Ejen Ali Wiki
Kulit buku kompilasi M.A.T.A

Kulit buku kompilasi M.A.T.A. Academy

M.A.T.A. Academy ialah cerita-cerita pendek yang memaparkan jalan cerita dengan lebih mendalam tentang perihal M.A.T.A. dan latihan-latihan ejen-ejen muda di Akademi M.A.T.A.. Ia boleh didapati dalam Majalah Komik Ejen Ali.

Komik-komik pendek ini juga telah dikompilasikan secara eksklusif menjadi sebuah buku yang mula dikeluarkan pada tahun 2024.[1]

Episod[]

Misi Tajuk
10 Prolog

Selepas Ejen Geetha mengucapkan tahniah kepada Ejen Khai, Jet dan Moon atas kejayaan misi mereka, Jet meminta tolong Khai untuk membuka akses kepada pendrive milik seseorang yang dijumpainya ketika menjalankan misi. Setelah beberapa ejen muda lain turut melihat, Khai berjaya membuka perisian pendrive itu dan mendapati ia berisi Fail Rahsia M.A.T.A.. Dia berhasrat untuk memulangkannya, namun sebaik sahaja Moon membuka akses fail itu, mereka mendapat tahu tentang dua ejen baru yang akan memasuki akademi. Tertarik dengan rekod gajet Ali, mereka kagum melihat kehebatan Ali dalam mengalahkan Djin, pada masa yang sama mengejutkan Rudy apabila mendapat tahu Djin masih hidup. Ketika mereka melihat pula gajet rekaan khas M.A.T.A., I.R.I.S., kehadiran empunya pendrive menyebabkan semua ejen muda menyelamatkan diri sementara Khai diarahkan Geetha untuk mengikutnya ke bilik mentor.

11 Teras

Ali mengeluh kerana walaupun dia berlatih dengan ejen Inviso sebelum ini, tetapi dia dimasukkan ke dalam teras Tekno. Menurut Khai, ini menunjukkan yang dia lebih berbakat dalam teras itu kerana mentor hanya mengajar mengikut kebolehan setiap ejen. Tambahan pula, gajet yang dimiliki Ali lebih hebat dan banyak berbandingnya dan Bulat. Meskipun setiap teras menggunakan gajet, namun ia juga mempunyai kemahiran yang berbeza mengikut teras serta kebolehan penggunanya. Selepas panjang lebar menerangkan tentang M.A.T.A. dan peranan teras-teras Kombat, Inviso, Neuro dan Tekno, Alicia yang memanggil Khai untuk memulakan latihan sempat menyindir Ali mengenai sikap pentingkan dirinya itu.

12 Kelas

Dalam sesi pembelajaran kelas Neuro, Ejen Leon sedang menerangkan tentang kategori misi yang berbeza sebelum memberikan tugas untuk keluar dari sebuah bilik dalam masa 30 minit sebelum dipenuhi air kepada murid-muridnya. Begitu juga dengan Ejen Bakar, Karya dan Geetha yang mengajar ejen muda dan memberikan latihan kepada mereka dalam kelas teras masing-masing. Meskipun mereka menjalani saat-saat yang sukar pada mulanya, kesemua mereka berjaya menyelesaikan latihan dan kerja yang diberikan. Oleh kerana mereka telah banyak menggunakan tenaga, mereka seharusnya diberikan cuti rehat selama tiga hari sebelum latihan yang seterusnya, tetapi panggilan briefing misi secara tiba-tiba menyebabkan ejen-ejen muda tidak mendapat tidur yang cukup, migrain dan keletihan.

