Ejen Ali Wiki
Advertisement
Ejen Ali Wiki


MISI: ORIENTASI ialah episod kedua dalam musim kedua siri Ejen Ali. Ia pertama kali disiarkan di TV3 pada 29 September 2017.

Sinopsis

Selepas diterima masuk ke akademi, Ali disambut baik oleh semua orang termasuk ejen junior, kecuali seorang ejen...

Plot

Bersambung dari episod sebelumnya, bertempat di Akademi M.A.T.A. menampilkan ejen-ejen dan para mentor. Geetha menyampaikan serba sedikit tentang Akademi M.A.T.A. sambil didengari oleh semua ejen yang lain. Dia berkata bahawa Akademi M.A.T.A. adalah tempat para ejen muda untuk berlatih menjadi ejen yang lebih hebat dan efektif. Dia memperkenalkan mentor-mentor bagi setiap teras iaitu Karya dari INVISO, Bakar dari KOMBAT, Leon dari NEURO dan dirinya sendiri sebagai mentor bagi teras TEKNO. Geetha meminta para ejen muda untuk memperkenalkan diri terlebih dahulu. Maka sesi perkenalan bermula sambil mereka menunjukkan kebolehan masing-masing. Jet dan Roza dari teras NEURO, Mika, Chris dan Iman dari teras KOMBAT, Bulat dan Khai dari teras TEKNO dan Zass, Moon dan Rudy dari teras INVISO. Namun, kelakuan Rudy yang memiliki wajah tegas menyebabkan suasana menjadi senyap seketika. Karya memanggil pelajar-pelajar baharu untuk sesi tour di Akademi M.A.T.A..

Keesokannya hari, sesi persekolahan bermula. Di SRT Cyberaya 1, Comot menunggu Ali waktu habis sekolah di bilik stor. Ali yang berasa teruja cuba menenangkan dirinya dengan fokus menjawab soalan matematik yang diarahkan oleh Cikgu Munah. Ali menatap semula jam di atas papan skrin, namun hampa kerana baru 5 minit berlalu menyebabkan Cikgu Munah sangat marah kepada Ali. Ali bergegas keluar dari kelas setelah mendengar loceng berbunyi, membuatkan Viktor berasa hairan melihat kelakuan Ali. Di dalam lif, Ali bertanya kepada Alicia mengapa dia juga menjadi ejen muda dalam Akademi M.A.T.A., padahal dia sudah cukup layak untuk menjadi seorang ejen. Alicia berkata memang General Rama mahukan dia untuk menjaga dan mengawasi Ali kerana beliau tidak tahu siapa lagi yang boleh dipercayai setelah apa yang berlaku dengan Jenny. Awalnya Alicia berasa jengkel untuk mengawasi Ali, namun mendengar kata-kata ayahnya, dia menerima tugas itu meskipun terpaksa.

Sesampainya mereka di Akademi, Khai melambai dan menjerit kepada Ali, ketika Ali bertanya ada apa, rupanya dia telah menunggu dirinya. Ali lupa akan namanya dan mengingatkan kembali bahawa namanya adalah Khai, dan mereka bersalaman sambil Ali memberitahu namanya. Khai sempat tertawa kecil dan berkata bahawa dia sudah tahu, dan kedua mereka mulai tertawa sehingga menjengkelkan Alicia lalu pergi meninggalkan Ali. Seketika tawa mereka terhenti, Ali mencari-cari Comot yang hilang. Dia melihat Iman yang sedang memegang Comot untuk dikembalikan padanya, lalu dia berterima kasih kepadanya. Ali berasa terkejut apabila Moon mendekatinya secara tiba-tiba, dia sangat teruja dan mahu meminjam I.R.I.S. darinya. Khai menegurnya berkata bahawa I.R.I.S. sudah selaras dengan Ali. Tiba-tiba, Jet datang menegur mereka. Dia berkata I.R.I.S. nampak macam cermin mata biasa dan dia meminta Ali untuk menunjukkan sedikit kebolehannya. Ali mengaktifkan I.R.I.S. dan mula mengimbas anggota badan Jet. Ali mendapat tahu Jet tidaklah terlalu tinggi sebagaimana yang dilihat kerana dia mengisi kasutnya supaya kelihatan lebih tinggi. Khai terkejut dan mula tertawa, membuatkan Jet berasa malu. Moon teruja lalu menolak Jet, dia meminta Ali untuk mengimbas dirinya pula. Setelah I.R.I.S. mengimbas Moon, Ali mendapati sut miliknya memiliki alat hologram yang boleh memancarkan klon holografik serta maklumat sarung tangannya. Kedua-dua Khai dan Moon memuji dan teruja terhadap kebolehan yang dimiliki oleh I.R.I.S..

