![]() |
Amaran!
Sekurang-kurangnya beberapa kandungan dalam rencana ini diperoleh daripada maklumat yang dipaparkan di dalam Ejen Ali: The Movie. |
Infinity Retinal Intelligence System atau I.R.I.S., merupakan prototaip ciptaan M.A.T.A.. Disebabkan oleh potensinya yang boleh membawa bahaya, projek I.R.I.S. telah ditamatkan semasa ia masih dalam pembikinan. Namun begitu, setelah Ali mengaktifkannya secara tidak sengaja, projek tersebut telah diaktifkan semula dan I.R.I.S. menjadi gajet utama Ali.
Sejarah[]
Ejen Ali[]
Projek I.R.I.S. terbengkalai dan telah lama dihentikan oleh M.A.T.A. sehingga ia dicuri oleh Dos dan Trez dalam MISI: I.R.I.S.. Dos memberikan I.R.I.S. kepada Wak Musang untuk diberikan kepada salah seorang ejen mereka dengan menggunakan kata laluan "Tempoyak Udang". Namun, Wak tersalah anggap bahawa Ali adalah orang yang ingin mengambil I.R.I.S. dan memberinya bekal makanan secara percuma yang di dalamnya mengandungi I.R.I.S.. Dos dan Trez berjaya mengesan I.R.I.S. dan mereka memburu Ali. Bakar, salah seorang ejen M.A.T.A. dan pak cik kepada Ali, pergi bertemu dengan Ali untuk melindunginya daripada Dos dan Trez.
Semasa perlawanan antara Bakar dengan Dos dan Trez di bangunan terbiar, Ali secara tidak sengaja mengaktifkan I.R.I.S. dan menggunakannya untuk menumpaskan Dos dan Trez. Dia menggunakan I.R.I.S. sehingga gajet itu menggunakan tenaga dari badan Ali sebagai sumber kuasa. Ali terjatuh dan I.R.I.S. kembali kepada rupa asalnya dan jatuh di hadapan Ali. Bakar cuba untuk menggunakannya tetapi gagal. Selepas Dos dan Trez melarikan diri, Ali dibawa ke ibu pejabat M.A.T.A. dan Jenny menerangkan tentang I.R.I.S. kepada Ali. General Rama pada mulanya hendak menghapuskan Ali disebabkan oleh dia telah mengetahui terlalu banyak tentang M.A.T.A. dan mengaktifkan I.R.I.S..
Walau bagaimanapun, Jenny mencadangkan bahawa Ali turut serta ke dalam misi dan menggunakan I.R.I.S. supaya mereka boleh menambah baik sehingga dia boleh mengekstrak DNA Ali daripadanya. General Rama menerima cadangannya dan mengambil Ali sebagai ejen dalam M.A.T.A.. Semenjak itu, Ali berlatih untuk menguasai I.R.I.S..
Bagaimana ia berfungsi[]
I.R.I.S. diaktifkan melalui butang yang menyerupai logo rasmi agensi M.A.T.A.. Butang tersebut ditemui dalam satu peristiwa di mana Dos menyerahkan I.R.I.S. kepada penjual gerai Nasi Lemak Cyber.
Kebolehan[]
- Menganalisa gaya berlawan musuh dan memberikan panduan kepada pemakai untuk mengalahkan mereka.
- Menganalisa persekitaran untuk memberikan amaran kepada pemakai tentang bahaya dan bahaya yang akan menimpa atau membantu pemakai untuk memberikan amaran kepada kawan-kawannya yang berada dalam bahaya.
- Menganalisa dan mengira maklumat di sekitar pemakai serta memberi jalan penyelesaian.
- Memberikan pilihan kepada pemakai untuk mengalahkan musuh atau melarikan diri.
- Meningkatkan daya penglihatan; termasuk fungsi Night Vision, X-Ray dan Infrared.
- Mengenal pasti kata laluan dan kod.
- Memberikan panduan kepada pemakai untuk melumpuhkan sistem pendawaian.
- Diselaraskan dengan Aero Boots yang membolehkan pemakai untuk mengawalnya berdasarkan maklumat yang diperolehi daripada I.R.I.S..
- Membantu pemakai mengenal pasti objek yang tersembunyi atau hilang dengan memulihkan ingatan.
- Mengimbas maklumat peribadi seseorang (jantina, umur, ketinggian, kewarganegaraan, mood, warna rambut, warna mata, warna kulit, dsb.) atau objek (lesen kereta, jenis objek, penggunaan objek, dan sebagainya).
