Ejen Ali Wiki
Register
Advertisement


MISI: DIEZ ialah episod ke-12 dalam musim kedua siri Ejen Ali. Ia pertama kali disiarkan di TV3 pada 23 Mac 2018.

Ringkasan[]

Semua ejen M.A.T.A. telah bersedia untuk melindungi bandar Cyberaya pada ketika kumpulan Numeros sedang dalam perjalanan untuk memulakan sesuatu yang dahsyat di Akademi M.A.T.A..

Plot[]

Rizwan kembali di Akademi M.A.T.A. untuk menyerah diri. Dia didatangi oleh Ejen-Ejen Leon dan Bakar bersama dua droid, malah Bakar panas hati dan menghimpit Rizwan pada dinding. Ditanya Leon apa rancangannya, Rizwan memberikan jaminan bahawa dia telah menyelesaikan misi menjatuhkan Uno. Leon bertanya lagi atas arahan siapa, maka Rizwan terjawab mereka mungkin tidak akan faham. Bakar terasa hendak menumbuk Rizwan tetapi dipujuk oleh Leon untuk berserah kepada Ketua-Ketua Teras. Maka Bakar meminta droid menggari Rizwan dan mereka pun membawanya pergi.

Ali dan Viktor seronok bermain dengan permainan video Detektif Jebat di rumah Ali, lebih-lebih Ali berjaya memenangi permainan. Berbunyinya telefon menerima panggilan Alicia, maka Ali menjawab dahulu, sementara Viktor beralih kepada membuat persiapan untuk projek sains. Selepas perbualan, Ali dengan keberatan meminta diri, maka Viktor menjadi kecewa dengan sikap Ali memungkiri janji untuk fokus pada projek. Ali dengan segan berjanji akan sambung nanti, jadi Viktor berpesan kepada Ali jangan sesuka hati melafazkan janji yang tidak boleh ditunaikan kerana khuatir tidak akan dipercayai lagi dan pulang ke rumah untuk menyiapkan projek sendiri.

Ali dan Comot bergegas ke Akademi dan perlu melalui kawalan keselamatan droid. Setelah diimbas dan dibenarkan masuk oleh droid, dia hairan dengan suasana luar biasa yang timbul daripada kehadiran droid-droid yang mengawal ketat Akademi. Sebaik sahaja masuk bangunan, dia meluru kepada Ejen Bakar (yang sedang mengiringi Leon) dan bertanya tentang kembalinya Rizwan, namun Bakar enggan menjawab. Ejen Geetha melalui siar raya meminta Ali untuk berhimpun di arena bersama ejen-ejen muda lain.

Ejen Rizwan dihadapkan kepada Ketua-Ketua Teras dan menjelaskan bahawa seluruh ahli Numeros telah tertimbus dalam gua, malah memberikan koordinat lokasi terbabit kepada mereka untuk diperiksa. Ejen Ganz mencemuh enggan mempercayai kata-katanya. Ejen Dayang mengarahkan satu pasukan ke lokasi kejadian, kemudian mengingatkan Rizwan bahawa tindakannya tetap akan dikenakan hukuman walaupun keterangan yang diberikan betul. Rizwan sanggup menerima sebarang hukuman. Ganz keras mengutuk kesalahan Rizwan layak dihukum mati, tetapi Dayang memintanya bertenang.

Ejen Zain pula mempersoalkan tindakan Rizwan memecahkan kepercayaan agensi, maka Rizwan mengeluh bahawa dia berharap dapat mengembalikan Djin ke pangkuan M.A.T.A, tetapi dia bukan lagi Djin yang pernah dikenalinya. Zain mengingatkan Rizwan bahawa dia telah diberitahu tentang perubahan Djin yang menjadi sebab mereka terpaksa bertindak sewajarnya, tetapi Rizwan membantah dan menuduh tindakan Ketua-Ketua Teras menjadi punca Djin menjadi Uno. Ganz panas hati terdengar ujaran itu dan mengugut untuk mengasari Rizwan tetapi sekali lagi dihalang oleh Zain.

