Ejen Ali Wiki
Register
Advertisement


MISI: I.R.I.S. ialah episod pertama dalam musim pertama siri Ejen Ali. Ia pertama kali disiarkan di TV3 pada 8 April 2016.

Sinopsis[]

Ali merupakan seorang pelajar sekolah berumur 12 tahun yang bergelut di sekolah, juga menjadi mangsa buli, serta kekurangan kasih sayang dari ibu bapa. Kehidupannya berubah apabila dia secara tidak sengaja menggunakan teknologi yang dicuri oleh dua penjahat.

Plot[]

Cerita ini bermula dengan dua penjahat, Dos dan Trez menyelinap masuk ke Pusat Penyelidikan M.A.T.A.. Trez mengambil alih bilik CCTV, manakala Dos menyamar sebagai seorang saintis dengan merampas pakaian Ejen Jenny di bilik persalinan. Dia bertemu dengan Ejen Bakar dan cuba menguratnya. Dos meminta diri lalu memasuki ke sebuah bilik dan dengan menggunakan tablet nama Jenny, dia menemui sebuah alat prototaip berbentuk cakera yang berkulit logam dan kaca. Dos hendak mengambilnya tetapi pada masa yang sama penggera kecemasan berbunyi. Apabila Bakar dan droid-droid M.A.T.A. memasuki ke dalam bilik itu, mereka menjumpai bahawa Dos telah melarikan diri melalui laluan udara dengan membawa alat itu bersamanya.

M1E1 Ali skuter

Keesokan harinya, Ali bangun selepas mendengar panggilan dari bapanya lalu menyedari yang dia akan lewat untuk sekolah. Setelah menyalin pakaian dengan tergesa-gesa, dia menaiki skuternya untuk pergi ke sekolah. Sepanjang perjalanan, dia secara tidak sengaja terlanggar Aunty Faye menyebabkan dia jatuh ke dalam semak. Kemudian Ali melarikan diri lalu bersembunyi dari Shaun dan Syed selepas Ali membaling tin ke arah mereka untuk menghalang mereka daripada membuli seorang pelajar dengan mengambil ais krimnya.

M1E1 Ali Wak Musang

Sementara itu, Dos tiba di gerai Nasi Lemak Cyber dan meletakkan alat yang dicurinya ke dalam kotak hijau dengan meninggalkan kata laluan "Tempoyak Udang". Ali menuruni tangga dan hampir melanggar seekor kucing putih dan gerai Nasi Lemak Cyber, tetapi sempat berhenti. Ali menempah nasi lemak dengan meminta lauk "Tempoyak Udang", membuatkan Wak Musang terkejut lalu memberikan kotak hijau yang mengandungi alat itu kepadanya tanpa mengenakan bayaran. Ali kemudian bergegas ke sekolah selepas mendengar bunyi loceng sekolah, menandakan kelas telah bermula dan dia terlambat. Beberapa saat kemudian, seorang lelaki serba hitam datang ke gerai Wak dan meminta "Tempoyak Udang". Ini menyedarkan Wak yang dia dah tersalah orang.

M1E1 Pn Munah Ali

Apabila Ali tiba di kelas, dia memberi isyarat kepada Viktor untuk mengalih perhatian Puan Munah. Kemudian, Ali menyelinap masuk ke dalam kelas, bagaimanapun ditemui oleh Alicia. Puan Munah mendapatkan Ali dengan rotan dan memarahinya kerana gagal lagi dalam ujian matematiknya. Ali meminta maaf kepadanya, tetapi cikgunya itu menjawab bahawa tidak ada gunanya meminta maaf jika dia masih tidak berubah lalu melemparkan kertas ujian Ali ke arahnya dan mengejutkannya dengan membelah kertas itu menggunakan rotannya.

