan I.R.I.S. NEO. Ali digesa oleh Bakar dan Alicia untuk mencari ikhtiar melarikan diri, tetapi berasa kecil hati kerana mudah diperdayakan oleh Niki. Dia dihampiri oleh Mak Yah yang memulangkan peranti I.R.I.S. dan memujuknya untuk menjalankan tugas. Geng Niki yang berpakaian serba perisai menyerbu majlis pelancaran projek kilang pintar baharu dan mengambil Dato' Othman sebagai tebusan, kemudian berhadapan dengan pasukan Ali yang dibantu oleh ejen-ejen lain yang memakai peranti-peranti I.R.I.S. NEO dan kumpulan Jeneral Rama. Peranti I.R.I.S. NEO yang dipakai Niki tercapai mod Override, membolehkan Niki mengawal semua pemakai lain. Ali terselamat kerana memakai I.R.I.S. lama dan cuba melawan Niki, tetapi dijatuhkan sampai pengsan oleh Niki dengan Ejen Ganz dan Ejen Dayang dalam kawalannya, sementara I.R.I.S-nya sendiri memasuki mod Override. Dalam keadaan tidak sedarkan diri, Ali memasuki Dimensi I.R.I.S. di mana dia menemui susuk arwah ibunya Aliya yang menerangkan bahawa apabila I.R.I.S. tercapai mod Override, kesedahan pengguna I.R.I.S. memasuki dimensi ini dan segala memori tindak-tanduknya dalam mod ini tidak tersimpan dalam ingatan apabila peranti bertindak mengikut ketetapan data yang disimpan oleh Aliya. Ali meluahkan rasa kecewa atas ciptaan baharu M.A.T.A. tetapi dinasihati Aliya bahawa kejayaan bukannya datang dari peranti tetapi pengguna dan tekadnya, malah segala data Aliya akan terpadam apabila Ali mengakses mod Override sekali lagi. Ali enggan menerima kenyataan ini tetapi dipujuk supaya tabah. Ali bangkit semula dengan mengaktifkan dan mengawal mod Override untuk melawan Niki dan memusnahkan senjata-senjata pada sut perisai Niki. Sebagai langkah akhir, Niki melakukan cubaan meletupkan diri dan semua orang di sekelilingnya dengan Azureum yang tersimpan dalam sutnya, tetapi data Aliya terpindah ke dalam I.R.I.S. Niki dan menceraikan I.R.I.S. daripada Niki, maka berakhirnya pertarungan.

Susulan daripada insiden itu, Ganz melaporkan bahawa Dato' Othman sedang pulih dari kecederaan dan menyelar Ali kerana bersubahat dengan penjenayah secara senyap. Ejen Dayang memuji Ali atas jasanya dalam pertarungan yang lepas, tetapi mengumumkan bahawa Ejen Ali akan diceraikan daripada I.R.I.S. sebagai hukuman atas kesalahannya, sementara Projek I.R.I.S. NEO dibatalkan atas kelemahan-kelemahan besar yang ditemui. Ali akur dengan keputusan itu dan berikrar untuk berusaha menjadi ejen yang lebih baik.

Atas nasihat Ejen Dayang, Bakar menunjukkan kepada Ali video yang mengandungi semua kenang-kenangan dan jasa Aliya sepanjang khidmatnya sebagai ejen M.A.T.A, diakhiri dengan babak Bakar menyoal Aliya mengapa dia mahu menjadi ejen, dan jawabnya kerana mahu berjasa kepada masyarakat. Keesokan harinya, Ali, bapanya Dr. Ghazali dan rakan-rakan melawat Pinggiran di mana Dr. Ghazali mengumumkan Projek Pembangunan Pinggiran untuk membela nasib golongan tidak bernasib baik secara pembangunan mampan untuk semua. Filem disudahi dengan babak Ali dan kalangannya berkenduri di Mamak Maju.

Adegan pertengahan kredit: Dayang ditunjukkan memberikan nama Ali kepada superdroid yang dijuluki untuk projek baru "Satria".
Adegan pasca-kredit: Setelah Ali meninggalkan restoran, Rizwan dan Dos ditunjukkan selalu ada di sana sepanjang masa, dan kemudian mengikutinya.