Zain menegur Rizwan bahawa perbuatannya tetap melanggar tatacara M.A.T.A, malah dia bernasib baik kerana terselamat dari memasuki sarang musuh. Rizwan mengaku sedar akan risiko yang ditanggungnya, maka Zain mengingatkan lagi bahawa tindakan Rizwan mendahulukan kepentingan peribadi daripada agensi telah mendatangkan akibat kepada M.A.T.A dan juga membahayakan ahli-ahli pasukannya. Zain lantas menengking bahawa perihal Rizwan bertindak sendirian bercanggah dengan semangat berpasukan yang tersemai pada ejen-ejen pelapis, justeru akan memecah-belahkan M.A.T.A. Rizwan lantang membangkang bahawa dia telah berbakti dengan menghentikan peperangan sebelum ia bermula.

Ejen Dayang melaporkan bahawa satelit M.A.T.A. telah mengesan isyarat yang tidak dikenali sedang bergerak laju menuju Akademi, menjadikan Rizwan naik gelisah. Ganz lantas menuduh Rizwan terlibat dengan isyarat tersebut, tetapi Zain berpesan bahawa dia tidak wajar melemparkan tuduhan. Tiba-tiba Rizwan meraung kesakitan dan tumbuh urat bersinar seluruh tubuh. Dia hilang kawalan badannya dan terus memecahkan skrin Ketua-Ketua Teras.

Ejen Leon bergegas ke tempat pelajar-pelajar berhimpun dan juga melaporkan kehadiran isyarat asing menuju Akademi. Ejen Karya yang sedang menjaga pelajar mengaku telah diberitahu oleh Geetha tentang itu dan menyatakan Protokol Kubu telah diaktifkan. Ali bertanya kepada Khai apa itu Protokol Kubu, maka Alicia yang turut berdiri bersebelahan menegurnya kerana tidak membaca Buku Panduan Akademi.

Khai menerangkan kepada Ali bahawa Protokol Kubu merupakan kod untuk mengaktifkan tahap pertahanan tertinggi di pulau akademi, yang akan memancarkan sejenis perisai plasma untuk meliputi seluruh pulau untuk menghalang kemasukan sebarang bentuk ancaman dari darat, udara mahupun air. Tambahan pula, angkatan droid dan dron M.A.T.A. ditugaskan ke serata kawasan sebagai barisan hadapan untuk mengurangkan risiko ke atas ejen-ejen. Ali bertanya lagi apa yang harus mereka lakukan sebagai ejen, jadi Khai berpesan untuk tunggu sedia dan menunggu arahan. Ali berasa khuatir bahawa mereka akan terpaksa turut berlawan, maka Moon muncul dan memesan Ali untuk tidak terlalu risau kerana musuh tidak akan berjaya ceroboh. Tiba-tiba bekalan elektrik terputus, maka Moon terpaksa menarik balik katanya.

Ejen Leon cuba menghubungi Ejen Geetha tetapi tidak dapat bersambung, sementara Ejen Karya mengesyaki sesuatu kerana mustahil musuh dapat memadamkan tenaga dari luar. Ejen Bakar menghubungi Leon dan melaporkan kemusnahan bilik Ketua Teras.

Rizwan telah mencerobohi bilik kawalan kademi dan mengasari Ejen Geetha dan menggodam sistem M.A.T.A. Ejen Geetha bangun dari tersembam dan mempersoalkan tindakan Rizwan, maka Rizwan mengaku tidak boleh mengawal badannya. Leon sampai bersama Bakar dan Karya dan mengeluarkan arahan menahan Rizwan. Rizwan berseru jangan dekat sambil badannya meluru ke arah Leon yang menembak lalu menjatuhkan Revolvernya. Dia menahan tangannya dari menepuk Leon, kemudian ditolak ke tepi oleh Bakar. Rizwan segera bangun dan cuba mengekang badannya, dan Karya melayangkan Kadrya Deck ke arahnya. Badan Rizwan mengelak dan menerajang Bakar kepada Karya, kemudian berlari keluar sambil dihujani tembakan Leon. Geetha meminta rakan-rakan sekerjanya pergi sementara dia menghidupkan semula sistem pertahanan.

