M.A.T.A. Secret Files ialah sebuah latar belakang atau kisah rahsia yang tidak dapat dimuatkan dalam siri animasi Ejen Ali. Ilustrasinya dihasilkan oleh Ain Hafizah dan jalan ceritanya ditulis oleh Fuad Md Din di bawah penyeliaan yang rapi oleh Usamah Zaid Yasin.[1] Komik ini boleh didapati dalam Majalah Komik Ejen Ali.
Pada tahun 2022, komik ini juga telah diterbitkan dalam format Webtoon sebanyak dua kali sebulan dalam kedua-dua versi Bahasa Melayu dan Inggeris.[2]
Ringkasan[]
Pelbagai kisah dari M.A.T.Averse, terokai peristiwa yang berlaku sepanjang episod animasi Ejen Ali! Ketahui kisah latar belakang watak-watak dari Ejen Ali Universe dan ketahui lebih lanjut tentang pelindung Cyberaya, M.A.T.A. dengan lebih mendalam. (Webtoon)
Fail[]
| Fail | Misi | Tajuk / Tajuk di Webtoon | Tarikh diterbitkan (Webtoon) |
|---|---|---|---|
| 001 | 1, 2 | Uno, Dos & Trez / Trez | 23 April 2022 (Bhg. 1) 24 April 2022 (Bhg. 2) |
Pada suatu malam, Trez telah menceroboh Makmal Kajian C-Tech dan mengambil alih sistem yang melepaskan satu kontainer sebelum dia dikepung oleh sekumpulan pengawal. Melihat pada saiz tubuh badannya yang besar umpama raksasa, mereka menjadi gerun seraya melepaskan berdas-das tembakan ke arahnya dalam keadaan panik,tetapi Trez dengan mudah merosakkan senjata dan menumpaskan mereka sehingga tidak sedarkan diri. Nasib yang sama juga menimpa pengawal-pengawal lain yang mula mengepungnya dengan kenderaan mereka. Di lokasi persembunyian Trez, dia telah selesai mengecaj dirinya menggunakan kontainer tersebut yang mampu untuk bertahan selama seminggu dua. Dos yang berada berdekatan menyindir diri Trez sama seperti mainan kerana mempunyai senjata yang dahsyat di dalam badannya, tetapi memerlukan bateri untuk terus bertahan. Trez yang naik angin lantas mencabut wayar pengecaj sebelum meluru ke arahnya Dos.
Trez melancarkan beberapa tumbukan ke arahnya Dos yang mengelaknya dengan mudah dengan kelajuan kasutnya sebelum melontar shox stix ke arah Trez yang memberinya arus kejutan elektrik di seluruh tubuhnya. Bertambah naik angin, Trez cuba menyerangnya lagi dengan mencampak satu tong ke arahnya. Sebaik sahaja Dos mengelak dari tong itu, Trez dengan pantas melancarkan satu tumbukan sebelum tangannya yang dikawal dari jauh terhenti tepat di hadapan muka Dos. Pada masa yang sama, Uno yang berpuas hati dengan demonstrasi itu menyapa Trez dengan gelaran "Banduan 0303" melalui komputer riba di belakangnya kerana dia berguna untuk misi mereka. Meskipun Trez sudah memusnahkan semua data tentang tangannya yang masih dikawal itu, Uno tahu semua tentang tangannya, termasuklah projek "Terminator". Dia cuba menolak, tetapi dengan tangannya yang masih dikawal dan pemberian bateri sebagai deposit, Trez yang tidak mempunyai pilihan lain menghentak komputer itu sebelum mengecis. | |||
| 002 | 3, 4 | Aaron Edison / Aaron | 7 Mei 2022 (Bhg. 1) 8 Mei 2022 (Bhg. 2) |
Ketika zaman remaja, Aaron telah menyertai sebuah pertandingan Festival Sains yang merangkumi peringkat Sekolah Menengah Cyberaya. Disebabkan oleh ahli kumpulannya yang tidak boleh diharap, maka dia menyelesaikan alat ciptaannya secara bersendirian dan dia pun memenangi pertandingan tersebut. Aaron kemudian dibuli oleh rakan-rakan kumpulannya. Meski dipukul, dia sempat menjelaskan tentang konsep "alpha" sebelum berkata berasal dari keluarga yang bermasalah mungkin menjadi punca mereka bertindak sedemikian. Ini menjurus kepada kemarahan remaja itu yang terus menghayunkan pukulan pada Aaron. Bertahun-tahun kemudian, Aaron yang telah meningkat dewasa telah bersedia untuk merealisasikan cita-citanya untuk menjadi seorang tokoh saintis terkemuka di seluruh Cyberaya, tetapi tidak sebelum dia dilanggar oleh seseorang yang tidak asing baginya.