Pelakon suara[]

Kru produksi[]

  • Disokong oleh: Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC), Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM), FINAS, Lembaga Penapis Filem (LPF), Persatuan Penerbit Filem Malaysia (PFM), dan Persatuan Pekerja Profesional Filem Malaysia (PROFIMA)
  • Ditaja oleh: Tenaga Nasional Berhad bersama Mydin dan PediaSure
  • Diedarkan oleh: Primeworks Studios Sdn. Bhd. dan WAU Animation Sdn. Bhd.
  • Penghargaan Istimewa: Datuk Kamal Khalid, Dato' Iskandar Mizal Mahmood, Farnida Ngah, Dato' Ahmad Izham Omar, Johan Ishak (Joe Flizzow), Datuk Manja Ismail, Mustapha Kamil Mohd Janor, Seelan Paul, Rafiq Razali, Mohamed Shukor Ariffin, Sofwan Mahmood, Rosli Sabaruddin, Marini Ramlan, Alan Chan, Abu Shafian Abd Hamid, Che Zuraidah Abdul Rahman, Isa Daud, Mariam Md Ibrahim, dan #TeamMDEC
  • Diterbitkan oleh: WAU Animation Sdn. Bhd.
  • Penerbit: Faiz Hanafiah, Azi Shafian, Salina Salmee Mohd Ali, dan Aziemah Azman
  • Penerbit Eksekutif: Usamah Zaid Yasin, Dato' Ahmad Izham Omar, dan Airin Zainul
  • Pengarah: Usamah Zaid Yasin
  • Penulis Skrip: Usamah Zaid Yasin, Faqihin Mohd Fazlin, Hilman Muhamad, Shafiq Isa, dan Nazmi Yatim
  • Pengarah Kreatif: Shafiq Isa dan Nazmi Yatim
  • Pengarah Seni: Ghazali Omar, Faiz Hanafiah, dan Fuad Md Din
  • Pengarah Animasi: Andi Abdul Ghani A Kadir, Sharkhan Sarapudin, dan Mohd Asyraf Abdul Rahman
  • Pengarah Suara: Shafiq Isa dan Usamah Zaid Yasin
  • Pengarah Reka Bentuk dan Penjenamaan: Fuad Md Din
  • Pelakon Suara: Ida Rahayu Yusoff, Noorhayati Maslini Omar, Shafiq Isa, Azman Zulkiply, Fadhli Shafian, Salina Salmee Mohd Ali, Nabilah Rais, Abu Shafian Abd Hamid, Ahmad Sufian Mazilan, dan Megat Zahrin Megat Hisham
    • Menampilkan: Altimet
  • Skor Muzik oleh: Azri Yunus
  • Konsep Asal: Usamah Zaid Yasin, Faiz Hanafiah, Fuad Md Din, Shafiq Isa, dan Nazmi Yatim
  • Penyunting Filem: Reuben Singham, Nazmi Yatim, Usamah Zaid Yasin, dan Andi Abdul Ghani A Kadir
  • Bahagian Penceritaan
    • Pengurus Penceritaan: Salina Salmee Mohd Ali
      • Penyelia Penceritaan: Nazmi Yatim
        • Ketua Artis Papan Cerita: Haziq Khushairi
          • Artis Papan Cerita: Khairul Anwar Suwandi, Rozaini Zain, Hilman Waimin, Aina Azman, Amir Mustaqim, dan Faiz Salim
          • Artis Papan Certia Tambahan: Hilman Muhamad, Nazmi Yatim, Aida Shalan, Ain Hafizah, dan Syafiq Azhar
  • Bahagian Konsep
    • Artis Konsep: Ghazali Omar, Ammar Fadhli Bahtiar, Araf Ahmad, Mohammad Fahmi Akram, Hilman Muhamad, dan Fuad Md Din
    • Artis Skrip Warna: Araf Ahmad dan Ghazali Omar
