Ejen Ali Wiki
Advertisement


Karya ialah watak dalam siri Ejen Ali Musim 2. Dia merupakan seorang ejen dan mentor bagi teras INVISO dalam M.A.T.A..

Sejarah

Pra-Ejen Ali

Dalam MISI: AKADEMI, Karya menjelaskan bahawa dia telah menyertai M.A.T.A. sejak Akademi M.A.T.A. dicipta lagi.

Ejen Ali

Dalam Musim 1, suara Karya pertama kali didengari dalam MISI: ALPHA di mana dia membenarkan pelajar di Sekolah Rendah Teknologi Cyberaya 1 untuk balik ke rumah "kerana jerebu" (meskipun hakikatnya tidak ada jerebu). Kemudian Bakar memberitahu kepada Ali bahawa ejen M.A.T.A. ada di mana-mana sahaja.

Setiap kali Ali dan Alicia pergi ke misi, Karya akan membuat pengumuman seperti mesyuarat guru, latihan kebakaran, dan sebagainya untuk mengalih perhatian semua guru dan pelajar. Dengan cara ini identiti Ali dan Alicia dan keberadaan mereka dapat ditutup.

Karya membuat kemunculan pertamanya dalam Musim 2 sebagai Cikgu Bidin dalam MISI: AKADEMI. Dia memberitahu kepada Ali bahawa dia telah dihantar ke Kelab Mengumpul Setem oleh kerana semua kelab lain telahpun "penuh". Selepas sekolah, Karya, Ali dan Alicia berjumpa di bilik Kelab Mengumpul Setem iaitu di dalam Bilik 52, yang sebenarnya bilik stor. Dia memberikan mereka setem ID untuk dimasukkan ke dalam buku setem, yang akan membuka jalan ke Safehouse M.A.T.A.. Dia mendedahkan bahawa Kelab Mengumpul Setem sebenarnya adalah tempat yang diakses oleh Akademi M.A.T.A. dan setem itu adalah ID mereka.

Selepas Karya mengetuai Ali dan Alicia ke Safehouse M.A.T.A., mereka berjumpa dengan Bakar dan Comot. Kesemua lima ejen bergerak melalui pod ke Akademi M.A.T.A., yang terletak di pulau yang tidak wujud di dalam peta. Setelah tiba di sana, Ali dan Alicia tidak disedari dengan ujian gerudi. Karya menyamar sebagai penjahat untuk mencabar Ali dan Alicia. Untuk memastikan tidak ada yang membantu mereka, Karya sengaja menyegel koridor selepas Bakar berlari melepasinya. Dia juga membawa Comot ke dalam perangkap dan membuatnya hilang ke dalam lantai. Apabila dia jelas ditewaskan oleh Ali dan Alicia, Bakar muncul dan menamatkan ujian gerudi. Karya mengucapkan tahniah kepada mereka dan memunculkan Comot semula lalu mengembalikannya kepada Ali.

Dalam MISI: ORIENTASI, Karya diperkenalkan sebagai mentor untuk ejen INVISO.

Kemahiran dan Gajet

  • Hipnotis: Karya memukau lawannya.
  • Helah Magik: Karya membuat kad/setem/haiwan muncul dan hilang.
  • Kad: Kad yang digunakan untuk menyerang.
  • Pedang: Sebilah pedang cahaya.

Rupa

Perwatakan

Sebagai Cikgu Bidin, Karya berperwatakan sebagai seorang yang bersikap pelik serta selalu menghindari Ali dan Alicia dari identiti ejen mereka terhadap semua orang yang berada di SRT Cyberaya 1 walaupun itu dilakukan dengan apa sahaja cara. Sebagai ejen INVISO dalam M.A.T.A., Karya bersikap sebagai seorang mentor yang tegas dan juga serius.

Petikan dialog

  • "Perhatian murid-murid semua, hari ini sekolah terpaksa ditutup kerana, em... jerebu, jadi kamu semua boleh balik"
  • "Akademi Latihan M.A.T.A.."
  • "Sedia?" (Slogan kebiasaan Karya)
  • "Karya, Ejen Karya..." (Karya memperkenalkan namanya kepada Ali dan Alicia)
  • "Tugas saya adalah untuk mengenal pasti pelajar-pelajar yang berpotensi di sekitar Cyberaya."
  • "Akademi M.A.T.A. terletak di sebuah pulau, tak jauh dari sini."
  • "Pulau rahsia... Tak wujud dalam peta."
  • "Sekarang, bersedialah untuk sesuatu yang menakjubkan."
  • "Lain kali jangan mula bertempur kalau tak boleh menang."

Trivia

  • Nama "Karya" boleh membawa maksud "kerja seni", yang mana sesuai dengan aksinya yang mirip dengan prestasi seorang penyihir.
  • Suaranya pertama kali didengari dari pembesar suara di SRT Cyberaya 1 dalam MISI: ALPHA.

Galeri

Wiki-wordmark
Wiki Ejen Ali mempunyai koleksi gambar untuk Karya. Rujuk Karya/Galeri.

Navigasi

PaparSunting Watak
M.A.T.A. Kepimpinan Dato' Othman (pengasas) • General Rama
Ketua Teras: Dayang (TEKNO) • Ganz (KOMBAT) • Djin (INVISO) • Zain (NEURO)
Ejen Muda TEKNO: AliKhaiBulatKim
KOMBAT: MikaChrisImanRizka
NEURO: AliciaJetRozaSam
INVISO: RudyZassMoonAleks
Mentor dan Ejen Lain TEKNO: GeethaFitRazmanJenny | KOMBAT: BakarRajesh
NEURO: Leon | INVISO: KaryaBobbyRahulRizwanComot
Musuh Numeros UnoDosTrezCuatroCincoSeisSieteOchoNueveDiez
Siri Wak MusangKomengAbang BearNeonimusAnalogman
Filem NikiAndikSuryaPengganas
Cyberaya Pembesar Dato' OthmanDato' HishamDr. GhazaliDr. MalaDr. Tong
SRT Cyberaya 1 Kakitangan: Puan MunahBellaCikgu Bidin
Pelajar: SasidaranAliAliciaViktorBoyMiaShaunMawarMelurSyed
Orang Awam Aunty FayeDanishLabu
Advertisement