M1E1 Viktor Ali

Semasa rehat, Ali bersembang dengan Viktor tentang keputusan ujiannya dan terfikir cara untuk mempertingkatkan markahnya. Kemudian, Ali memegang kotak nasi lemak sebelum mengajak Viktor untuk pergi bersembunyi daripada dua kaki buli yang sedang mencarinya. Ali dan Viktor bersembunyi di dalam tandas sambil Ali berasa kesal kerana menolong pelajar tadi. Tetapi kemudian Viktor membaca satu ayat dari tabletnya: "Keberanian itu bukanlah bila kamu lawan dan menang, tetapi bila kamu terus berjuang demi tujuan yang murni walaupun menghadapi pelbagai cabaran." Pada masa yang sama, alat di dalam kotak nasi lemak mula berkelip, menunjukkan alat pengesan telah diaktifkan. Sementara itu di sebuah tapak pembinaan terbiar, Dos dan Trez menerima arahan daripada ketua mereka melalui komputer bimbit untuk cepat mencari alat tersebut kerana "M.A.T.A." sudah memasang alat tersebut.

M1E1 Bakar Ali

Di luar pagar sekolah, Ali menunjukkan kemahirannya kepada Viktor. Selepas kereta ibu Viktor tiba, Viktor sempat mengajak Ali untuk bermain permainan Detektif Jebat, yang ditunjukkan dalam tablet Ali lalu menaiki kereta meninggalkannya. Kemudian, Bakar datang dari arah belakang Ali, ternyata adalah bapa saudaranya. Bakar menemani Ali pergi ke Zali Mart, dan alat pengesan Bakar menunjukkan pada Ali terdapat alat yang dicari.

M1E1 Bakar Trez

Selepas Ali dan Bakar memasuki kedai, Ali mengambil sebungkus roti tetapi hairan dengan tindakan Bakar yang sedang memeriksa keadaan sekeliling. Bakar bertanya kepada Ali jika dia ada terambil apa-apa barang yang bukan miliknya, lalu memeriksa seragamnya dan mendapati tiada apa-apa pun. Bakar memberitahu Ali yang dia sedang berada dalam bahawa lalu membawa Ali ke sudut lain namun ternampak Dos. Trez menemui mereka dan menolak rak ke arah Bakar dan Ali. Bakar sempat menolak Ali supaya tidak ditimpa rak lalu menyuruhnya untuk melarikan diri. Jadi Ali melarikan diri dengan skuternya namun Dos muncul dan mengaktifkan pemecut kasutnya untuk mengejar Ali.

M1E1 Ali Dos

Sementara itu, Bakar sedang berlawan dengan Trez di dalam kedai. Dia ditolak ke belakang, lalu Bakar mengambil semburan pembunuh serangga dan halakan ke muka Trez. Di luar, Dos pantas memintas Ali, membuatkan Ali terjatuh selepas cuba mengelak Dos yang berada di hadapannya. Ali dibawa ke kawasan pembangunan yang terbiar, dia bertanya kepada Dos apa yang dia mahukan dengannya sementara Dos mengeluarkan dari kotak nasi lemaknya alat kecil sangat berkuasa yang bergelar Infinity Retinal Intelligence System atau I.R.I.S. Dos juga menduga umur Ali sembilan tahun dan menyangkanya antara ejen kanak-kanak yang dilatih M.A.T.A. Ali hairan mengapa dia selalu dianggap sembilan tahun, sementara Trez cuba mengusiknya seperti budak kecil sambil mengeluarkan isi begnya.

M1E1 Bakar lepaskan Ali

Tiba-tiba, Bakar muncul dan menghumban Trez jauh dari Ali lalu membuka ikatan Ali. Ali bertanya siapa penculiknya dan apa sedang berlaku, tetapi Bakar berhadapan dengan Dos sebelum sempat menjawab. Bakar mengeluarkan gari dan meminta Dos dengan sopan untuk menyerahkan semula I.R.I.S, tetapi Dos menyandung Bakar sampai jatuh. Bakar bangun dan berjanji tidak akan melayan Dos dengan kasar, tetapi Dos tetap mengasai Bakar dengan mengacu-acukan sanggul rambutnya (Shox Stix). Trez turut menyerang Bakar dari belakang; pertembungan genggam dengan genggam dari Tangan Sibernetik Trez menyaksikan Bakar tercampak jauh.