  • Bahagian Aset
    • Ketua Pemodel Aset: Adi Bahari dan Safuan Shahril
      • Pemodel Aset: Siaw Nien Tzeu, Andik Chayono, Tengku Mohd Firdau, Reza Syazwan Onn, Faiz Hanafiah, Safwan Abd Hamid, dan Ayu Shaanaaz Razali
      • Pemodel Aset Tambahan: Afiq Zakaria dan Asrul Nasirudin
      • Kesan 3D dan Simulasi: Hafiizh Hamid, Adi Bahari, Reza Syazwan Onn, Siaw Nien Tzeu, Ghazali Omar, Faeez Salleh, Naim Sarip, Yasmin Jamil, Ahmad 'Adlu Muhaimin Mohd, dan Safwan Abdul Hamid
    • Ketua Artis Simulasi Rambut: Wong Jin Yao
      • Artis Simulasi Rambut: Faiz Hakimi Mohd Hanafi, Syafiq Azhar, Nurul Nadirah Tarmidzi, Saiful Ammar, Rohaizad Rahmat, Zuhairi Helmy, Andik Chayono, dan Safuan Shahril
    • Simulasi Orang Ramai: Ghazali Omar
  • Bahagian Animasi
    • Koordinator Bahagian: Delaili Abd Malik
    • Ketua Juruanimasi: Iqbal Mustaqim, Yusof Masri, Syed Mohd Asyraf dan Muhammad Zulhilmi
      • Juruanimasi: Syahrul Matnizam Sanitro, Mohammed Haziq Hilmy, Muhammad Dzarif Basri, Muaz Haazim Taj Rijal, Firdaus Jalil, Bakhtiar Rahman Sanitro, Yon Eizzat Samat, Mohammed Haritz, Muhammad Nawawi, Shafiqah Zulkefli, Phang Li Mi, Syuhadah Hysham, Hernawati Maslan, Syahrom Masri, Nabilah Rais, Hasbullah Anwar, dan Muhammad Iliyas Abdull Latif
      • Juruanimasi Tambahan: Nur Syazwan Arasy dan Salina Salmee Mohd Ali
  • Bahagian Pencahayaan & Rendering
    • Pengurus Pencahayaan dan Rendering: Ida Rahayu Yusoff
      • Ketua Artis Cahaya: Faiz Hakimi Mohd Hanafi dan Faeez Salleh
        • Artis Cahaya: Yasmin Jamil, Saiful Ammar Zainal, Syafiq Azhar, Naim Sarip, Rohaizad Rahmat, Ahmad 'Adlu Muhaimin Mohd, Wong Jin Yao, Nurul Nadirah Tarmidzi, Zuhairi Helmy, Muhammad Hazim Nor Azman, Ifrad Syamil, Amril Ridzwan, dan Ida Rahayu Yusoff
        • Artis Cahaya Tambahan: Reza Syazwan Onn, Muhammad Dzarif Basri, Mohammed Haziq Hilmy, Araf Ahmad, Muaz Haazim Taj Rijal, Muhammad Nawawi, Mohammad Fahmi Akram, Ayu Sahaanaz Razali, Hasbullah Anwar, Shafiqah Zulkefli, Safuan Shahril, Firdaus Jalil, Syuhadah Hysham, Syed Mohd Asyraf, Syahrom Masri, Muhammad Zulhilmi, Andik Chayono, Iqbal Mustaqim, Muhammad Iliyas Abdul Latiff, Nabilah Rais, Yon Eizzat Samat, Bakhtiar Rahman Sanitro, Phang Li Mi, Syahrul Matnizam Sanitro, Mohammed Haritz, Nazmi Yatim, Sharkhan Sarapudin, Hernawati Maslan, Mohd Asyraf Abd Rahman, Yusof Masri, Salina Salmee Mohd Ali, dan Safwan Abd Hamid
          • Artis Cahaya Dalam Latihan: Mohammad Zulna'im Zuhairi
    • Pengurus Render: Syafiq Azhar, Naim Sarip, dan Yasmin Jamin
  • Bahagian Kompositor