13 Inviso

Melihat perwatakan Moon yang periang dan ceria ketika menjalankan misi, Jet membebel kepadanya kerana menjadi punca misi mereka gagal dan tertanya-tanya bagaimana dia boleh direkut dalam teras Inviso yang sepatutnya bersikap pendiam dan kalkulatif. Selepas persoalannya terjawab oleh penjelasan Karya mengenai teras Inviso, mereka mengulangi semula misi tadi, namun Moon yang didakwa menyusahkan diarahkan Jet untuk duduk diam-diam. 10 minit kemudian, mereka yang buntu apabila dikepung sekumpulan droid akhirnya berjaya menyelesaikan misi apabila Moon menyerang hendap setiap droid. Jet pun meraikan kejayaan mereka dengan Moon, tetapi belum sempat mereka bertepuk lima, kelibat Moon yang ternyata hologram lesap dari penglihatannya.

14 Neuro

Bulat yang kesal sering diarah itu ini oleh Roza ketika berlatih meninggalkan medan latihan begitu sahaja sambil diperhati oleh rakan-rakan sepasukannya. Di bilik pembelajaran Tekno, Ejen Geetha yang memahami perasaannya menerangkan dengan lanjut tentang peranan teras Neuro yang sebenarnya lebih berat tanggungjawabnya kerana kejayaan pasukan ditentukan oleh setiap arahan dan pilihan dari keputusan yang dibuat oleh mereka. Bulat yang berfikiran sejenak dipanggil Roza untuk menjalani latihan seterusnya. Dengan menghafal kawasan dan menganalisa keberangkalian jalan yang akan digunakan musuh, mereka pun memulakan formasi yang disusun oleh Roza, di mana dengan kerjasama pasukan yang ditunjukkan, mereka berjaya mencapai objektif untuk mendapatkan intel. Bulat pun berterima kasih kepada Roza atas strategi yang hebat dan turut meminta maaf kepadanya atas sikapnya yang merungut sebelum ini.

15 Mika & Roza

Selesai berlatih sesama ejen Kombat, mereka diarahkan untuk berehat oleh Ejen Bakar, sebelum menegur Mika yang muram kerana dia selalu mendapat skor yang paling teruk setiap kali latihan berbanding rakan-rakan terasnya yang mempunyai kelebihan. Menurut Bakar, hal ini kerana tubuh mereka yang kecil memudahkan mereka untuk bergerak di samping mempunyai jarak dengan musuh, manakala sut mechanya yang berat menyukarkan pergerakannya. Sekali lagi dalam latihan berpasukan, Mika teragak-agak untuk mara ke arah musuh sehingga mengakibatkan dia tercedera dan bertengkar dengan Roza. Dalam latihan seterusnya, Mika satu pasukan dengan Roza. Ketika dia harus berhadapan dengan Iman, nasihat Roza ternyata berguna apabila dia menggunakan mechanya sebagai perisai lalu terus menyerangnya dari jarak dekat, di mana Iman menjadi lemah dalam situasi ini. Mika pun memuji kehebatan ejen Neuro dan berbaik kembali dengan Roza. Cubaan menyambut detik ini mengakibatkan Roza mengalami kecederaan selepas bertepuk lima dengan Mika yang bersut.

16 Puasa

Selepas menghadiri taklimat misi bersama Ejen Leon, Jet yang keletihan berpuasa merungut. Melihat Chris kekal bertenaga ketika sedang menjalankan misi, dia yang disangka tidak berpuasa pun menerangkan kaedah ejen Kombat mendisiplinkan diri untuk meningkat stamina. Tertarik untuk turut mencuba, ia ternyata berkesan apabila Jet kurang berasa letih dalam misi seterusnya. Selepas misi, Jet berhasrat melelapkan mata buat seketika sementara waktu berbuka, namun tidurnya terlalu lena sehingga Moon dan Ali mengusiknya dengan mengambil gambar dia yang sedang bermalam di akademi sendirian. Sebaik sahaja dikejutkan Chris, Jet menyangka waktu berbuka sudah hampir tetapi ternyata sudah dekat dengan waktu subuh. Besar dugaan Jet perlu menunggu 6 jam untuk waktu berbuka seterusnya.