Aaron menjelaskan kepada barisan peneraju Cyberaya tentang teorinya yang mendakwa boleh mempercepatkan kemajuan spesies manusia ke taraf yang lebih maju. Bagi membuktikan bahawa teorinya tidak kosong, dia turut memperlihatkan sebuah alat prototaip kepada para hadirin yang mana telah menarik perhatian Dr. Tong dan menawarkan posisi pekerjaan yang sesuai kepadanya di Tong Industries. Di Makmal Kajian Aaron, individu tersebut cuba menghancurkan alat ciptaannya sebelum dia dihalang oleh Aaron yang menyuluhnya dengan lampu suluh kinesis versi diperbaharui, menyebabkan seluruh tubuhnya tidak boleh bergerak. Menyedari bahawa manusia tidak pernah berubah dan hanya mementingkan diri, Aaron pun memutuskan untuk menjadikannya hasil eksperimen pertama dari Neuro Drive ciptaannya itu. | |||
| 003 | 5, 6, 7, 8 | Pengacau Bertopeng | 21 Mei 2022 (Bhg. 1) 22 Mei 2022 (Bhg. 2) 4 Jun 2022 (Bhg. 3) 5 Jun 2022 (Bhg. 4) |
Alicia sedang menjalani latihan dan memperoleh skor tinggi sebanyak 2560 mata. Kemudian, dia dimaklumkan oleh salah satu droid bahawa dia dipanggil oleh General Rama. Setelah mendapat maklumat bahawa kemungkinan akan berlakunya satu kecurian lagi oleh kumpulan bermotor yang sama, General mengarahkan Jenny untuk memantau terlebih dahulu dan selebihnya serahkan kepada pihak berkuasa. Selepas Alicia tiba, General mula memarahinya kerana berlatih dan tidak belajar. Walaupun Alicia cuba meyakinkan ayahnya bahawa dia boleh pergi ke misi dengan semua program latihan yang telah dijalaninya, tetapi akhirnya dia diarahkan untuk pulang. Jenny cuba memujuk Alicia supaya tidak bersedih. Ketika satu set sut bertopeng beredar dari situ, dia memberikan saran untuk dia mendengar kata-kata General kerana sebagai seorang ayah, dia pasti mahukan yang terbaik untuknya. Alicia mengangguk memahami, dengan sesuatu mula bermain di mindanya.
Pada waktu malam di pelabuhan Cyberaya, sekumpulan geng bermotor sedang memuat barang-barang ke dalam lori sebelum munculnya seorang Pengacau Bertopeng yang menghalang rancangan mereka. Setelah berjaya menumpaskan keenam-enam geng tu, datang pula seseorang lelaki berbadan sangat sasa. Alicia cuba menyerang tetapi semua serangannya langsung tidak berkesan padanya.
Alicia pun berundur dan bersembunyi seketika, dan kumpulan bermotor itupun beredar dari situ. Alicia mengimbas semula ketika dia sudah mula mengikut latihan sejak dari dia kecil lagi, meskipun tidak diizinkan oleh General. Sejak itu, dia mula curi-curi berlatih dan mengambil ujian sehinggakan dia berbalut di sana sini. Setiap kali dia berlatih, General pasti akan memarahinya dengan alasan latihan ejen bukan latihan untuknya dan dia perlu menumpukan perhatian kepada pelajaran. Suatu hari, Alicia masuk ke ruang latihan menggunakan ID ayahnya dan bersedia menjalani latihan yang paling susah dengan penuh keyakinan. Namun, sebaik sahaja barisan droid menyerang, jelas sekali Alicia tidak mampu menandingi jumlah dan kelajuan mereka. Sebelum sempat sebuah droid cuba melancarkan serangan ke arahnya, dia melihat satu tembakan laju menembusi besi droid tersebut, yang dilepaskan oleh seseorang.