Di tempat perhimpunan, Chris merasa tidak sabar dan mengajak rakan-rakannya pergi meninjau, tetapi Jet terbang ke atas dan menyeru mereka untuk kekal dan menunggu arahan mentor. Ali juga merasakan sudah lama mentor-mentor pergi dan bertanya apa yang sedang terjadi di luar. Terlihat R-O bermain dengan Comot, Alicia mendapat idea.

Rizwan berlari ke tengah-tengah lapangan Arena Akademi lalu bersemuka dengan Karya. Dia menyerang Karya dengan menekan tetapi ditepis dan terkena libasan kad di bahagian kaki, Bakar datang menumbuk Rizwan dengan Perisai Plasma sehingga jatuh tergolek. Rizwan bangun semula kemudian terus ditembak jatuh dari belakang oleh Leon dengan Revolver. Dipusingkan oleh Bakar, Rizwan kelihatan sudah hilang uratnya dan meminta maaf kerana tidak menyangka terjadi begini. Uno muncul terapung di langit dan berterima kasih kepada Rizwan kerana menyusupi Akademi M.A.T.A. dan memadamkan pertahanan dari dalam supaya Numeros dapat menceroboh. Sedar-sedar sahaja, Ejen-Ejen Leon, Bakar dan Karya dikepung oleh Dos, Trez, Cinco, Seis, Siete dan Nueve, sementara Uno terbahak-bahak memerhatikan dari atas.

Alkisah sebaik sahaja selepas markas Numeros diletupkan oleh bom-bom Rizwan, Ocho sempat membentuk perisai Microbug untuk melindungi dan mengeluarkan rakan-rakan sepasukannya. Uno memungut topengnya yang dicuri oleh Rizwan dan menanya Dos sama ada Rizwan masih boleh dijejaki. Dos mengesahkan bahawa dia mempunyai satu lagi pangkalan rahsia yang terletak tidak jauh. Uno bertanya lagi sama ada itu tempatnya tersimpan salinan (pelan pengklonan I.R.I.S.) Cinco berkata ya, maka Uno melafazkan hasrat untuk menghancurkan musuhnya.

Enam ahli Numeros menyerang ejen-ejen M.A.T.A. di lapangan atas arahan Uno. Mula-mula, Dos mengacu-acukan Bilah Plasma ke arah Karya. Karya membalas dengan melempar Kadrya Deck tetapi ia dikekang oleh telekinesis Nueve, dan Dos sambung menyerang. Ejen Leon menembak-nembak ke arah Trez yang sedang mara tetapi tidak berkesan. Dengan Tangan Sibernetiknya, Trez menghentam lantai dan mengganggu rentak lawan semua ejen. Siete menyepak bola ke kepala Bakar.

Rizwan bangun dari tersembam dan menghadap Cinco yang mengata dia terlalu lemah untuk menentang tindakan Numeros, lebih-lebih lagi setelah mereka mengetahui kelemahan M.A.T.A. Ejen Leon melonjak mengelak dari hentaman kencang Trez dan mengacukan Revolver ke arahnya. Trez terus menjatuhkan senjata Leon dan cuba memukulnya, namun Leon mengelak, pergi mengutipnya semula dan berapat dengan Bakar. Bakar mengeluh pihaknya tidak mampu menang kerana musuh terlalu ramai, maka Leon berpesan untuk bertahan sedikit lagi.

Ejen Karya menggunakan kombinasi Mystic Blade dan Kadrya Deck untuk menangkis Bilah Plasma Dos. Dos kemudian membuat lompatan pusing sambil melemparkan Shox Stix ke arah Karya. Karya mengelak, namun Nueve menggunakan telekinesis untuk menghalakan semula Shox Stix itu lantas mencucuk Karya. Dos mengambil kesempatan dengan menerajang Karya ke arah Leon dan Bakar.

Dos, Trez, Seis, Siete dan Nueve berbaris semula dan merenung Bakar, Leon dan Karya. Tiba-tiba, mereka digemparkan oleh tembakan yang kencang daripada sebuah Mechadroid yang merupakan salah satu daripada angkatan droid-droid yang dipimpin ke mari oleh Ejen Geetha. Leon mengarahkan Formasi Cengkam, maka angkatan droid mara dan mula menembak-nembak ke arah musuh. Seis dan Siete melarikan diri, sementara Trez kekal berlawan sehingga dikekang oleh sebuah Busterdroid dan ditumbuk oleh Bakar.

