Iman ialah watak dalam siri Ejen Ali Musim 2. Dia merupakan ejen KOMBAT dari Akademi M.A.T.A..
Ringkasan[]
Seorang yang sangat bersopan-santun dan lembut berbicara tetapi sangat serius ketika menjalankan misi. Anak sulung kepada Tok Guru seni mempertahankan diri Wushu. Sentiasa menjaga rakan-rakan terutama yang rapat dengan Iman. Terlalu sukakan kucing sehingga kebanyakan kucing tidak suka akan Iman. Ditawarkan latihan ke Akademi M.A.T.A. atas kebolehannya menguasai seni Wushu pada usia yang muda. Pemenang lebih 10 pertandingan Wushu peringkat antarabangsa sejak kecil.
Sejarah[]
Ejen Ali[]
Menurut cerita Khai dalam MISI: ATLAS, Iman merupakan anak sulung kepada Tok Guru Wushu. Ketika dia masih muda, dia berjaya memenangi lebih daripada sepuluh pertandingan peringkat antarabangsa. Disebabkan oleh potensinya itu, Iman direkrut oleh M.A.T.A. ke dalam Akademi.
Gajet[]
- Selendang: Diperbuat daripada campuran kaitan gantian nano canggih hasil kajian M.A.T.A.. Ia memberi kekuatan dan fleksibiti yang secukupnya kepada Iman untuk mengawal serangan senjata Meteor Hammer. Material kain selendang yang ringan dan lembut, membuatkan ia aksesori ideal kepada Iman.
- Meteor Hammer: Merupakan senjata tradisional Wushu yang telah diubahsuai, nampak seperti aksesori hiasan biasa tetapi sangat merbahaya. Mampu melancarkan serangan sejauh 6 meter. Pemberat berbentuk mata anak panah di hujung kain selendang boleh menjana cas elektrik setinggi 10,000 voltan dan menjadikan musuh tidak sedar diri.
Kemahiran[]
- Wushu: Sebagai seorang anak bagi Tok Guru Wushu, Iman mempunyai kemahiran dalam teknik berwushu.
Rupa[]
Sebagai ejen teras KOMBAT, Iman berkulit cerah dan mengenakan sut biru ala-ala jubah sehingga ke paras pahanya. Sut yang dipakainya berlengan panjang sehingga ke pergelangan tangannya. Iman memakai anak tudung hitam diikuti dengan tudung kuning di kepalanya, yang juga berfungsi sebagai senjata utamanya. Iman juga mengenakan seluar berwarna hitam penuh dan dia turut memakai sepasang kasut but biru yang kelihatannya diperbuat daripada getah.
Perwatakan[]
Lazimnya Iman berpersonaliti sebagai seorang yang pemalu dan sopan, bahkan dengan mereka yang mempunyai umur lebih muda. Cara percakapan Iman ialah lebih lembut berbanding ejen-ejen muda yang lainnya. Tidak seperti kebanyakan watak dalam siri ini, Iman sentiasa menggunakan bahasa baku apabila sedang berbual, walaupun dengan rakan-rakannya. Meskipun dia kelihatan lemah-lembut dan juga mesra, tetapi dalam pertempuran perwatakan Iman akan bertukar menjadi kejam dan lebih serius sehingga dia boleh langsung tidak memberikan belas kasihan kepada musuh atau lawannya, walaupun sekecil apa sahaja.
Trivia[]
- Iman, Ali, Moon dan Jet berada dalam satu pasukan dalam MISI: ORIENTASI.
- Nama "Iman" boleh membawa maksud "percaya" dari segi bahasa.
- Dalam MISI: CABAR, Iman mendapat peringkat ketujuh iaitu selepas Chris semasa tempoh latihan dengan 47:94 saat.
- Iman turut berkongsi pelakon suara yang sama dengan Aliya, ibu kepada Ali.
- Dalam Majalah Komik Ejen Ali Misi 31, ia didedahkan tinggi Iman ialah 144cm dan tarikh lahirnya ialah 11 Jun (Gemini).
- Dalam postingan instagram @ejen_ali, tarikh lahirnya ialah 20 Februari (Pisces).[1]
Galeri[]
Rujukan[]
[]
Papar • Sunting Watak | ||
---|---|---|
M.A.T.A. | Kepimpinan | Dato' Othman (pengasas) • General Rama Ketua Teras: Dayang (TEKNO) • Ganz (KOMBAT) • |
Ejen Muda | TEKNO: Ali • Khai • Bulat • Kim KOMBAT: Mika • Chris • Iman • Rizka NEURO: Alicia • Jet • Roza • Sam INVISO: Rudy • Zass • Moon • Aleks | |
Mentor dan Ejen Lain | TEKNO: Geetha • Fit • Razman • NEURO: Leon | INVISO: Karya • Bobby • Rahul • | |
Musuh | Numeros | Uno • Dos • Trez • Cuatro • Cinco • Seis • Siete • Ocho • Nueve • Diez |
Siri | Wak Musang • Komeng • Abang Bear • Neonimus • Analogman | |
Filem | Niki • Andik • Surya • Pengganas | |
Cyberaya | Pembesar | Dato' Othman • Dato' Hisham • Dr. Ghazali • Dr. Mala • Dr. Tong |
SRT Cyberaya 1 | Kakitangan: Puan Munah • Bella • Cikgu Bidin Pelajar: Sasidaran • Ali • Alicia • Viktor • Boy • Mia • Shaun • Mawar • Melur • Syed | |
Orang Awam | Aunty Faye • Danish • Labu |