Sambil bertempur dengan setiap droid, Ejen Zain mengajarkan bagaimana seorang ejen boleh merancang strategi untuk mendapatkan kelebihan dalam pertempuran. Alicia pun terpegun menyaksikan tunjuk ajar itu. Kembali ke masa kini, ketika di pangkalan, Alicia melihat rak yang menyimpan pelbagai gajet sebelum matanya tertumpu kepada satu lastik. Di pelabuhan, Alicia sekali lagi mengganggu rancangan kumpulan bermotor. Lelaki berbadan sasa itu dikerahkan untuk menguruskannya, tetapi kali ini Alicia lebih bersedia, di mana dia melepaskan bebola magnet menggunakan lastiknya ke arahnya. Tom pun menangkapnya dan kurang dari beberapa saat, ia menjadi aktif dan memerangkap kesemua mereka. Alicia menghubungi pihak berkuasa dan melaporkan tentang aktiviti jenayah mereka sebelum meninggalkan tempat kejadian. | |||
| 004 | 18, 19 | Aaron & Trez / Epilog Musim 1 | 18 Jun 2022 (Bhg. 1) 19 Jun 2022 (Bhg. 2) |
Selepas Bakar dan Ali diselamatkan oleh Alicia dari letupan di bunker, Aaron mula sedarkan diri dan melepaskan diri dari dakapan Trez. Melihat pintu keluar yang tertutup, dia menggunakan segala kemahirannya untuk membuka pintu itu. Sebaik sahaja melihat ia terbuka, Aaron bersorak seketika sebelum bersembunyi apabila menyedari kehadiran beberapa droid yang cuba mencari sesiapa yang terselamat.
Dos yang terselamat dari letupan bunker ditemui oleh Droid dan melaporkan untuk membawanya ke bilik rawatan dengan kadar segera. Ketika bersembunyi, Aaron menemui pedang Uno tidak jauh darinya, lantas dia cuba menyerang salah satu droid tetapi tembakannya menyebabkannya pedang itu terjatuh. Semasa ia mengacu senjata ke arahnya, Trez menghancurkan droid itu lalu mengeluh langsung tidak boleh bergerak. Aaron menawarkan untuk membaiki tangannya melalui cara menggabungkannya dengan Blaster Buster Droid atau serpihan robot. Meskipun pada awalnya Trez menolak, dia terpaksa menerima tawaran itu apabila mendengar bantuan HQ sedang dalam perjalanan. Sebaik sahaja sekumpulan droid tiba, mereka pun bersedia untuk keluar dari situ. | |||
| 34 | Pencuri Bersiri | ||
|
15 tahun lepas di HQ M.A.T.A., barisan Ketua Teras sedang membincangkan mengenai laporan tentang kehilangan ciptaan terkini di Cyberaya sebelum mereka disergah oleh Dato' Othman kerana banyak barang-barangnya yang telah hilang dan kemungkinan telah dibawa keluar dari Cyberaya. Setelah mengugut untuk memansuhkan organisasi M.A.T.A. dan beredar dari situ, mereka segera ke pelabuhan selepas mendapat laporan mengenai kehilangan ciptaan tercanggih baru. Di tempat kejadian, mereka mendapati banyak ciptaan yang telah diambil dan berasa hairan bagaimana mereka boleh keluar dan masuk tanpa dikesan. Setelah mengarahkan Ejen Djin dan Ejen Ganz untuk mencari petunjuk lain, Zain dan Ejen Dayang mendapati bahawa ternyata mereka menggunakan jalan yang sukar ditemui apabila salah seorang ejen menemui kesan tayar di atas tanah. Djin pula menyimpulkan bahawa mereka mungkin menggunakan Menara Komunikasi untuk memantau sebelum memasuki kawasan itu. Sebelum beredar, Zain mengarahkan mereka mengumpulkan semua data untuk dibincangkan di HQ. Berdasarkan perbincangan yang dilaksanakan di HQ, rekod mereka menunjukkan kesemua barangan yang hilang diambil berkaitan dengan perubatan. Dengan import barangan medikal yang akan sampai di pelabuhan Cyberaya pada pukul 4 pagi nanti, Ketua-Ketua Teras bersedia untuk menjemput 'tetamu' mereka di sana. Tepat pada pukul 04:03 pagi, Zain dan yang lain pun akhirnya bersua dengan dalang di sebalik rompakan bersiri ke atas ciptaan canggih Cyberaya. | |||
| 005 | 36, 38, 39, 40 | Misi Air Hitam | 9 Julai 2022 (Bhg. 1) 10 Julai 2022 (Bhg. 2) 23 Julai 2022 (Bhg. 3) 24 Julai 2022 (Bhg. 4) |
Dalam keadaan terpinga-pinga, Bakar menuju ke Mamak Maju untuk ke markas M.A.T.A. selepas mendapat panggilan misi. Setelah ditegur oleh Ejen Leon kerana telah lewat buat kali yang ke-10, beliau pun memulakan briefing dan objektif misi kali ini, iaitu mengawal keadaan supaya orang awam tidak terancam dari serangan robot pelupusan sampah yang mula hilang kawalan. Belum sempat selesai penjelasannya, Ejen Bakar dan Ejen Karya telahpun hilang dari pandangan untuk berhadapan dengan robot-robot itu. Namun, dengan serangan mereka tanpa henti, mereka terpaksa berlindung dahulu dan mencari jalan lain.
