FANDOM



MISI: TUJUAN ialah episod kelapan dalam musim kedua siri Ejen Ali. Ia pertama kali disiarkan di TV3 pada 8 Disember 2017.

Sinopsis

Rizwan meminta dengan Uno untuk berjuang dengannya dan menghapuskan M.A.T.A. manakala Ali sangat meragui tentang dirinya sebagai ejen.

Plot

Episod dibuka ketika Ali yang menggunakan I.R.I.S. sedang dalam Override Mode mula membara dan hampir menewaskan kesemua ejen yang ada didalam pertempuran, termasuk Khai, Moon, Iman dan juga Comot. Ketika mereka dibawa untuk berehat di Akademi M.A.T.A., Mika, Chris, Jet, Rudy dan Roza mula menyalahkan dan mendera Ali ketika dia baru sahaja bangun dan membuka mata. Namun, Ali mencuba keras untuk meyakinkan mereka bahawa I.R.I.S. adalah puncanya, ini menyebabkan mereka semua ketawakannya kerana bagi mereka tiada sebab untuk I.R.I.S. mencederakan orang. Di luar, Ali menangis dan mencuba untuk membuang I.R.I.S.., namun dia malah bertemu dengan ketua teras NEURO, iaitu Ejen Zain.

Watak

Trivia

  • Ini adalah kali pertama Zain, Dayang dan Ganz mendedahkan kemunculan mereka yang terkini.
  • Ia adalah mengejutkan apabila kedua-dua Zass dan Bulat tidak muncul bersama dengan ejen-ejen yang lain dalam Akademi M.A.T.A..
  • Ini menjadi episod pertama di mana Viktor tidak muncul atau disebut oleh mana-mana watak.
  • Ali disangka telah menyalahgunakan I.R.I.S. kerana menggunakan mod Override sebagai kekerasan untuk membelasah Moon, Khai, Iman, dan Comot secara tidak sengaja. Inilah sebabnya mengapa dia dikhianati oleh ejen-ejen muda M.A.T.A. lainnya sebab Ali merasa tidak selamat dan juga berasa tertekan sehingga Zain datang untuk mengajar Ali untuk menjadi ejen yang baik.
    • Akhirnya dalam MISI: LEGASI, Ali pun kembali normal selepas dia mengalahkan Uno sehingga Akademi M.A.T.A. dimusnahkan.
  • Akhir kredit muzik adalah nada sedih, bukan nada biasa.

Galeri

Cekupan skrin

Video

Navigasi

Episod
Musim 1 MISI: I.R.I.S. | MISI: ALPHA | MISI: SERI | MISI: COMOT | MISI: BLUEPRINT | MISI: BANGKIT | MISI: PROTOKOL GEGAS | MISI: PRESTASI | MISI: POTENSI | MISI: SENSASI | MISI: BUKTI | MISI: UNO | MISI: OVERRIDE
Musim 2 MISI: AKADEMI | MISI: ORIENTASI | MISI: MAIN | MISI: ANALOG | MISI: CABAR | MISI: SUSU | MISI: KEMBALI | MISI: TUJUAN | MISI: PERANAN | MISI: ATLAS | MISI: HARAPAN | MISI: DIEZ | MISI: LEGASI