Bakar bangun semula dan menyuruh Ali melarikan diri. Dos menyuruh Trez menahannya, tetapi Trez enggan kerana ingin fokus pada "si gemuk" itu - satu gelaran yang tidak disenangi Bakar yang menggelar dirinya tough. Maka bertarunglah Bakar seorang diri dengan dua penyangak itu. Trez menghentam tanah untuk menghasilkan gelombang kejutan untuk menggoyahkan Bakar sementara Dos melompat untuk mengelak. Dos melemparkan Shox Stix ke arah muka Bakar tetapi Bakar sempat menangkapnya. Trez mengasak Bakar dari belakang dan cuba menumbuk; Bakar mengelak, menyebabkan Trez tertumbuk tiang. Pada masa yang sama, Ali berlari turun tangga tetapi terjatuh dan tersungkur. Tabletnya tercampak keluar dari beg; Ali memandang tabletnya dan teringat tentang pesanan Viktor di tandas.

M1E1 Ali sync IRIS

Bakar semakin penat berlawan dan lebih mengelak serangan Dos dan Trez, sehingga Dos merenjat Bakar dengan Shox Stix dan menggarinya pada tiang pembinaan. Sementara Bakar cuba melepaskan diri, Dos mendapati Ali kembali untuk merampas I.R.I.S. dan mengejarnya. Bakar menyuruh Ali mengaktifkan I.R.I.S. Mula-mula, Ali menghalakan alat itu ke hadapan sambil menyeru kuasa, tetapi tiada apa-apa terjadi. Ali dalam kebingungan tertekan bahagian tengah alat dan akhirnya ia diaktifkan, mengimbas muka Ali dan bertukar bentuk menjadi cermin mata yang menghinggapi muka Ali. Pemandangan Ali bertukar menjadi grafik data yang mudah dibaca.

Berpandukan I.R.I.S, Ali mengelak lontaran Shox Stix dari Dos, tetapi Trez menghentam lantai sehingga Ali tercampak keluar dari bangunan. Ali terselamat dengan bertaut pada tali yang tergantung di luar bangunan. I.R.I.S. mencadangkan untuk bergayut masuk ke aras yang setara, tetapi Ali tidak sempat kerana Trez menarik tali naik ke aras asal. Sebagai ganti, Ali menyusup ke tepi Dos dan Trez tanpa disedari. Sebaik sahaja sedar, Dos dan Trez mengulangi serangan lama tetapi Ali dapat mengelak setiap serangan berpandukan I.R.I.S, malah menyebabkan dua penyangak itu berlanggaran.

M1E1 Bakar Trez 2

I.R.I.S. menandakan Ali kehabisan tenaga, dan Trez sedang mengejarnya dari belakang. I.R.I.S. bercadang untuk Ali untuk memperdaya Trez untuk menghentam lantai sehingga tertebuk lubang; demikianlah yang dilakukan Ali beberapa kali sehingga Bakar menyuruhnya berhenti sebelum lantai roboh, menyebabkan ikhtiar Ali terbongkar. Trez menghambat Ali dengan menjatuhkan tetulang. Bakar akhirnya melepaskan diri dan sempat mengasak Trez yang menghampiri Ali. Begitu kencang asakan itu sehingga akhirnya menyebabkan lantai pecah di bawah mereka.

Bakar memanjat semula untuk menyelamatkan Ali yang baru kehabisan tenaga. I.R.I.S. melenting dari muka Ali dan kembali ke bentuk cakera, dikutip oleh Bakar sebelum Dos sempat mengebasnya. Bakar cuba mengaktifkan semula I.R.I.S. tetapi ditolak; Dos mengambil kesempatan untuk menyepak kelangkang Bakar sehingga jatuh. Suara ketua Dos dan Trez menyuruh mereka untuk berundur kerana ejen-ejen M.A.T.A. sudah menghampiri, maka Dos melarikan diri dan komputernya tanpa I.R.I.S.