Bakar cuba menarik perhatian robot itu untuk mengalihkan pandangannya, tetapi ia langsung melepaskan satu tembakan. Meskipun sempat dielak olehnya, kehadiran mereka ditemui pula oleh dua buah robot konco sebelum mereka diselamatkan oleh Leon yang memarahi mereka kerana tidak mendengar arahan dengan teliti. Dalam pada itu, dari belakang robot Ejen Geetha berjaya melumpuhkan sistemnya buat seketika dan mereka hanya tinggal perlu memasukkan anti-virus dan pulihkan sistem. Namun, Bakar yang tidak menyedari keberadaannya melancarkan pukulan ke arah robot itu, menyebabkannya terjatuh sebelum sempat disambut oleh Karya. Setelah merangka rancangan baru ketika melarikan diri, LEon dan Karya mulamenyerang dari dua arah berbeza, sementara Bakar membantu Geetha melompat ke atas robot itu untuk menutup sistemnya. Meskipun mereka berjaya berbuat demikian, namun Geetha tiba-tiba ditangkap oleh robot itu.
Geetha yang terperangkap dalam perisai robot itu berhasrat untuk membantu yang lain, tetapi melihat gajetnya telah dilumpuhkan, dia perlu memadamkan sensor utamanya dalam situasi yang sukar itu. Karya cuba menyerang, namun itu menyebabkannya melepaskan satu tembakan yang nyaris terkena mereka. Dalam keadaan yang getir sebegitu, boleh pula Bakar dan Leon bertengkar sebelum dileraikan oleh Karya. Selepas Leon menganalisis perisai robot itu untuk merangka strategi seterusnya, Karya mula menyerangnya. Sebaik sahaja ia menurunkan perisainya, dia segera mengehadkan pergerakan dan melemahkan pertahanannya sebelum melempar sekeping kad ke arah Geetha dan berlindung untuk membolehkan Bakar menyerang hendap dari belakang.
Sebaik sahaja Bakar meluru ke arah robot itu, ia melepaskan satu tembakan ke arahnya yang berjaya dipantulkan olehnya. Dengan kad di tangan, Geetha diarahkan oleh Karya yang baru menghancurkan sumber serangan robot itu untuk melemparkannya ke arah sensor utamanya. Walaupun pada mulanya balingannya terlepas, kad itu berpatah balik tepat ke arah sasarannya. Geetha selamat, misipun berjaya. Kembali ke HQ M.A.T.A., keempat-empat mereka dimarahi oleh General Rama kerana pertengkaran yang tidak perlu telah merumitkan misi, bahkan sehingga membahayakan salah seorang rakan seperjuangan. Selepas bersurai, Leon berpesan kepada Bakar supaya tidak datang lambat lagi pada panggilan misi seterusnya jika tidak mahu dia melaporkan terus kepada kakaknya sebelum dia dipujuk olehnya. Bakar pun mengajak yang lain ke Restoran Mamak Maju untuk belanja mereka air kosong. | |||
| 51, 52 | Post Mission: Neo, Logs / Prolog Musim Ke-3[3] | 9 April 2022 (Bhg. 1) 10 April 2022 (Bhg. 2) | |
Ali dan Bakar yang sedang berjoging berhenti seketika untuk berehat di bawah sebatang pokok. Ali mengambil botol air daripada pak ciknya sambil meluahkan bolehkah dia menjadi seorang ejen yang cekap selepas ketiadaan I.R.I.S. kerana gajet itulah yang membantunya setiap kali dia berhadapan dengan musuh. Bakar tiba-tiba melepaskan beberapa tumbukan ke arah Ali, yang semuanya berjaya dielaknya tanpa dia sendiri sedari. Bakar berpesan kepada anak saudaranya itu bahawa mamanya tidak bergantung pada gajet untuk menjadi seorang ejen yang hebat walaupun mempunyai I.R.I.S.. Dia juga yakin dengan terus mengasah kebolehannya, tidak