17 Syawal Untuk Rudy

Oleh kerana Chris dan Jet tidak dapat balik beraya, mereka terpaksa beraya di akademi walaupun sudah mengemas barang. Apabila Moon membawa barang hiasan raya, ejen muda pun menghias akademi secara beramai-ramai untuk memberi kejutan kepada Rudy yang selalu beraya seorang diri di akademi kerana tiada kampung. Selepas pengisytiharan Hari Raya Aidilfitri pada malam hari, Rudy yang pulang ke akademi mendapat kejutan daripada rakan-rakannya dengan suasana yang begitu meriah. Semua ejen muda pun meraikan kemenangan mereka dan bersama-sama makan kuih raya dan bergambar beramai-ramai. Selepas yang lain pulang ke rumah masing-masing, Jet mengajak dua rakannya bermain mercun yang disorok dalam jetpacknya, tetapi Rudy menyuruh mereka tidur supaya tidak terlepas menunaikan solat raya keesokan harinya.

20, 21, 22 Mentor Baru
Bahagian 1

Ejen Karya mendapat arahan daripada General Rama untuk menjalankan satu misi selama beberapa minggu, oleh itu Ejen Rizwan diamanahkan menjadi pengganti sebagai mentor Inviso untuk beberapa ketika. Melihat Zass yang sampai lewat ke kelas, Rizwan bersikap tegas dengan ejen-ejen mudanya termasuk disiplin tentang masa sebelum memulakan latihan. Selepas melihat prestasi mereka dan aspek-aspek yang perlu ditingkatkan, perangkap lubang yang dipasang membawa mereka ke latihan yang seterusnya.

Bahagian 2

Selepas sedarkan diri, mereka mendapati berada di pangkalan Kumpulan Tedung. Untuk menyelesaikan tugasan yang diberikan Ejen Rizwan untuk mendapatkan intel rahsia daripada server kumpulan itu, Rudy dan Moon mengalihkan perhatian pengawal untuk memberi masa kepada Zass mendapatkan objektif. Setelah memasuki ke dalam ruang yang dituju, dia mula menyalin data dengan senang hati. Tanpa disedarinya, satu kelibat yang merupakan ketua Kumpulan Tedung muncul dari belakangnya sebelum mendedahkan dirinya di hadapan Rudy dan Moon dengan Zass berada di tangannya.

Bahagian 3

Rudy dan Moon menyerangnya untuk menyelamatkan Zass. Selepas mencampakkannya ke arah mereka dan mematahkan serangan mereka dengan mudah, mereka mula mengalihkan perhatian Kumpulan Tedung sebelum Rudy mengelirukannya dengan penyamarannya bagi membolehkan Moon dan Zass menyerang dari belakang. Namun begitu, kelajuan dan kepantasan yang dia tunjukkan menunjukkan dia bukanlah Kumpulan Tedung, sebaliknya Ejen Rizwan yang memuji mereka atas prestasi yang telah ditunjukkan dalam keadaan kritikal sebegitu. Apabila kembali ke akademi, Ejen Karya mendapati ejen-ejen jagaannya menunjukkan prestasi yang memberangsangkan, di samping ketiga-tiga mereka perlu berjumpa dengan Ejen Geetha untuk memeriksa gigi mereka yang sakit akibat terlalu banyak makan lolipop.

23 Resolusi

Dengan lokasi yang diberikan Iman, Jet, Moon dan Khai hampir sesat sebelum tiba di lokasi semua ejen muda berkumpul pada malam tahun baru. Sambil membakar dan menjamah bersama-sama, mereka berkongsi azam tahun baru masing-masing secara mengikut giliran. Belum sempat Rudy berkongsi azamnya, Moon menyampuk dan Ali yang turut sesat pun tiba dengan bantuan Alicia spam koordinasi lokasi kepadanya. Membakar bunga api yang dibawa oleh Ali, mereka menyaksikan letupan berwarna-warni yang indah menjulang ke langit dengan penuh teruja di ambang tahun baru. Mereka bergambar beramai-ramai, pada masa yang sama Ali berkongsi harapannya agar mereka semua mampu menjadi pelapis generasi M.A.T.A. yang terbaik kelak.

