Ejen Ali Wiki
Ejen Ali Wiki
Advertisement


Kimberly Song merupakan watak dalam Ejen Ali yang mula-mula diperkenalkan sebagai ejen M.A.T.A. dari Cawangan Timur dalam musim ketiga.

Sejarah[]

Kimberly Song mengalami zaman kanak-kanak yang penuh penderitaan, seperti yang diceritakan dalam episod "MISI: GETIR". Ditinggalkan oleh ibu bapanya di hadapan rumah jagaan sebaik sahaja selepas dilahirkan, Kim sering dipindahkan dari rumah ke rumah jagaan sehingga dia dihantar ke satu rumah jagaan anak muda merangkap pusat latihan seni mempertahankan diri, di mana dia dibesarkan seperti pelatih untuk menjalani latihan-latihan dalam suasana serba getir di bawah pengawasan penjaga yang tegas dan garang, apalagi dikelilingi rakan-rakan serumah yang berkelakuan kasar.

Di pusat latihan inilah dia mengenali Jenny. Ketabahan dan kesediaan Jenny untuk membela nasib Kim dalam apa jua keadaan memberikan ilham kepada Kim untuk menguatkan semangat sepanjang berada di pusat latihan. Pada suatu malam, Kim menerima hadiah berupa keytar yang diperbuat daripada kadbod daripada Jenny sebagai hadiah perpisahan. Hal itu menarik perhatian penjaga asrama yang mahu menghukum mereka, tetapi Jenny bertindak memberontak dengan menumbangkan penjaga itu dan menjadi teladan kepada Kim untuk melawan sehingga tidak perlu tunduk kepada sesiapa pun. Semenjak itu, Kim menyertai M.A.T.A.

Kim mula muncul dalam babak latihan bebas sebelum Pertandingan M.A.T.A. Arena, di mana dia muncul bersama tiga lagi ejen cawangan lain iaitu Rizka, Sam dan Aleks, dan bertarung dengan ejen-ejen muda dari Akademi dalam Pertandingan Arena. Di pusingan pertama, Kim beraksi cemerlang dengan menjuarai perlumbaan dan menduduki tangga teratas dengan 60 mata. Sebagai ganjaran, Kim menaik taraf keytar-nya dengan mempelbagaikan warna-warna gelombang.

Pada hari rehat pertama, Kim terlibat dalam pertelingkahan antara ejen antarabangsa dan tempatan yang berlaku sebelum dan semasa pusingan kedua berlangsung, tetapi dia meraih simpati dan pertolongan daripada Ali lalu berjaya mengungguli pusingan kedua. Semenjak itu, Kim semakin mendekatkan diri dengan Ali; ini menimbulkan rasa cemburu Alicia. Pada hari berlakunya bekalan elektrik terputus, Kim terkurung sama bilik dengan Alicia, Zass dan Iman. Dia menceritakan latar belakangnya bersama mereka, malah dia menganggap Ali sebagai pemain paling handal dalam pertandingan Arena; Alicia menyanggah dan bertegas bahawa dirinya pesaing utama Kim dan bukan Ali. Bahkan dalam acara memburu lencana, Kim dan Alicia berlumba-lumbaan bahkan berkelahi untuk merebut tempat pemenang dalam acara memburu harta karun.

Ketika menghampiri garisan penamat, Kim bertembung dengan Rizwan dan Dos; dia menganggap mereka sebagai musuh dan melawan bertarung khususnya dengan Dos sebelum terpaksa berundur atas gesaan para mentor. Sewaktu bencana enjin pesawat berkeliaran, Kim bercadang kepada rakan-rakan seperjuangannya untuk berpecah demi menyelamatkan rakan-rakan lain dan orang awam dalam bahaya. Dalam diam dia mengambil kesempatan ini untuk bertemu semula dengan seniornya iaitu Jenny (Cinco) yang menyerahkan peranti baharu untuk mengintip M.A.T.A.