    • Penyelia Kompositor: Faiz Hanafiah
      • Ketua Kompositor: Afiq Zakaria dan Siti Zarina Zulkifli
        • Kompositor: Fitrie Amin, Emil Villamor, Andy Vikram, Kamal Majdie, Asrul Nasirudin, Nurul Nazrin Nyais, Fuad Md Din, dan Faiz Hanafiah
        • Artis Kesan Visual: Fitrie Amin, Faiz Hanafiah, Afiq Zakaria, Asrul Nasirudin, Kamal Madjie, Fuad Md Din, Emil Villamor, Andy Vikram, Nurul Nazrin Nyais, Siti Zarina Zulkifli, Safuan Shahril, dan Mohammed Haziq Hilmy
        • Artis GUI: Emil Villamor, Siti Zarina Zulkifli, dan Asrul Nasirudin
        • Kompositor Tambahan: Safuan Shahril, Mohammed Haziq Hilmy, Salina Salmee Mohd Ali, Nabilah Rais, Andi Abdul Ghani A Kadir, Hernawati Maslan, Shafiqah Zulkefli, Iqbal Mustaqim, Ida Rahayu Yusoff, Ghazali Omar, dan Sharkan Sarapudin
  • Bahagian Audio
    • Pengurus Audio: Salina Salmee Mohd Ali
      • Komposer: Azri Yunus dan Hakim Kamal
      • Pereka Bunyi: Fadhli Abu Shafian, Hakim Kamal, dan Shafiq Isa
      • Jurutera Pra-Adunan: Azri Yunus
  • Bahagian Reka Bentuk & Pemasaran
    • Pengurus Hal Ehwal Korporat: Azi Shafian
      • Pembangunan Perniagaan: Bakri Adam, Azi Shafian, Usamah Zaid Yasin, Faiz Hanafiah, dan Shafiq Isa
      • Ketua Pereka Grafik: Aizuddin Azman
        • Pereka Grafik: Mohd Haswira Helmi, Mohd Aliff Khuzaimy Azmi, dan Khairul Anwar Suwandi
          • Pereka Grafik Dalam Latihan: Zalina Maskimin
      • Pemasaran dan Kandungan Dalam Talian: Aida Sahlan dan Reuben Singham
      • Artis Komik: Ainlavendra dan Nurul Nazihah
      • Kewangan, Sumber Manusia, dan Admin: Azi Shafian, Salina Salmee Mohd Ali, Nur Lokman Mohamad Som, dan Nurul Huda Kamarudin
  • Aset Tambahan oleh Spacesheep Studio
    • Ketua: Goh Chee Seng
      • Koordinator: Flynn Tan Jing Ting
        • Pemodel Karakter: Bryian Tan dan Logan Lee You Le
  • Animasi Tambahan oleh Lemon Sky Animation Sdn. Bhd.
    • Ketua: Ken Foong, Cheng Fei Wong, dan Ken Lai
      • Penyelia Produksi: Loo Hon Gene
      • Penerbit: Stella Hiew Yun Li
      • Pengurus Projek: Yau Lai Fung dan Natalia
      • Koordinator Produksi: Lisa Zaharin dan Elsa Auliya Rizky
      • Penyelia Animasi: Jakasatiawan Wirasudibya
      • Ketua Animasi: Agus Wibowo
  • Animasi Tambahan oleh: Animpassion Studio
  • Rakan Eksklusif Renderfarm oleh: Robust Fox Render Farm
  • Pascaproduksi oleh Digital Pixel Post
    • Penerbit Pascaproduksi: Azahari Abdul Shukor
    • Penyelia Pascaproduksi: Tan Ben Hur
    • Pewarna: Muhamad Haizad Hashim
    • Pengadun Rakaman Semula: Dustin Riduan Shah Mohd Dewa

