Ejen Ali Musim 3 bersiaran mulai 21 Jun 2022 dengan tayangan perdana di laman penstriman Disney+ Hotstar.
Ia terbahagi kepada dua bahagian, iaitu episod pertama hingga ketujuh pada 21 Jun hingga 6 Ogos, dan episod kelapan hingga terakhir mulai 24 Disember 2022.
Selepas Disney+ Hotstar, Musim 3 juga disiarkan di TV3, penyiar asal Ejen Ali, mulai 25 Jun 2023.
Ejen Ali Musim 3 diadaptasikan ke dalam bentuk buku komik yang diterbitkan secara bulanan mulai 28 April 2023.
Sinopsis[]
Musim ketiga bersambung cerita dari kesudahan Ejen Ali: The Movie, apabila watak Ali terpaksa menyerahkan kembali I.R.I.S. dan meneruskan tugasnya sebagai ejen M.A.T.A. tanpanya. Ali dan kesemua rakan-rakan dari Akademi M.A.T.A. menyertai pertandingan Pertandingan M.A.T.A. Arena yang diadakan untuk meluluskan mana-mana pelatih yang mempamerkan aksi cemerlang dari Akademi. Pertandingan ini dirancakkan lagi oleh kehadiran empat orang ejen remaja antarabangsa yang mencabar daya ketahanan dan kesabaran pelatih-pelatih muda tempatan.
Pada masa yang sama, Cinco menggabungkan semula Numeros setelah pemergian Uno dan mencuba sekali lagi untuk menumpaskan M.A.T.A. Rizwan dan Dos bertindak secara rahsia dengan bantuan Prof. Akram dalam usaha mematahkan rancangan jahat Cinco.
Pemasaran[]
Ejen Ali musim ketiga mula-mula diumumkan oleh pihak WAU Animation pada 14 Oktober 2021 sebagai hasil kerjasama antara WAU, Primeworks Studios, dan Disney+ Hotstar selaku rakan penerbitan dan penyiar eksklusif.[1] Poster pertama musim ketiga disiarkan pada 28 November,[2] diikuti poster kedua pada 10 Jun 2022 yang disertakan dengan video treler dan tarikh tayangan mulai 25 Jun.[3] Menurut pesanan dari Fuad Md Din yang dipetik dari saluran rasmi Telegram Ejen Ali, konsep poster kedua yang dikeluarkan pada Jun 2022 berkonsepkan reverse (pembalikan) poster dari poster pertama yang telah dikeluarkan pada November 2021, seolah-olah ejen-ejen baharu sedang mengambil alih Arena dari Ali dan ejen-ejen muda yang asal.[4] Juga disahkan bahawa selain daripada Malaysia, musim ketiga akan disiarkan di Disney+ Hotstar di Thailand dan Indonesia dan Disney+ di Singapura.[5]
Sebelum kedatangan musim ketiga, pihak WAU Animation menyiarkan siri komik Ejen Ali: M.A.T.A Secret Files di laman web Webtoon yang mengimbau kisah-kisah yang berlaku seiringan dengan episod-episod animasi dengan tujuan mengembangkan lagi mitos dunia Ejen Ali.[6]
Usaha pemasaran besar-besaran giat dijalankan untuk meningkatkan kesedaran tentang musim ketiga setelah dua tahun setengah berlalu sejak Ejen Ali: The Movie. Iklan 3D dipamerkan di papan iklan Pavilion Bukit Bintang, Kuala Lumpur.[7] Diadakan acara tayangan media untuk para wartawan di Dadi Cinema Pavilion pada 22 Jun,[8] serta acara-acara jerayawara (roadshow) yang menampilkan tayangan eksklusif dua episod pertama bersama peminat yang memenangi peraduan, dilangsungkan di pawagam-pawagam GSC IOI City Mall dan 1Utama, Petaling Jaya pada 25 dan 26 Jun, dan GSC Paradigm Mall, Johor Bahru dan GSC Aeon Bandaraya, Melaka pada 2 dan 3 Julai.[9][10]
Musim ketiga berehat pada 6 Ogos 2022 dan bersambung pada 24 Disember. Sempena penyiaran bahagian kedua ini, pihak WAU Animation menganjurkan Ejen Ali Rush 2.0, sebuah acara larian maya yang mengehendaki para peserta mencapai takat larian yang tertentu untuk dibandingkan tempoh larian dengan satu sama lain. Ini merupakan kali kedua anjuran acara larian sedemikian dan membawa tema M.A.T.A. Arena.
Episod[]
No. dalam Siri |
No. dalam Musim |
Tajuk | Siaran perdana |
---|---|---|---|
27 | 1 | "MISI: ARENA" | 25 Jun 2022 |
28 | 2 | "MISI: BOLEH" | 2 Julai 2022 |
29 | 3 | "MISI: UPGRADE" | 9 Julai 2022 |
30 | 4 | "MISI: BALAS" | 16 Julai 2022 |
31 | 5 | "MISI: BLACKOUT" | 23 Julai 2022 |
32 | 6 | "MISI: BURU" | 30 Julai 2022 |
33 | 7 | "MISI: JERAT" | 6 Ogos 2022 |
34 | 8 | "MISI: UBAH" | 24 Disember 2022 |
35 | 9 | "MISI: HYBRID" | 31 Disember 2022 |
36 | 10 | "MISI: KHEMAH" | 7 Januari 2023 |
37 | 11 | "MISI: GETIR" | 14 Januari 2023 |
38 | 12 | "MISI: SENGAT" | 21 Januari 2023 |
39 | 13 | "MISI: JAGUH" | 28 Januari 2023 |
Galeri[]
Video[]
Rujukan[]
- ↑ Siaran Facebook Ejen Ali pada 14 Oktober 2021
- ↑ Siaran Facebook Ejen Ali pada 28 November 2021
- ↑ Siaran Facebook Ejen Ali pada 10 Jun 2022
- ↑ Siaran Facebook Ejen Ali pada 11 Jun 2022
- ↑ Siaran Facebook Ejen Ali pada 24 Jun 2022
- ↑ Siaran Facebook Ejen Ali pada 9 April 2022
- ↑ Video Facebook Ejen Ali pada 18 Jun 2022.
- ↑ Siaran Facebook Ejen Ali pada 22 Jun 2022
- ↑ Siaran Facebook Ejen Ali pada 21 Jun 2022.
- ↑ Siaran Facebook Ejen Ali pada 28 Jun 2022
Pautan Luar[]
Papar • Sunting Episod | ||
---|---|---|
Musim 1 | MISI: I.R.I.S. • MISI: ALPHA • MISI: SERI • MISI: COMOT • MISI: BLUEPRINT • MISI: BANGKIT • MISI: PROTOKOL GEGAS • MISI: PRESTASI • MISI: POTENSI • MISI: SENSASI • MISI: BUKTI • MISI: UNO • MISI: OVERRIDE | |
Musim 2 | MISI: AKADEMI • MISI: ORIENTASI • MISI: MAIN • MISI: ANALOG • MISI: CABAR • MISI: SUSU • MISI: KEMBALI • MISI: TUJUAN • MISI: PERANAN • MISI: ATLAS • MISI: HARAPAN • MISI: DIEZ • MISI: LEGASI | |
Musim 3 | MISI: ARENA • MISI: BOLEH • MISI: UPGRADE • MISI: BALAS • MISI: BLACKOUT • MISI: BURU • MISI: JERAT • MISI: UBAH • MISI: HYBRID • MISI: KHEMAH • MISI: GETIR • MISI: SENGAT • MISI: JAGUH |