Neonimus merupakan watak 'maya' yang tiada siapa tahu tentang identiti sebenarnya. Walau bagaimanapun, ia dikenali sebagai dalang jenayah siber.
Isi kandungan
Konsep
Dalam konsep awal, Neonimus dipanggil "Nonimus". Ia merupakan pengganas siber yang telah menculik bapa Ali, Dr. Ghazali untuk mendapatkan alat ciptaannya, I.R.I.S.. Walau bagaimanapun, I.R.I.S. selamat berada di tangan Ali. Oleh itu, Ali, Bakar dan Comot perlu menyelamatkan bapanya dari Nonimus.
Sejarah
Ejen Ali: Emergency
Dalam permainan ini, Neonimus adalah penjenayah yang memasuki safehouse M.A.T.A., memerangkap Bakar dan Comot di dalamnya. Ali ditugaskan untuk menyelamatkan mereka, dengan bantuan General Rama dan Jenny. Namanya didedahkan dalam dialog Jenny: "Alamak! Kita dah termasuk dalam perangkap Neonimus!"
Selepas Ali menyelamatkan Bakar dan Comot, ketiga-tiga cuba melarikan diri dan Neonimus menetapkan safehouse ke mod destruktif. Apabila kiraan selesai, tiada apa yang berlaku. Ternyata Neonimus hanya bermain dengan ejen-ejen dan cepat-cepat memutuskan talian, membuatkan General Rama amat marah. Walau bagaimanapun, general mengucapkan tahniah kepada ejen-ejen kerana melakukan kerja yang baik dalam menyelamatkan safehouse.
Ejen Ali
Musim 2
Neonimus pertama kali muncul dalam MISI: MAIN sebagai watak antagonis utama apabila ia menghantar drone untuk menyebabkan kekacauan di stesen CRT Cyberaya.
Trivia
- Nama Neonimus berdasarkan dari perkataan Bahasa Inggeris, "anonymous".
Galeri
Gambar rasmi
Video
Watak | |
---|---|
Watak Baik | Ali | Bakar | Alicia | General Rama | Rizwan | Comot | Karya | Leon | Geetha | Jet | Roza | Mika | Chris | Iman | Bulat | Khai | Zass | Moon | Rudy | Zain | Ganz | Dayang | Fit | Bobby | Rajesh | Razman | Rahul |
Watak Jahat | Dos | Trez | Wak Musang | Dr. Aaron | Komeng | Abang Bear | Jenny | Uno | Neonimus | Analogman | Ocho | Seis | Siete | Pengganas | Niki | Andik | Surya |
Watak Lain | Aunty Faye | Shaun | Syed | Dr. Tong | Bob | Viktor | Mia | Puan Munah | Dr. Ghazali | Dr. Mala | Melur | Mawar | Sasidaran | Boy | Labu | Danish | Cuatro | Dato' Othman | Puan Ong |