M1E1 bilik kawalan MATA

Ali kembali sedar di bilik kawalan markas rahsia M.A.T.A, disambut oleh Bakar dan Ejen Jenny di sisinya, serta General Rama yang terpancap dalam skrin di hadapan. Jenny menerangkan kepada Ali bahawa I.R.I.S. merupakan alat prototaip ciptaan M.A.T.A. yang diselaraskan dengan pemakainya dan menganalisis semua maklumat yang diterima untuk memberikan daya penglihatan luar biasa ditingkatkan melalui persepsi komputer. General Rama mencelah dengan nada tegas bahawa setelah I.R.I.S. diaktifkan, ia tidak boleh dipakai oleh orang lain, malah projek I.R.I.S. sudah dihentikan setelah ujian awal mendedahkan risiko yang tidak dijangka.

General Rama mengehendaki bahawa Ali dihapuskan sambil menghalakan dron bersenjata ke arahnya, tetapi Bakar merayu untuk membela nyawanya dengan mengurung Ali yang masih kecil. Jenny mencadangkan untuk Ali dilatih menjadi ejen sementara dia mencari ikhtiar untuk memisahkan I.R.I.S. daripada Ali. Bakar kurang setuju dengan cadangan itu, tetapi Rama menerima dan berkata bahawa Ali telah menjadi taklukan M.A.T.A. dan dikehendaki memulakan latihan esok.

M1E1 Dos Trez ketua

Episod berakhir dengan Dos dan Trez menghubungi ketua mereka sambil bertengkar tentang langkah yang harus diambil untuk menuntut semula I.R.I.S. Ketua mereka dalam bayangan bermain catur seorang diri sambil tertawa ringan mengakses pangkalan data M.A.T.A. melalui komputer di hadapannya.

Watak[]

Nota[]

  • Misi ini berkaitan dengan peranti yang dicuri yang dipanggil sebagai I.R.I.S., dengan itu, episod ini bernama "MISI: I.R.I.S.".
  • Adegan ketika Dos menangkap Ali di lorong belakang kedai itu mirip dengan Ejen Almenda yang menggunakan Sprint untuk menghalang Mr Shin daripada lari dalam 24: The Video Game.
  • Adegan yang Bakar menggunakan semburan serangga pembunuh pada Trez adalah rujukan kepada filem Copycat apabila Hellen menggunakan semburan pembunuh serangga pada seorang pegawai polis. Selain itu, latar belakang putih dalam kedua-dua adegan.
  • Kebanyakan watak membuat kemunculan sulung mereka dalam misi ini, sementara watak selebihnya di misi yang lain.
  • Ini adalah episod pertama yang Viktor tidak sengaja memberikan nasihat kepada Ali yang akan digunakan kemudian.

Galeri[]

Video[]

PaparSunting Episod
Musim 1 MISI: I.R.I.S.MISI: ALPHAMISI: SERIMISI: COMOTMISI: BLUEPRINTMISI: BANGKITMISI: PROTOKOL GEGASMISI: PRESTASIMISI: POTENSIMISI: SENSASIMISI: BUKTIMISI: UNOMISI: OVERRIDE
Musim 2 MISI: AKADEMIMISI: ORIENTASIMISI: MAINMISI: ANALOGMISI: CABARMISI: SUSUMISI: KEMBALIMISI: TUJUANMISI: PERANANMISI: ATLASMISI: HARAPANMISI: DIEZMISI: LEGASI
Musim 3 MISI: ARENAMISI: BOLEHMISI: UPGRADEMISI: BALASMISI: BLACKOUTMISI: BURUMISI: JERATMISI: UBAHMISI: HYBRIDMISI: KHEMAHMISI: GETIRMISI: SENGATMISI: JAGUH
Advertisement