Kim taat menjalankan tugas yang diberikan oleh Cinco tanpa mengundang syak daripada rakan-rakan seperjuangan. Kerja jahatnya disedari oleh Comot si kucing Ali yang cuba menghalangnya dan mengingatkan Ali, tetapi Kim membalas dengan mengurungnya di dalam bilik stor. Identiti Kim sebagai musuh dalam selimut akhirnya terbongkar di klimaks musim ketiga apabila

Gajet[]

  • Keytar: Memancarkan pelbagai jenis gelombang daya apabila dimainkan. Juga boleh digunakan sebagai alat muzik hiburan.

Rupa[]

Kulitnya cerah, matanya berwarna kuning, rambut panjangnya berwarna biru berjalur kuning dan ungu, dan mempunyai ikatan ekor kuda yang panjang di belakang. Sebagai ahli teras TEKNO, dia memakai sut berwarna hitam perak beralaskan set crop top tanpa lengan dan skirt pendek berwarna merah. Dia juga membawa sebuah keytar yang boleh digunakan sebagai senjata.

Perwatakan[]

Kim seorang ejen remaja yang pada dasarnya ramah mesra, ceria dan cergas, tetapi menaruh sejarah yang gelap. Dia menjalin hubungan yang erat dengan Ali sepanjang pertandingan Arena. Oleh itu, Ali paling mempercayai Kim sepanjang pertandingan sehingga pengkhianatannya terbongkar. Pembawaan Kim yang lembut bercanggah dengan Alicia yang tegas dan tabah, bahkan Alicia cemburu melihat Kim merapatkan diri dengan Ali, menjadikan mereka lawan ketat sepanjang pertandingan Arena. Sebagai orang suruhan yang setia kepada Cinco, dia juga seorang yang licik dan pandai menjalankan tugas rahsia tanpa disedari sesiapa, tetapi dia juga menaruh rasa berat hati lebih-lebih lagi setelah menjalin hubungan dengan Ali.

Fakta tambahan[]

  • Pelakon suara Kim, Nur Atika, beliau juga merupakan salah seorang pelukis konsep di WAU Animation yang ditugaskan untuk mencipta rekaan (design) watak Kim. Beliau lebih dikenali ramai sebagai Eva Violetta.
  • Sebelum namanya didedahkan, Ejen Kim telah diberi kod nama sementara "Ejen Keytar" oleh ejen-ejen.[1]
  • Nama akhirnya "Song" merupakan nama keluarga yang terdapat dalam kalangan etnik Cina dan Korea, sesuai dengan asal usul Kim dari Cawangan Timur. (Latar belakang etnik dan kewarganegaraan sebenarnya belum diketahui setakat ini.) Malah, ia menyerupai perkataan Inggeris song (lagu), sesuai dengan tema pemuziknya.
  • Selain dari menyuarakan Kim, Kayli Mills, pelakon suaranya dalam Bahasa Inggeris turut berkongsi gaya dan warna rambut yang sama dengan wataknya.[2]

Galeri[]

Video[]

Rujukan[]

PaparSunting Watak
M.A.T.A. Kepimpinan Dato' Othman (pengasas) • General Rama
Ketua Teras: Dayang (TEKNO) • Ganz (KOMBAT) • Djin (INVISO) • Zain (NEURO)
Ejen Muda TEKNO: AliKhaiBulatKim
KOMBAT: MikaChrisImanRizka
NEURO: AliciaJetRozaSam
INVISO: RudyZassMoonAleks
Mentor dan Ejen Lain TEKNO: GeethaFitRazmanJenny | KOMBAT: BakarRajesh
NEURO: Leon | INVISO: KaryaBobbyRahulRizwanComot
Musuh Numeros UnoDosTrezCuatroCincoSeisSieteOchoNueveDiez
Siri Wak MusangKomengAbang BearNeonimusAnalogman
Filem NikiAndikSuryaPengganas
Cyberaya Pembesar Dato' OthmanDato' HishamDr. GhazaliDr. MalaDr. Tong
SRT Cyberaya 1 Kakitangan: Puan MunahBellaCikgu Bidin
Pelajar: SasidaranAliAliciaViktorBoyMiaShaunMawarMelurSyed
Orang Awam Aunty FayeDanishLabu
Advertisement