Perlawanan antara angkatan M.A.T.A. dan Numeros disiarkan oleh R-O untuk tatapan pelajar-pelajar di dalam, mengesahkan sangkaan Ali bahawa mereka telah diserang. Alicia bercadang untuk mereka pergi menolong, tetapi Jet menyanggah kerana musuh menyasarkan I.R.I.S. dan oleh itu tidak ingin Ali dibawa ke sana. Roza juga berkata tidak perlu kerana nampaknya pihak M.A.T.A. sedang menang.

Leon menembak-nembak ke arah Dos, jadi Dos pergi bersembunyi di sebalik tiang dan menyuruh Nueve menahan tembakan Leon. Nueve tidak dapat berbuat demikian kerana sedang "mengangkat" dua buah batu untuk berlindung dari tembakan dron. Seis dan Siete giat bermain bola sepak untuk menjatuhkan droid-droid sehingga Seis dipukau oleh Karya dan dikawal untuk berkelahi dengan Siete. Sebaik sahaja Siete menyedarkan semula Seis dengan tamparan, mereka termakan pancaran Mechadroid dan jatuh terpelanting.

Uno turun ke darat dan mengutuk Seis dan Siete yang tersungkur tidak boleh diharap. Atas arahan Leon, semua droid yang tinggal menembak-nembak ke arah Uno namun tidak banyak meninggalkan kesan. Uno membalas dengan mencantas sebanyak mana droid yang mungkin dengan Bilah Azurium, menjadikan ejen-ejen tergempar. Uno kemudian mengawal mesin-mesin yang tinggal untuk membidik ke arah ejen-ejen.

Melihat pada pancaran putih dari bahagian mata droid-droid, ejen-ejen mengecamkan bahawa Uno sedang menggunakan Override Mode. Mechadroid melepaskan sedas tembakan ke arah Leon dan Karya. Bakar datang melindungi mereka dengan Perisai Plasma dan dijatuhkan. Mechadroid menghala ke arah Geetha pula. Rizwan datang menahan Uno dan menyeru ejen-ejen berundur dan pergi mempertahankan Mainframe. Uno menjatuhkan Rizwan dan menepuk perutnya sehingga jatuh, kemudian mengarahkan droid-droid untuk mengejar Leon, Geetha dan Karya.

Khai meluahkan rasa bimbang setelah mendapati R-O tidak dapat lagi mengesan kehadiran mentor. Mika menyeru agar pelajar sekalian turun bertempur. Moon mempertikai kewajarannya, maka Roza berhujah tidak mahu musuh mencapai Mainframe. Jet mengeluh bahawa Uno boleh menggunakan Override Mode; Iman bersetuju kerana merasakan mereka sendiri tidak berpeluang mengalahkan musuh yang telah mengalahkan mentor-mentor. Bulat bercadang agar mereka menaiki pesawat kecemasan; Ali bertanya apa itu, jadi Alicia menjawab bahawa ia jalan terakhir untuk meninggalkan pulau Akademi M.A.T.A. sekiranya Protokol Kubu gagal. Chris mengatakan itu idea bernas lalu dikutuk pengecut oleh Mata kerana hendak meninggalkan mentor. Jet bertegas bahawa mentor juga tidak ingin mereka terkorban, manakala Roza berhujah bahawa tidak layak digelar ejen jika melarikan diri.