Ali terkejut selepas Moon berbisik pada dirinya bertanyakan apakah benar dia yang mengalahkan ketua teras INVISO, iaitu Djin/Uno. Khai menganggap Djin boleh bertukar menjadi asap dan menjelma di mana sahaja dia mahu. Semua mereka terkejut apabila mendengar suara Rudy yang berkata orang yang bertukar menjadi asap adalah hal yang tidak masuk akal. Ali cuba bercakap namun Rudy memotong percakapannya berkata asap itu terjadi kerana kelajuannya. Dia mengakui bahawa Djin merupakan ejen yang paling laju dan tidak ada ejen lain yang boleh mengalahkan kelajuannya. Menurutnya, asap itu hanya untuk menyembunyikan pergerakan dia supaya musuh susah untuk nampak. Ali dan yang lain mula faham setelah diterangkan oleh Rudy. Rudy menyindir Moon kerana tidak tahu tentang teknik asas ejen INVISO tersebut, membuatkan Moon tersinggung dan membuat muka kepadanya. Rudy memandang tajam ke arah Ali, meningatkan mereka untuk tidak mengarut sesuka hati kalau tidak tahu apa-apa lalu berjalan meninggalkan mereka. Ali tertanya-tanya kenapa dengan Rudy, lalu Moon menjelaskan dia sedang emo kerana Djin merupakan idolanya. Iman mengajak mereka ke kelas, lalu mereka berjalan bersama-sama. Jet bertanya kepada Ali tentang Alicia, lantas Moon memukul bahunya supaya tidak mengada-ngada. Mereka terkejut selepas Bakar memanggil Ali, memberitahu ketua-ketua teras mahu berjumpa dengannya. Mendengar perkara itu, rakan-rakan ejen Ali terkejut kerana mereka semua sendiri pun belum pernah dapat berjumpa dengan ketua teras. Bakar menarik Ali dan Ali berasa resah hendak berjumpa ketua teras.

Ali masuk ke dalam sebuah bilik dan mendapati empat lampu vertikal yang mewakili empat teras M.A.T.A.. Tiba-tiba, tiga bayang menjelma iaitu Dayang, Ganz dan Zain. Ali meluahkan dia berasa gembira berada di Akademi M.A.T.A.. kerana mendapat kawan baru lalu ditengking oleh Ganz kerana akademi bukan tempat untuk bermain. Ali menundukkan muka kerana rasa bersalah. Zain berkata kepada Ali untuk memahami betapa penting keadaannya sekarang kerana ketidakstabilan Override Mode IRIS boleh menjadikannya satu senjata yang berbahaya kalau di tangan yang salah. Djin/Uno tidak akan berhenti selagi dia tidak berjaya mendapatkannya. Zain akan mengetuai usaha untuk mengumpul maklumat, Dayang menasihati Ali untuk berhati-hati kerana mereka pernah berjaya menyerang hendap sebelum ini. Perjumpaan itu diakhiri dengan Ganz mengingatkan Ali untuk berlatih dengan lebih gigih supaya mampu mempertahankan dirinya. Bakar setia menunggu Ali di luar bilik. Kelihatan Rizwan sedang bergerak ke arah Ali dan Bakar. Ali cuba menyapanya tetapi dia melihat perwatakan Rizwan sangat berbeza. Rizwan sedang berdiri di hadapan ketua-ketua teras M.A.T.A., dia menyatakan hasratnya untuk mengetahui cerita sebenar tentang misi lima tahun lepas dan kebenaran tentang kematian Djin. Ketua-ketua teras terdiam tidak berkata-kata, seketika keadaan menjadi sunyi sepi.