mustahil Ali boleh menjadi hebat seperti mamanya. Oleh itu, Bakar memberikan pendrive yang berisi semua fail rakaman ketika Aliya membuat projeknya di M.A.T.A. kepada Ali supaya dia boleh belajar darinya. Ali pun menerimanya dengan senang hati. Professor Akram berjalan menuju ke sebuah lorong, di mana dia bertemu dengan sekumpulan geng bermotor untuk bertukar barang yang sedang mereka cari dengan barang-barang yang diiklankan mereka di pasar gelap. Meskipun barang yang dibawanya lebih bernilai berbanding barang yang diinginkannya itu, bagi mereka itu tidak mencukupi kerana itu bukan nilai pembelian dengan mereka. Apabila mereka mula mengepungnya dengan senjata, Akram terus melepaskan tembakan meriam angin ke arah mereka menyebabkan kesemua mereka tidak sedarkan diri. Beliau pun mengambil semua alat yang berguna baginya, memasukkannya ke dalam guninya lalu bergegas meninggalkan kawasan itu sebelum Dos tiba di situ.
Dalam rakaman devlog Aliya yang ditonton oleh Ali, Aliya tidak berputus asa dalam menghasilkan projeknya dan terus berusaha sedaya upaya walaupun kerap mengalami kegagalan dalam projeknya, sehinggalah dia berjaya pada devlog yang bernombor 1803. Ali terus menonton rakaman mamanya sehingga larut malam. Di ruang Ketua Teras, Dayang dan Ganz sedang berbincang tentang berita terkini, di mana selepas peristiwa yang telah berlaku di Dewan Cyberaya, banyak yang sudah dipulihkan. Antaranya, kawasan yang terlibat dalam insiden rusuhan sudah mula diperbaiki, ketua pemberontak Niki sudah ditempatkan dalam penjara dengan pertahanan keselamatan tertinggi, serta bantuan dan pembangunan di Pinggiran juga sedang dinaikkan sedikit demi sedikit dengan bantuan Yayasan Peneraju. Peneraju juga sudah memberikan senarai nama untuk pengganti sementara Dato' Othman, smentara Dayang pula sudah menyediakan semuanya untuk dijalankan kepada ejen-ejen muda. Di SRT Cyberaya 1, Cikgu Bidin yang sedang menulis surat kebenaran ibu bapa untuk membawa Kelab Setem dalam satu lawatan sambil belajar ke sebuah muzium dikejutkan oleh kehadiran Puan Munah, yang turut bersetuju dengan program itu. Profesor Akram telah sampai di rumahnya dengan barangan yang diperlukan untuk merawat Rizwan yang sudah penat dengan sakit di dalam badannya. Dia pun baring dahulu sementara Akram menyiapkan apa yang patut. Meskipun Akram sendiri tidak pasti sama ada ia akan berjaya atau tidak, tetapi dia cuba sebaik yang boleh untuk memulihkannya. Rizwan yang sudah bersedia pun memintanya untuk memulakan proses itu. | |||
Trivia[]
- Ain Hafizah, selaku artis M.A.T.A. Secret Files telah menegaskan di akaun Facebooknya bahawa siri komik ini bukannya sempalan kepada siri Ejen Ali.[1]
- Meskipun fail Uno, Dos & Trez mendahului semua fail-fail yang lain dalam Majalah Komik Ejen Ali, Post Mission: Neo, Logs menjadi fail yang pertama diterbitkan di Webtoon.
- Pada 10 April 2022, iaitu sehari selepas fail Post Mission: Neo, Logs/Prolog Musim Ke-3 dimuat naik di Webtoon, ia memperoleh peringkat ke-17 dalam senarai CANVAS Top 30.
- Pratoton fail Pencuri Bersiri yang merupakan kisah permulaan kepada Ejen Ali: The Movie boleh didapati di akaun Facebook rasmi Ejen Ali dan tidak diterbitkan di Webtoon.




