Maka terjadinya pertikaman lidah antara pelajar-pelajar Akademi, khususnya Chris, Mika, Jet dan Roza. Ali cuba memujuk mereka untuk bertentang tetapi tidak diendahkan. Oleh itu, Alicia bertindak meniru bapanya dengan menjerit "Dey!" secara lantang hingga bergema, maka pergaduhan pun dihentikan. Dengan itu, Ali menyeru kawan-kawannya tidak bergaduh kerana musuh sudah semakin menghampiri mereka. Dia menceritakan betapa kagumnya melihat kehebatan para pelajar ketika mula-mula menyertai Akademi berbanding dengan dirinya yang hanya mengharapkan I.R.I.S, tetapi tiada gunanya kehebatan itu jika mereka berpecah-belah. Ali menyampaikan pesanan Ejen Zain bahawa semua ejen mesti bersatu dan berjuang sebagai satu pasukan tanpa mengira demi tujuan melindungi Cyberaya, bahkan tidak mahu ejen-ejen pelapis mengulangi kesilapan Ketua-Ketua Teras yang lalu dan sebaliknya berjuang bersama-sama tanpa mengira apa jua kesusahan. Bulat bertepuk tangan kerana kagum dengan pidato Ali, namun disambut dengan dingin oleh lain-lain.

R-O sempat menyusup melalui pintu benteng Akademi sebelum Ejen Geetha datang menguncinya. Namun begitu, Uno berjaya memecahkan benteng dengan Mechadroid kawalannya, menyebabkan Geetha terpelanting. Geetha merayu kepada Uno untuk tidak mencederakan pelajar-pelajar. Uno tidak endah kerana mereka juga ejen, lalu mengawal sebuah Busterdroid untuk menumbuk Geetha. Tiba-tiba, Busterdroid itu dijatuhkan oleh tembakan senapang Roza.

Kesemua 12 ejen muda berhimpun di hadapan pintu Akademi, sedia menentang penceroboh. Mereka dipimpin oleh Alicia dengan berpandukan gajet ciptaan baharu Atlas yang akan digunakannya bersama Jet dan Roza untuk mengaturkan serangan semua ahli secara bergilir. Mula-mula, Chris diarahkan untuk menusuk dan mencantas droid-droid dengan Plasmakris. Kemudian, Chris mengelak serangan Bilah Plasma Dos dengan melompat pusing. Jet menembak dekat dengan Dos dari udara dan bersama Iman dan Moon mengambil alih dari Chris untuk menguruskan Dos. Iman terus melemparkan Meteor Hammer kepada Dos.

Mika bertumbuk-tumbukan dengan Trez. Roza menembak ke arah Trez dan menanggap orangnya liat. Trez bergegas ke arah Roza yang mengganggunya tadi. Bulat menggunakan Spherubiks untuk membuat bebola perisai untuk pergi memapah Ejen Geetha. Ali tangkas menggunakan yoyonya untuk menjatuhkan mesin-mesin sambil berlindung dari tembakan. Seis menyepak bola ke arah Ali, namun mujur Alicia segera menangkis bola itu dan menyuruh Ali tidak terlalu menonjol kerana dia perlu menyimpan tenaga untuk penggunaan Atlas.

Uno mengawal Mechadroid menembak pintu Akademi, maka Alicia cepat menepikan Ali sebelum terkena. Melihat pintu Akademi habis pecah, Alicia bercadang untuk menumpaskan Mechadroid berkenaan dahulu, maka Zass dipanggil untuk mengganggu perhatian jentera besar tersebut. Jet terbang melarikan R-O sehingga dikekang dan dikawal oleh Nueve. Khai meminta nasihat kerana tidak dapat mendekati Nueve. Melihat Comot tampil dan bertukar halimunan untuk turun berlawan, Ali mencadangkan mereka menyerang Nueve serentak. Demikianlah yang dilakukan oleh Moon yang menghasilkan klon untuk mengganggu Nueve dan melepaskan Jet. Nueve sempat menangkap Moon tetapi terus diserang oleh Comot dan ditumbangkan oleh Moon.

R-O diturunkan oleh Jet di atas Mechadroid yang melawan Zass lalu mengimbas dalaman sistemnya untuk dianalisis oleh Khai. Sebuah Busterdroid datang untuk menahan Zass dengan lengan roketnya, maka Alicia mendesak Khai. Apabila Mechadroid mahu menembak Zass, Khai sempat mematikan sistemnya melalui pintasan R-O. Roza membidik ke arah Trez yang masih bertumbuk-tumbukan dengan Mika. Dia merungut sukar hendak menembak musuh dan menyuruh Rudy menggari Trez dengan Shadow Cuffs, tetapi Rudy tidak kelihatan di sampingnya.