Sementara itu, Ali dan Bakar telah tiba di bilik belajar ejen muda. Leon sedang memberi penerangan, Ali bertanya pada Khai apa yang sedang diceritakannya, lantas Leon menegur Ali agar dia menumpukan perhatian. Memandangkan sudah ada tambahan pelajar, Leon berkata mereka boleh menjalankan latihan secara berpasukan, membuatkan semua pelajar memandang sesama sendiri. Geetha menjelaskan dengan lanjut yang latihan secara berpasukan ialah mereka akan dipecahkan kepada beberapa pasukan untuk bertanding dalam misi latihan. Ali bertanya adakah masuk pasukan mengikut teras masing-masing, dan Geetha menjelaskan dalam M.A.T.A., sebuah pasukan yang lengkap perlu menggabungkan kepakaran keempat-empat teras. Ali bertanya ingin mengetahui dia tergolong dalam teras yang mana, lalu Geetha menjelaskan dia telah dimasukkan ke dalam teras TEKNO kerana dia memakai sut ejen yang berwarna merah dan merupakan pengendali gajet khas, I.R.I.S.. Geetha membolehkan ejen-ejen muda untuk memilih pasukan masing-masing. Kelihatan Khai risau, berkata kepada Ali mereka tidak boleh berada dalam satu pasukan kerana mereka sama teras, lalu mengucapkan semoga berjaya kepada Ali dan pergi meninggalkannya. Moon memanggil Ali untuk menyertai pasukan mereka dengan Iman dan Jet. Ali berminat untuk sepasukan dengan mereka namun Alicia telah menarik lengan Ali untuk satu pasukan dengan Mika, Ali lantas memotong percakapan Alicia berkata dia mahu satu pasukan dengan ejen-ejen lain. Alicia marah dan mengatakan sekali lagi misi utamanya iaitu untuk menjaganya, tetapi Ali tidak mempedulikannya dan pergi ke arah Moon, Iman dan Jet. Ini membuatkan Alicia sangat marah dengan kelakuan Ali.

Leon dengan tegas memberitahu tugasan mereka dalam latihan ini ialah untuk mendapatkan salinan intel yang berada di tiga lokasi berlainan, maka mereka perlu mengesan lokasi tersebut untuk membuka peti simpanan intel dan kembali ke garisan penamat secepat mungkin. Pasukan yang pertama sampai akan menang. Ejen-ejen muda sudah bersedia hendak memulakan latihan berpasukan mereka. Semua pasukan fokus kepada pengiraan masa permulaan. Zass mendahului pasukannya dan pasukan yang lain kerana dia berlari sangat pantas. Jet terbang tinggi untuk memantau keadaan. Alicia mula mengatur strategi, Khai mengarahkan R-O untuk mengesan lokasi intel. Pasukan Ali berhenti untuk mencari kedudukan lokasi intel, Jet melihat satu lokasi tetapi Zass hampir sampai di sana. Ali menggunakan I.R.I.S. untuk mengesan intel dan menjumpai satu, maka pasukan Ali segera ke sana. Sementara itu, Zass telah tiba di lokasi yang menyimpan intel. Zass segera berlari untuk mengambil intel tetapi dia terpijak perangkap M.A.T.A.. Tiba-tiba alat penggera berbunyi, M.A.T.A. Droids dan Drone muncul di sekeliling Zass. Ia menghalakan senjata ke arah Zass dan bersedia untuk menembaknya.

Sementara itu, pasukan Ali tiba di lokasi intel yang lain. Sebelum mengambil intel, Ali mengesan dengan I.R.I.S. dan mendapati terdapat banyak sensor di bawah. Ali menyuruh rakan pasukannya tunggu dan dia melompat menggunakan kasut Aero Boots dan melihat R-O sedang cuba membuka kunci intel. Ali merampas intel menggunakan yoyonya dan membuatkan R-O marah. Ali melompat semula ke bawah dan terus berlari. Tiba-tiba, sebutir peluru dilepaskan dan sedang menuju ke arah Ali. Peluru itu tepat mengenai pergelangan tangan Ali dan intel tercampak dari tangannya. Rudy menyambut intel itu dan membuatkan Ali berasa marah. Moon menyuruh pasukannya untuk mendapatkan intel itu semula. Jet segera menyerang ke arah Rudy tetapi dihalang oleh Mika, membuatkan Jet jatuh tergolek ke dalam tempat perangkap M.A.T.A.. Tiba-tiba, alat penggera berbunyi dan Drone serta M.A.T.A. Droids muncul. Jet terbang tinggi untuk mengelak daripada ditembak oleh Droid-Droid. Moon mengaktifkan alat hologramnya menjadikan dirinya banyak untuk mengelirukan Droid. M.A.T.A. Droids menembak setiap kelibat klon Moon. Rudy menyelinap dari belakang dan memasukkan alat senjatanya pada lengan Droid. Sebuah Droid menembak Droid-Droid lain mengikut pergerakan aksi Rudy. Mika menyerang dan berlawan dengan Droid-Droid bersungguh-sungguh.

