Khai (Bahasa Jepun: Kaiialah watak dalam siri Ejen Ali Musim 2. Dia merupakan ejen TEKNO dari Akademi M.A.T.A..
Ringkasan[]
Khai berasal daripada keluarga yang sederhana, ayahnya bekerja keras untuk memastikan Khai dapat mengejar minatnya dalam bidang sains robotik. Disebabkan kefahaman dan kemahiran yang ditunjukkan Khai pada usia yang sangat muda, dia telah ditarik masuk ke Akademi M.A.T.A. untuk mengasah bakatnya. Minat Khai yang mendalam terhadap bidang robotik membuatkan dia berjaya memprogram sistem A.I. sendiri yang digunakan pada robotnya, R-O.
Sejarah[]
Ejen Ali[]
Menurut Alicia dalam MISI: ATLAS, bapa Khai adalah seorang tukang cuci di menara peneraju. Bapanya berharap suatu hari nanti Khai boleh bekerja di sana, bahkan dia sanggup menghabiskan sisa duit belanjanya untuk mendapatkan cip khas A.I. untuk R-O, yang mana merupakan hadiah daripadanya. Sejak saat itu, Khai direkrut oleh M.A.T.A. untuk menyertai Akademi bersama ejen-ejen muda lainnya.
Gajet[]
- R-O Bot: Sebuah robot pemerhati yang dikuasai oleh sistem A.I. hasil rekaan Khai sendiri. Dengan Wrist Comm miliknya, Khai mampu mengawal R-O dan juga menganalisa kawasan yang sedang diperhatikan terlebih dahulu. Ia dilengkapi dengan program dan kelengkapan untuk menggodam. Khai juga boleh menggunakannya sebagai pengangkutan.
Rupa[]
Sebagai seorang ejen muda dalam teras TEKNO, Khai mengenakan pakaian merah ala-ala sut. Khai juga mengenakan cermin mata dan turut memakai seluar berwarna hitam serta kasut yang berwarna merah juga.
Perwatakan[]
Khai adalah seorang yang peramah dan ini membuatkan dia dapat berkawan dengan Ali dalam masa yang singkat. Khai gemar menyebut slogan perkataan Jepun iaitu "naisu" yang mana bermaksud "nice" dalam Bahasa Inggeris.
Trivia[]
- Khai, Alicia, Rudy dan Mika berada dalam satu pasukan dalam MISI: ORIENTASI.
- Nama Khai mungkin diambil dari nama pelakon suaranya, Khairul Anwar Suwandi.
- Dalam Majalah Komik Ejen Ali Misi 32, ia didedahkan tinggi Khai ialah 158cm dan tarikh lahirnya ialah 26 Mac.
- Khai ialah seorang weeaboo
Galeri[]
[]
Papar • Sunting Watak | ||
---|---|---|
M.A.T.A. | Kepimpinan | Dato' Othman (pengasas) • General Rama Ketua Teras: Dayang (TEKNO) • Ganz (KOMBAT) • |
Ejen Muda | TEKNO: Ali • Khai • Bulat • Kim KOMBAT: Mika • Chris • Iman • Rizka NEURO: Alicia • Jet • Roza • Sam INVISO: Rudy • Zass • Moon • Aleks | |
Mentor dan Ejen Lain | TEKNO: Geetha • Fit • Razman • NEURO: Leon | INVISO: Karya • Bobby • Rahul • | |
Musuh | Numeros | Uno • Dos • Trez • Cuatro • Cinco • Seis • Siete • Ocho • Nueve • Diez |
Siri | Wak Musang • Komeng • Abang Bear • Neonimus • Analogman | |
Filem | Niki • Andik • Surya • Pengganas | |
Cyberaya | Pembesar | Dato' Othman • Dato' Hisham • Dr. Ghazali • Dr. Mala • Dr. Tong |
SRT Cyberaya 1 | Kakitangan: Puan Munah • Bella • Cikgu Bidin Pelajar: Sasidaran • Ali • Alicia • Viktor • Boy • Mia • Shaun • Mawar • Melur • Syed | |
Orang Awam | Aunty Faye • Danish • Labu |