Puan Munah ialah watak dalam siri Ejen Ali. Dia merupakan guru kepada pelajar 6 Avicenna di SRT Cyberaya 1.
Sejarah[]
Sejarah awal[]
Menurut Majalah Komik Ejen Ali Misi 12, sebelum ini Puan Munah merupakan pengetua di sebuah sekolah menengah. Dia juga adalah bekas olahragawati yang mewakili negara dalam acara sukan gimnastik.
Ejen Ali[]
Puan Munah menjadi guru kepada kelas 6 Avicenna di SRT Cyberaya 1.
Rupa[]
Puan Munah mempunyai muka yang berbentuk segi empat dan memakai tudung berwarna kuning yang labuh serta anak tudung berwarna putih. Dia sedikit rendah berbanding pelajar-pelajarnya. Keningnya agak panjang dan berwarna hitam, mempunyai hidung yang kecil dan mempunyai tahi lalat di bawah mata kirinya. Puan Munah juga memakai cermin mata kuning yang lebih kecil dari matanya dan tidak mempunyai bingkai. Bajunya pula berwarna jingga tua.
Perwatakan[]
Puan Munah merupakan seorang guru yang amat tegas di SRT Cyberaya 1 dan pantang apabila ada pelajar yang tidak menyiapkan kerja rumahnya. Puan Munah juga kerap membawa rotan bersamanya, tidak kira sewaktu di dalam atau luar kelas. Walaupun usianya meningkat tua, Puan Munah masih bergerak aktif sebagaimana dia mampu untuk melompat dan berlari ala-ala seorang ninja. Namun, ketegasannya adalah bertujuan untuk mendidik pelajar-pelajarnya supaya mereka belajar dengan tekun dan menyiapkan kerja rumah yang diberi.
Galeri[]
Gambar rasmi[]
Cekupan skrin[]
Ejen Ali[]
- Musim 1
- Musim 2
[]
Papar • Sunting Watak | ||
---|---|---|
M.A.T.A. | Kepimpinan | Dato' Othman (pengasas) • General Rama Ketua Teras: Dayang (TEKNO) • Ganz (KOMBAT) • |
Ejen Muda | TEKNO: Ali • Khai • Bulat • Kim KOMBAT: Mika • Chris • Iman • Rizka NEURO: Alicia • Jet • Roza • Sam INVISO: Rudy • Zass • Moon • Aleks | |
Mentor dan Ejen Lain | TEKNO: Geetha • Fit • Razman • NEURO: Leon | INVISO: Karya • Bobby • Rahul • | |
Musuh | Numeros | Uno • Dos • Trez • Cuatro • Cinco • Seis • Siete • Ocho • Nueve • Diez |
Siri | Wak Musang • Komeng • Abang Bear • Neonimus • Analogman | |
Filem | Niki • Andik • Surya • Pengganas | |
Cyberaya | Pembesar | Dato' Othman • Dato' Hisham • Dr. Ghazali • Dr. Mala • Dr. Tong |
SRT Cyberaya 1 | Kakitangan: Puan Munah • Bella • Cikgu Bidin Pelajar: Sasidaran • Ali • Alicia • Viktor • Boy • Mia • Shaun • Mawar • Melur • Syed | |
Orang Awam | Aunty Faye • Danish • Labu |