Penerbitan[]

Filem ini mengambil kos RM6 juta termasuk kos promosi. Pasukan pembuatan filem yang terdiri daripada 90 pereka animasi dan pelukis grafik tempatan. Penghasilan filem berkenaan menggunakan teknologi digital yang berkualiti tinggi.

Muzik[]

WAU Animation mengamanahkan komposer syarikat, Azri Yunus dan pembantunya, Hakim Kamal untuk menggubah skor lagu bagi filem ini. Sebanyak 24 runut lagu digubah dan digunakan sepanjang filem. Semua runut bunyi ini digubah sama ada oleh Azri, Hakim, ataupun digubah bersama kecuali runut bunyi Cari Dia Sampai Dapat (Kita Jaga Kita) yang digubah dan disusun semula oleh Altimet sendiri.

Untuk lagu, lima buah lagu digunakan yang mana empat daripadanya digubah oleh WAU sendiri manakala sebuah lagi lagu disusun semula. Empat buah lagu itu digubah mengikut genre lagu yang berlainan. Daripada empat buah lagu itu, dua daripadanya dijadikan lagu tema. Bukalah Matamu, lagu tema pertama bagi filem ini yang bergenre elektro, digubah semula mengikut rentak sendiri oleh Azri Yunus dan dinyanyikan oleh Aisyah Aziz dan Bunga. Manakala lagu kedua, iaitu Kita Jaga Kita, lagu tema kedua untuk filem ini yang bergenre hip hop digubah oleh Cuurley yang turut menyanyikan lagu ini bersama Altimet dan Malik Abdullah. Lagu ketiga, iaitu Mama (Di Hatimu) yang bergenre balada, digubah oleh Azri Yunus dan dipersembahkan oleh Ida Rahayu yang juga pelakon suara bagi watak Ali. Manakala lagu keempat filem ini, iaitu Mamak Maju yang bergenre irama Malaysia digubah bersama oleh Azri Yunus dan Hakim Kamal yang turut menyanyikan lagu ini.

Senarai lagu:

  • Bukalah Matamu oleh Aisyah Aziz & Bunga, ciptaan bersama Azri Yunus dan Christian Friedrich
  • Kita Jaga Kita oleh Altimet, Cuurley dan Malik Abdullah, ciptaan Cuurley
  • Mama (Di Hatimu) oleh Ida Rahayu Yusoff, ciptaan Azri Yunus
  • Mamak Maju oleh Hakim Kamal, ciptaan bersama Azri Yunus dan Hakim Kamal

Pengeluaran[]

WAU Animation mengumumkan projek filem ini apabila mereka memuat naik teaser trailer pertama untuk filem ini pada 7 Ogos 2018. Teaser trailer kedua dimuat naik pada 29 Mac 2019. Treler rasmi pertama telah dikeluarkan pada 1 Ogos 2019, manakala treler rasmi kedua telah dikeluarkan pada 9 Oktober 2019. Ia dijangka akan ditayangkan di 120 pawagam tempatan.

Pada 2 Oktober 2019, WAU Animation telah mengeluarkan secara rasmi poster pawagam rasmi untuk filem ini, yang juga telah mendedahkan tarikh keluaran rasmi untuk pawagam Malaysia. Ia ditayangkan di 146 buah pawagam di Malaysia, 8 di Singapura dan 7 di Brunei. Terdapat juga kemungkinan untuk ditayangkan di 50 buah negara tetapi Dato' Ahmad Izham Omar, CEO Primeworks Studios berkata ia masih dalam perbincangan.

Filem ini sah ditayangkan serentak di tiga buah negara pada 28 November. Sebelum itu, WAU Animation telah memuat naik gambar yang mana Ali menerima baton yang diserahkan oleh BoBoiBoy, seorang lagi watak animasi keluaran Malaysia menandakan Ejen Ali: The Movie telah menerima misi dan bersedia untuk ditayangkan setelah filem BoBoiBoy Movie 2. Gambar itu kemudiannya ditambah dengan watak Upin & Ipin oleh bekas staf Les' Copaque, menandakan Ejen Ali bersedia untuk menutup Tahun Animasi Malaysia 2019 selepas Upin, Ipin, dan BoBoiBoy menjayakan inisiatif berkenaan.