24 Semester Baru

Selepas lama menjalani cuti, Ali dan ejen-ejen muda kembali ke akademi untuk semester baharu. Mereka berkumpul dan berkongsi cerita tentang aktiviti-aktiviti semasa bercuti, seperti Moon yang main dan menyorok di dalam orang salji sehingga menyebabkannya mengalami selesema teruk, mata Iman yang lebam gara-gara banyak menonton drama Korea, Khai yang tidak mendapat tidur yang cukup kerana memperbaharui R-O dan Bulat pula semakin berisi akibat banyak makan ketika di rumah. Mika yang tidak sempat memotong rambut kerana banyak menghabiskan masa berlatih seorang diri dibantu oleh Roza dengan gunting dan sikat di tangan. Chris bekerja sambilan di tepi pantai sepanjang cuti dan Jet masih berada di Perancis menemani ibu bapanya bekerja. Zass pula memasuki banyak marathon manakala Rudy hanya duduk di akademi. Kembali dari Jakarta, Alicia menunaikan pesanan ayahnya memberi cenderamata kepada rakan-rakannya. Sementara itu, Ali harus mengasuh Danish, berlatih bersama Bakar dan berangan-angan untuk bercuti di luar negara berikutan kesibukan ayahnya dalam pekerjaan.

25 Atlas V1.2

Selepas Ejen Geetha membantu membuat sedikit perubahan pada I.R.I.S. Atlas, Ali menawarkan kepada rakan-rakan ejennya yang berminat untuk menguji kestabilan gajet itu. 2 jam kemudian, mereka berpuas hati dengan Atlas yang telah dibaiki ini kerana lebih menjimatkan tenaga dan stamina pemakainya. Baru sahaja Chris dan Jet ingin memerhati Atlas, mereka mendapat panggilan briefing misi berkenaan berlakunya pencerobohan di pelabuhan. Ejen Karya dan pasukannya yang ditugaskan untuk menyelesaikan masalah itu turut mengenakan Atlas, namun Ali yang telah kehabisan stamina akibat penggunaan Atlas tanpa henti jatuh pengsan semasa misi. Sebaik sahaja sedarkan diri, Ali dimarahi Jet kerana menjadi punca kegagalan misi mereka, tetapi ternyata dia mengambil berat tentang rakannya itu.

35 Kelebihan

Moon berasa geram kerana setiap kali latihan, dia sentiasa kalah kepada Zass disebabkan ketinggiannya yang rendah. Dia yang berangan-angan menjadi tinggi terpesona menyaksikan Iman yang sedang berlatih dengan penampilan fizikal yang serba lengkap. Sebaliknya, Iman memberi saran bahawa seseorang yang berbadan rendah seperti Moon turut mempunyai banyak kelebihan, antaranya mengaburi titik buta penglihatan musuh, ditambah pula orang yang berbadan tinggi tahap keseimbangan mereka lebih rendah. Dalam latihan seterusnya, Moon berjaya menguasai pertempuran dan mendapatkan intel dengan mengalihkan perhatian Zass melalui hologram dan menggunakan kelemahannya sebagai senjata rahsia.

Kredit[]

  • Penyuntingan Kandungan:
    • Nor Azlin
    • Norul Azila
  • Artis Komik | Penulis:
  • Grafik:
    • Aizuddin Aiman
    • Haswira Helmi
    • Aliff Azmi
  • Operasi:

Trivia[]

  • Komik kedua M.A.T.A. Academy yang bertajuk "Kelas" telah disilap tulis sebagai "Teras" pada kulit hadapan Majalah Komik Ejen Ali Misi 12, yang merupakan tajuk komik sebelumnya.

Galeri[]

Rujukan[]