Ali terus menyerang Droid-Droid menggunakan perisai gelombang yoyonya. Iman pula menyerang Droid-Droid dengan alat senjata yang ada pada hujung selendangnya. Terlalu asyik berlawan, senjata Iman hampir terkena Ali. Khai memandang ke atas dan mengaktifkan R-O-nya untuk mencari suis utama penggera keselamatan. Khai dari jauh cuba untuk mematikan alat penggera keselamatan M.A.T.A.. Sementara itu, ejen-ejen muda masih lagi menyerang Droid-Droid dan Drone yang ada untuk mempertahankan diri. Ali masih mempertahanankan diri dengan perisai gelombang yoyonya. Tiba-tiba, Droid-Droid dan Drone jatuh ke tanah. Khai berjaya menghentikan suis utama alat penggera keselamatan M.A.T.A.. Tiba-tiba, Rudy terkejut kerana dia diserang oleh yoyo Ali lalu terjatuh. Jet, Alicia dan Iman terkejut melihat apa yang berlaku. Ali dengan segera mengambil intel itu lalu berlari sambil diperhatikan oleh Mika. Ali meminta pasukannya menghalang pasukan yang lain untuk membolehkan dia menghantar intel. Alicia sedang cuba mensasarkan peluru Balistik ke arah Ali. Jet segera menghalang Alicia daripada menembak Ali sehingga menyebabkan dia terjatuh. Mika berasa marah lalu hendak mengejar Ali tetapi tidak berjaya. Iman telah menyerang Mika dengan senjata Selendangnya untuk melindungi Ali. Rudy merenung tajam tanda marah ke arah Ali.

Bakar dan Leon sedang menunggu pemenang di garisan penamat. Ali dalam keadaan termengah-mengah sampai di hadapan Bakar dan Leon. Melihat Ali sampai berseorangan, Leon bertegas dia mesti pulang ke garisan penamat bersama kesemua ahli pasukannya kerana ini merupakan latihan berpasukan. Ali berasa hampa apabila mendengar kata-kata Ejen Leon, namun dia segera berlari untuk mendapatkan pasukannya. Tiba-tiba, Ali terdengar suara Iman. Iman memberitahu Ali pasukannya telah cedera, membuatkan Ali berasa bersalah apabila mendengar kata-kata Iman. Dia mahu segera menyelamatkan rakan sepasukannya. Tiba-tiba, Ali merasakan seperti ada sesuatu pada pergelangan tangannya. Ali melihat kedua-dua pergelangan tangannya telah diikat dengan senjata. Apabila berpaling, Ali melihat Iman berubah menjadi Rudy. Ali dijatuhkan dan dibaringkan dalam keadaan terlentang sambil dia dikawal oleh senjata Rudy. Rudy dengan mudah mengambil intel dari tangan Ali. Ali cuba melepaskan diri tetapi gagal. Rudy meninggalkan Ali keseorangan di situ.

Sementara itu, Rizwan sedang bergerak pantas menuju ke arah pintu penahanan M.A.T.A.. Setelah pintu dibuka, Rizwan menggodam sistem kamera video di dalam penjara itu. Video kamera menunjukkan tiada sesiapa yang masuk ke dalam penjara itu. Kemudian, Rizwan masuk ke dalam penjara dan mencari sesuatu. Rizwan berhenti di sebuah pintu bilik penjara yang menempatkan seorang wanita, iaitu Dos, orang suruhan Djin/Uno.

Watak

Trivia

  • Terdapat tayangan ekslusif di GSC One Utama bagi MISI: AKADEMI dan juga episod ini pada 23 hingga 24 September 2017.
  • Kisah ini mirip dengan Musim 1 Episod 2, MISI: ALPHA.
    • Ali diperkenalkan kepada semua dalam agensi itu.
      • Daripada diperkenalkan kepada empat teras M.A.T.A., Ali diperkenalkan oleh mentor dan pelajar di Akademi M.A.T.A..
      • Ali diklasifikasikan ke dalam teras TEKNO selepas tidak mengetahui terasnya sejak MISI: ALPHA.
    • Terdapat watak baru yang memberikan Ali bahu sejuk.
      • Daripada Rizwan, ia adalah Rudy dalam episod ini.
    • Kedua-dua episod ini mempunyai kecuaian Ali dalam menjalankan misi pertama.
      • Tidak seperti MISI: ALPHA yang Rizwan datang untuk menyelamatkannya, tiada siapa yang datang untuk menyelamatkan Ali.

Galeri


Video

Navigasi

Episod
Musim 1 MISI: I.R.I.S. | MISI: ALPHA | MISI: SERI | MISI: COMOT | MISI: BLUEPRINT | MISI: BANGKIT | MISI: PROTOKOL GEGAS | MISI: PRESTASI | MISI: POTENSI | MISI: SENSASI | MISI: BUKTI | MISI: UNO | MISI: OVERRIDE
Musim 2 MISI: AKADEMI | MISI: ORIENTASI | MISI: MAIN | MISI: ANALOG | MISI: CABAR | MISI: SUSU | MISI: KEMBALI | MISI: TUJUAN | MISI: PERANAN | MISI: ATLAS | MISI: HARAPAN | MISI: DIEZ | MISI: LEGASI