- OVERRIDE MODE: I.R.I.S. akan mengaktifkan mod ini apabila mencapai kecekapan 100% dan apabila pemakainya berada dalam bahaya. Ia hanya digunakan dalam usaha terakhir. OVERRIDE MODE membolehkan I.R.I.S. untuk menggodam semua rangkaian berdekatan dan mengawalnya (seperti melumpuhkan beberapa perangkap untuk membolehkan pemakai melarikan diri dengan mudah tetapi mengaktifkannya untuk menyerang musuh, membuat beberapa senjata auto untuk menentang pasukan mereka sendiri, dsb.)
- Mod sebenar OVERRIDE sebenarnya ialah mod apabila I.R.I.S. sepenuhnya mengambil alih minda dan badan pengguna. I.R.I.S. akan digunakan penggunanya untuk melawan lawan sehingga tenaga badannya habis. Ini hanya boleh diaktifkan apabila pengguna merasakan emosi yang melampau (seperti Ali terkejut ketika melihat Uno mencederakan Bakar sehingga dia tidak sedarkan diri). Maksud I.R.I.S mengambil alih minda dan badan pengguna I.R.I.S ialah data-data Aliya yang disimpan di dalam I.R.I.S semasa menggunakan Mod OVERRIDE. Jika pengguna mengawal mod OVERRIDE sepenuhnya, maka data ejen yang mengawal OVERRIDE lampau akan dipadamkan.
Trivia[]
- Dalam konsep awal, I.R.I.S. dicipta oleh ayah Ali, Dr. Ghazali.
- Ali adalah satu-satunya orang yang boleh mengaktifkan I.R.I.S. pada masa kini, kerana ia telah diselaraskan dengan irisnya.
- Kelemahan I.R.I.S. adalah apabila ia dikuasakan oleh tenaga pemakai. Lebih lama pemakai menggunakan I.R.I.S., lebih banyak tenaga yang akan disalurkan dari pemakai, menjadikannya terasa letih dan I.R.I.S. beransur-ansur menjadi rendah.
- Pecahan makna I.R.I.S.:
- Infinity (Infiniti): I.R.I.S. boleh mengimbas segala-galanya di sekelilingnya dan memberi pelbagai cadangan yang wajar kepada pamakai.
- Retinal (Retina): I.R.I.S. mengimbas iris seseorang untuk mengenal pasti pemakainya.
- Intelligence System (Sistem Perisikan): Ia menggunakan kecerdasan buatan untuk membuat keputusan.
- Dalam Majalah Komik Ejen Ali Misi 4, ciri-ciri I.R.I.S. telah didedahkan:
- Diameter: 6.5cm
- Lebar: 0.75cm
- Tinggi: 6.75cm
- Berat: 555g
- Seperti yang dinyatakan oleh Jenny dalam MISI: POTENSI, I.R.I.S. menggunakan impuls saraf otak untuk mengumpul data dengan penglihatan dan menganalisisnya.
- OVERRIDE MODE mungkin merupakan salah satu sebab pembatalan projek I.R.I.S. dahulu.
- I.R.I.S. nampaknya tidak melengkapi dengan tindakan balas gajet M.A.T.A. (mod destruktor gajet). Ini dibuktikan dalam MISI: IRIS ketika Bakar cuba menggunakan I.R.I.S. selepas Ali mengaktifkannya, ia hanya membunyikan penggera dan tidak berubah menjadi visor.
- Sebab pertama adalah bahawa I.R.I.S. hanya boleh diaktifkan dengan iris serasi, yang sudah dianggap sebagai pendekatan keselamatan yang selamat.
- Sebab kedua adalah bahawa I.R.I.S. adalah projek yang belum selesai dan belum dihentikan.
- Dalam MISI: NEO, menunjukkan bahawa Aliya yang menciptakan I.R.I.S.. Aliya menyimpan data-data I.R.I.S. di dalam satu pemacu kilat USB yang hanya boleh diakses oleh komputer yang dibenarkan sahaja.
- Data "pengguna" di dalam I.R.I.S. boleh diubah dengan mengeset kod/data dengan kod asal yang disimpan di dalam pemacu kilat USB tersebut.
Galeri[]
Gambar rasmi[]
Cekupan skrin[]
Ejen Ali[]
- Musim 1
Ejen Ali: The Movie[]
Ejen Ali Musim 3[]
[]
Gajet M.A.T.A. | |
---|---|
NEURO | Balistik | Lightweight Jetpack | Senapang Raifal "INDAI" |
KOMBAT | Perisai Plasma | Sut MEKA | Plasmakris | Selendang |
TEKNO | I.R.I.S. | Yoyo | Aero Boots | Spherubiks | R-O Bot | Nano Enhancer |
INVISO | Sarung Tangan Titik Tekanan | Kelajuan Super | Sut Holografik | Sarung Tangan Holo | Sut Camo |
Lain-lain | Atlas |