Uno melangkah ke arah bangunan Akademi melalui bangkai-bangkai droid bergelimpangan, diiringi oleh Cinco yang menjelaskan berpandukan skematik bahawa Mainframe boleh diakses melalui komputer di bilik kawalan. Rudy datang menghadap Uno dan memujuknya untuk mengingati semula masa silam mereka. Uno tidak mempedulikannya dan sambung berjalan. Rudy pergi menghalang Uno lalu dibalas dengan ayunan pantas Bilah Azurium. Mujur Ali datang tepat pada masanya untuk menepikan Rudy dari dikelar. Rudy tertunduk kerana terkilan dengan kedinginan hati bekas mentornya.

Ali memutarkan yoyo dan sedia menentang Uno. Cinco atas arahan Uno menekan tabletnya untuk memintas dan mematikan I.R.I.S. Jet sedang mengejar sambil menembak Seis dan Siete apabila Atlas yang dipakainya terpadam, lalu dia dijatuhkan dengan bola milik kembar itu. Kejatuhan Jet disaksikan oleh Mika yang masih berhempas melawan Trez. Cinco menerangkan bahawa dia telah menanam Microbug di dalam I.R.I.S. supaya dia dapat menghalang Ali daripada menghidupkannya.

Uno memecut ke belakang Ali. Ali segera berpusing dan memutarkan yoyo tetapi terus ditolak sampai terpelanting. Rudy luluh hati menyaksikan bekas mentornya mengasari Ali. Uno mencemuh Ali lemah dan beredar. Mujur Ejen Zain datang untuk memapah Ali; kehadiran Ketua Teras Neuro itu menyebabkan ejen-ejen dan musuh sekali terpaku.

Watak[]

Trivia[]

  • Tajuk episod ini mendedahkan ahli terakhir dalam Numeros, Diez, yang bermaksud "sepuluh".
  • Babak di mana Ali memberikan "motivasi" kepada rakan-rakan ejennya merupakan rujukan kepada "motivasi" yang hampir sama yang pernah Ejen Zain berikan kepada Ali dalam MISI: HARAPAN.
  • Seperti Musim 1, Episod 12, MISI: UNO, misi ini juga menggunakan nama kod Sepanyol dari ahli Numeros sebagai tajuk.
    • Episod ini diberikan tajuk sedemikian mungkin bertujuan sebagai episod terbalik untuk Musim 1, Episod 12 kerana ahli Numeros bermula dari nombor 1 sehingga 10 sahaja.
      • "MISI: UNO" boleh merujuk kepada permulaan arka cerita Uno.
      • "MISI: DIEZ" boleh merujuk kepada akhir arka cerita Uno.

Spoiler![]

  • Kredit akhir ialah putih di atas pirus bukan biru, dan muzik yang digunakan adalah nada yang sedih dan harmoni. Ini tidak boleh dikelirukan dengan "MISI: UNO", apabila kredit akhir berwarna merah dan muzik yang digunakan adalah nada penjahat.

Galeri[]

Video[]

Navigasi[]

PaparSunting Episod
Musim 1 MISI: I.R.I.S.MISI: ALPHAMISI: SERIMISI: COMOTMISI: BLUEPRINTMISI: BANGKITMISI: PROTOKOL GEGASMISI: PRESTASIMISI: POTENSIMISI: SENSASIMISI: BUKTIMISI: UNOMISI: OVERRIDE
Musim 2 MISI: AKADEMIMISI: ORIENTASIMISI: MAINMISI: ANALOGMISI: CABARMISI: SUSUMISI: KEMBALIMISI: TUJUANMISI: PERANANMISI: ATLASMISI: HARAPANMISI: DIEZMISI: LEGASI
Musim 3 MISI: ARENAMISI: BOLEHMISI: UPGRADEMISI: BALASMISI: BLACKOUTMISI: BURUMISI: JERATMISI: UBAHMISI: HYBRIDMISI: KHEMAHMISI: GETIRMISI: SENGATMISI: JAGUH
Advertisement