Jet ialah watak dalam siri Ejen Ali Musim 2. Dia merupakan ejen NEURO dari Akademi M.A.T.A..
Ringkasan[]
Atas hasrat bapanya yang mempunyai pengaruh dengan pengasas Cyberaya, Jet telah dimasukkan ke dalam Akademi M.A.T.A. untuk menerima latihan dan pendidikan yang terbaik. Jet merupakan pelajar yang aktif dengan menceburi pelbagai jenis sukan sejak dari kecil. Keberanian dan ketahanan diri yang tinggi memberinya kecekapan dalam mengawal jetpack. Seorang ejen muda NEURO yang berkarisma tinggi.
Sejarah[]
Ejen Ali[]
Dalam MISI: ATLAS, Khai menceritakan bahawa Jet merupakan salah seorang anak bagi kawan rapat pengasas Cyberaya sekaligus bapa yang berada dan kaya. Bapanya mahu Jet mendapatkan banyak ilmu yang lebih, ini menyebabkan dia direkrut oleh M.A.T.A. dan memilih untuk menjadi ejen muda berteraskan NEURO. Selepas dia diterima memasuki Akademi, Jet pula diberikan gajet khas berupa pek jet untuk membolehkan dirinya terbang sebagai gajet utamanya. Di dalam S3 EP5,Jet dipecat daripada MATA.
Gajet[]
- Wrist Blaster: Penembak laser di pergelangan tangan yang dilengkapkan terus ke dalam sut ejen Jet. Ia mampu menembak laser berimpak kecil yang berupaya untuk menyengat musuh. Tembakan laser yang tidak menyebabkan mundur, membolehkan Jet menembak sambil terbang menggunakan jetpack miliknya.
- Lightweight Jetpack: Jetpack berkuasa tinggi bersaiz sederhana dengan sayap yang boleh ditarik balik. Ia mempunyai daya tujahan yang kuat dan mampu melancarkan pemakainya setinggi 20 meter dari posisi mula. Jetpack dikuasai oleh bateri Azurium yang boleh dicas semula, mampu memberi pemakainya durasi penerbangan selama 2 jam dengan sekali cas.
Rupa[]
Berkulit cerah dan mempunyai rambut hitam yang terpinggir ke samping. Pakaiannya dilengkapi dengan jetpack sebagai gajet utamanya. Jet turut mengenakan seluar berwarna hitam dan kasut penambah agar dia terlihat lebih tinggi.
Perwatakan[]
Jet sentiasa sombong, berbangga tentang dirinya dan suka menunjuk-nunjuk kekuatannya kepada orang lain.
Jet merupakan orang yang boleh dikatakan narsis.
Trivia[]
- Nama "Jet" diambil dari gajet yang digunakan olehnya.
- Dalam MISI: ORIENTASI, Jet, Ali, Moon dan Iman berada dalam satu pasukan.
- Berdasarkan pengimbasan I.R.I.S. pada Jet dalam MISI: ORIENTASI, ketinggian Jet bukanlah sepertimana yang kita dapat lihat. Dia sebenarnya mengisi kasutnya untuk kelihatan lebih tinggi.
- Bapanya merupakan seorang kawan rapat dari pengasas Cyberaya, seperti yang dinyatakan oleh Khai dalam MISI: ATLAS.
- Gambar promosi yang menunjukkan Jet sedang penat berpuasa bersama dengan Bulat dan Zass menandakan ketiga-tiga mereka adalah beragama Islam.
- Dalam Majalah Komik Ejen Ali Misi 33, ia didedahkan tinggi Jet ialah 150cm dan tarikh lahirnya ialah 24 Jun.
Galeri[]
[]
Papar • Sunting Watak | ||
---|---|---|
M.A.T.A. | Kepimpinan | Dato' Othman (pengasas) • General Rama Ketua Teras: Dayang (TEKNO) • Ganz (KOMBAT) • |
Ejen Muda | TEKNO: Ali • Khai • Bulat • Kim KOMBAT: Mika • Chris • Iman • Rizka NEURO: Alicia • Jet • Roza • Sam INVISO: Rudy • Zass • Moon • Aleks | |
Mentor dan Ejen Lain | TEKNO: Geetha • Fit • Razman • NEURO: Leon | INVISO: Karya • Bobby • Rahul • | |
Musuh | Numeros | Uno • Dos • Trez • Cuatro • Cinco • Seis • Siete • Ocho • Nueve • Diez |
Siri | Wak Musang • Komeng • Abang Bear • Neonimus • Analogman | |
Filem | Niki • Andik • Surya • Pengganas | |
Cyberaya | Pembesar | Dato' Othman • Dato' Hisham • Dr. Ghazali • Dr. Mala • Dr. Tong |
SRT Cyberaya 1 | Kakitangan: Puan Munah • Bella • Cikgu Bidin Pelajar: Sasidaran • Ali • Alicia • Viktor • Boy • Mia • Shaun • Mawar • Melur • Syed | |
Orang Awam | Aunty Faye • Danish • Labu |