Ejen Ali Wiki
Advertisement


Iman ialah watak dalam siri Ejen Ali Musim 2. Dia merupakan ejen KOMBAT dari Akademi M.A.T.A..

Sejarah

Ejen Ali

Menurut cerita Khai dalam MISI: ATLAS, Iman merupakan anak sulung kepada Tok Guru Wushu. Ketika dia masih muda, dia berjaya memenangi lebih daripada sepuluh pertandingan peringkat antarabangsa. Disebabkan oleh potensinya itu, Iman direkrut oleh M.A.T.A. ke dalam Akademi.

Gajet

  • Selendang: Tudung Iman mempunyai tali dart di hujungnya yang digunakan sebagai tali panjang untuk menyerang musuh dalam pertempuran dan sebagai tali untuk berayun.

Kemahiran

  • Wushu: Sebagai seorang anak bagi Tok Guru Wushu, Iman mempunyai kemahiran dalam teknik berwushu.

Rupa

Sebagai ejen teras KOMBAT, Iman berkulit cerah dan mengenakan sut biru ala-ala jubah sehingga ke paras pahanya. Sut yang dipakainya berlengan panjang sehingga ke pergelangan tangannya. Iman memakai anak tudung hitam diikuti dengan tudung kuning di kepalanya, yang juga berfungsi sebagai senjata utamanya. Iman juga mengenakan seluar berwarna hitam penuh dan dia turut memakai sepasang kasut but biru yang kelihatannya diperbuat daripada getah.

Perwatakan

Lazimnya Iman berpersonaliti sebagai seorang yang pemalu dan sopan, bahkan dengan mereka yang mempunyai umur lebih muda. Cara percakapan Iman ialah lebih lembut berbanding ejen-ejen muda yang lainnya. Tidak seperti kebanyakan watak dalam siri ini, Iman sentiasa menggunakan bahasa baku apabila sedang berbual, walaupun dengan rakan-rakannya. Meskipun dia kelihatan lemah-lembut dan juga mesra, tetapi dalam pertempuran perwatakan Iman akan bertukar menjadi kejam dan lebih serius sehingga dia boleh langsung tidak memberikan belas kasihan kepada musuh atau lawannya, walaupun sekecil apa sahaja.

Trivia

  • Iman, Ali, Moon dan Jet berada dalam satu pasukan dalam MISI: ORIENTASI.
  • Nama "Iman" boleh membawa maksud "percaya" dari segi bahasa.
  • Dalam MISI: CABAR, Iman mendapatkan peringkat ketujuh iaitu selepas Chris semasa tempoh latihan dengan 47:94 saat.
  • Iman turut berkongsi pelakon suara yang sama dengan Aliya, ibu kepada Ali.

Galeri

Wiki-wordmark
Wiki Ejen Ali mempunyai koleksi gambar untuk Iman. Rujuk Iman/Galeri.

Navigasi

PaparSunting Watak
M.A.T.A. Kepimpinan Dato' Othman (pengasas) • General Rama
Ketua Teras: Dayang (TEKNO) • Ganz (KOMBAT) • Djin (INVISO) • Zain (NEURO)
Ejen Muda TEKNO: AliKhaiBulatKim
KOMBAT: MikaChrisImanRizka
NEURO: AliciaJetRozaSam
INVISO: RudyZassMoonAleks
Mentor dan Ejen Lain TEKNO: GeethaFitRazmanJenny | KOMBAT: BakarRajesh
NEURO: Leon | INVISO: KaryaBobbyRahulRizwanComot
Musuh Numeros UnoDosTrezCuatroCincoSeisSieteOchoNueveDiez
Siri Wak MusangKomengAbang BearNeonimusAnalogman
Filem NikiAndikSuryaPengganas
Cyberaya Pembesar Dato' OthmanDato' HishamDr. GhazaliDr. MalaDr. Tong
SRT Cyberaya 1 Kakitangan: Puan MunahBellaCikgu Bidin
Pelajar: SasidaranAliAliciaViktorBoyMiaShaunMawarMelurSyed
Orang Awam Aunty FayeDanishLabu
Advertisement