Ejen Ali: The Movie mula ditayangkan 120 buah pawagam di seluruh Malaysia, Singapura, dan Brunei bermula 28 November 2019 sebelum menemui peminat di Indonesia pada 1 Januari 2020. Pada 29 Februari 2020, filem ini dapat ditonton di saluran Astro First sempena pencalonan filem ini di Anugerah MeleTOP Era 2020. Filem ini kemudiannya ditayangkan di Vietnam pada 20 Julai 2020 selama seminggu sempena Minggu Filem ASEAN 2020. Pada November tahun yang sama, Ejen Ali: The Movie ditayangkan di Korea Selatan selama dua hari pada 7 dan 8 November sempena program Fly by Night: Malaysian Film Screenings yang dianjurkan bersama oleh ASEAN Culture House, Busan, Korea Selatan dan Kedutaan Malaysia di Korea Selatan.

Ejen Ali: The Movie juga dapat ditonton di platform penstriman dalam talian. Ejen Ali: The Movie mula dapat ditonton di Netflix bermula 1 November 2020.

Sambutan[]

WAU Animation menyasarkan RM20 juta untuk pasaran tempatan untuk filem ini. Ejen Ali: The Movie berjaya meleburkan rekod yang dipegang oleh BoBoiBoy Movie 2, tiga bulan sebelum itu apabila mengutip RM 1.86 juta hari pembukaan tayangan sekali gus menjadi antara yang tertinggi di Malaysia. Ejen Ali: The Movie kemudiannya kekal kukuh apabila mengutip sejumlah RM 6.4 juta hanya tiga hari selepas hari pertama tayangan. Seminggu selepas ditayangkan, filem ini terus cemerlang apabila mencatat RM 13 juta sebelum berjaya menepati sasaran apabila menjadi filem ketiga tahun 2019 yang mencatat kutipan melebihi RM 20 juta seminggu kemudian. Setelah tiga minggu tayangan, filem ini berjaya mengaut sejumlah RM 25 juta. Filem ini kemudiannya menang mudah mengatasi Upin & Ipin: Keris Siamang Tunggal apabila mengaut RM 28.5 juta selepas sebulan ditayangkan. Akhirnya, setelah enam minggu tayangan, Ejen Ali: The Movie sekali lagi berjaya memecahkan rekod yang dipegang oleh BoBoiBoy Movie 2 apabila meraih RM 30.5 juta pada awal 2020. Kini, Ejen Ali merupakan filem animasi tempatan nombor satu (sebelum dipintas Mechamato Movie 3 tahun kemudian iaitu tahun 2022), filem animasi kedua keseluruhan, filem tempatan 2019 tertinggi, dan filem ketiga (kini kelapan sebelum tayangan rasmi MALBATT: Misi Bakara arahan Adrian Teh) tempatan keseluruhan dengan kutipan tertinggi. Ejen Ali: The Movie merupakan filem terlaris di Malaysia yang dihasilkan pada tahun 2019. Filem ini juga berjaya mengalahkan filem aksi kepolisan Astro Shaw, Polis Evo 2 dan filem aksi ketenteraan arahan Adrian, PASKAL The Movie.

Jumlah Hari Tayangan Kutipan Longgokan
1 hari (28 November) RM 1.86 juta
3 hari (30 November) RM 6.4 juta
7 hari (4 Disember) RM 13 juta
14 hari (11 Disember) RM 20 juta
21 hari (18 Disember) RM25 juta
30 hari (27 Disember) RM28.5 juta
43 hari (9 Januari) RM30 juta
77 hari (12 Februari) RM30.05 juta

Ejen Ali: The Movie berjaya menarik perhatian ramai. Ini termasuklah mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang hadir ke pawagam untuk menyaksikan sendiri filem ini. Beliau juga melabel filem ini sebagai titik tolak kepada kebangkitan industri animasi di Malaysia dan memberikan 5 bintang kepada WAU atas usaha penerbitan filem ini.

Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Dato' Sri Dr. Wan Azizah Wan Ismail menonton bersama dengan suaminya, Dato' Seri Anwar Ibrahim (kini Perdana Menteri Malaysia ke-10) turut memuji filem tersebut semasa tayangan khas bersama penghuni TSH. Ia dipertonton bersama Usamah juga.

Pengiktirafan[]

Pencalonan[]

  • Anugerah Cartoons on the Bay Pulcinella ke-24
    • Filem Cetera Animasi Terbaik - Ejen Ali: The Movie
  • Festival Filem Malaysia ke-31
    • Filem Terbaik - Faiz Hanafiah (WAU Animation Sdn. Bhd., Primeworks Studio Sdn Bhd - Ejen Ali: The Movie)
    • Pengarah Terbaik - Usamah Zaid Yasin
    • Lakon Layar Terbaik - Usamah Zaid Yasin, Hilman Muhammad, Faqihin Muhd Fazlin
    • Cerita Asal Terbaik - Usamah Zaid Yasin, Faiz Hanafiah, Fuad Md Din, Nazmi Yatim, Shafiq Isa
    • Skor Muzik Asal Terbaik - Azri Yunus, Hakim Kamal
    • Penataan Seni Terbaik - Ghazali Omar, Faiz Hanafiah, Fuad Md Din
    • Lagu Tema Asal Terbaik - 'Kita Jaga Kita' senikata oleh Altimet, Bo Amir Iqram; dipersembahkan oleh Altimet, Cuurley, Malik Abdullah
    • Pengarah Harapan - Usamah Zaid Yasin

Pengiktirafan[]

  • Anugerah Tellygeram 2020
    • Filem Terbaik - WAU Animation Sdn. Bhd. (Ejen Ali: The Movie)
    • Lakon Layar/Skrip Terbaik - Usamah Zaid Yasin, Shafiq Isa, Fuad Md Din, Faqihin Mohd Fazlin
    • Trailer Terbaik - Ejen Ali: The Movie
    • Skor Terbaik - Azri Yunus, Hakim Kamal
  • Anugerah Majlis Pengkritik Filem Kuala Lumpur 2019
    • Filem Terbaik - WAU Animation Sdn. Bhd. (Ejen Ali: The Movie)
    • Pengarah Terbaik - Usamah Zaid Yasin
    • Lakon Layar Terbaik - Usamah Zaid Yasin, Shafiq Isa, Fuad Md Din, Faqihin Mohd Fazlin
  • Asian Academy Creative Award 2020
    • Pengarahan Terbaik (Fiksyen) - Usamah Zaid Yasin
  • Minggu Filem ASEAN 2020
    • Pilihan Khas Tayangan Malaysia - Ejen Ali: The Movie
  • Anugerah MeleTOP ERA 2020
    • Filem MeleTOP - WAU Animation Sdn. Bhd., Primeworks Studio Sdn. Bhd. (Ejen Ali: The Movie)
  • Festival Fantaspoa 2021
    • Pertandingan Filem Animasi (Malaysia) - Ejen Ali: The Movie
  • Festival Filem Malaysia ke-31
    • Penataan Bunyi Terbaik - Fadhli Abu Shafian, Hakim Kamal, Shafiq Isa
    • Anugerah Box Office

Masa hadapan[]

Rencana utama: Ejen Ali: The Movie 2

Selepas projek filem ini, tiada sebarang khabar mengenai siri Ejen Ali akan disambung semula. Walau bagaimanapun, menurut CEO WAU Animation, Usamah Zaid, beliau dilaporkan bahawa draf projek sambungan filem ini, iaitu Ejen Ali: The Movie 2 sedang disiapkan. Filem itu akan ditulis oleh Usamah sendiri, Shafiq Isa, Hilman Muhamad, dan Khairul Anwar Suwandi.

Bagaimanapun, pihak WAU Animation secara mengejut mengumumkan bahawa Musim 3 siri Ejen Ali akan disambung semula pada 2021, menjadikan ini sebagai salah satu projek terbesar WAU selepas filem ini.

Terdapat berita baik di mana produksi filem kedua sudah dimulakan setelah selesai produksi Musim 3 secara rasmi dan media juga melaporkannya setelah Musim 3 berakhir tayangan.

Galeri[]

Video[]

OST[]

Pautan luar[]