Rizka Widjaya merupakan watak dalam Ejen Ali yang mula-mula diperkenalkan sebagai ejen M.A.T.A. dari Cawangan Selatan dalam musim ketiga.
Sejarah[]
Rizka mula-mula muncul dalam babak latihan pra-pertandingan, di mana dia muncul bersama tiga lagi ejen cawangan lain iaitu Sam, Kim dan Aleks, dan melawan ejen-ejen muda dari Akademi dalam Kejohanan Arena M.A.T.A. Akan tetapi, pertarungan dalam latihan memanaskan badan itu menyebabkan Chris cedera terkena tusukan kerambit Rizka. Dalam pusingan pertama, Rizka sempat menghabiskan pertandingan di tempat kedua dengan 46 mata, tetapi kejadian dengan Chris menyebabkan dia dipotong markah dan turun kedudukan di bawah Iman dengan 36 mata.
Pada hari rehat sebelum pusingan kedua, Rizka menjadi mangsa sakat ejen-ejen muda tempatan dan berpakat dengan Sam, seorang lagi mangsa, untuk menyakat balik mereka. Pertelingkahan antara ejen-ejen antarabangsa dan tempatan berlanjutan hingga ke pusingan kedua (Control Point) di mana mereka berbalah dengan satu sama lain; Rizka tidak terkecuali dari melawan ejen-ejen lain dan akhirnya dihukum keluar dari permainan.
Pada hari rehat sebelum pusingan ketiga apabila bekalan elektrik terputus, Rizka terperangkap di dalam gimnasium bersama Aleks, Mika dan Roza. Dia beradu angkat berat dengan Mika dan kalah, tetapi masih memperkecil kemampuan lawannya, mengundang kemarahan Mika sehingga hampir berlaku perbalahan tetapi dihalang oleh Aleks. Mendengar rintihan Mika yang masih mengesali apa yang terjadi pada Chris, dia meluahkan pendapat bahawa orang yang lemah harus menyimpan mukanya kerana tidak akan bertahan di dunia luar.
Dalam acara memburu lencana di Cyberscience, dia menganggotai pasukan Alicia dan dilihat memainkan peranan dengan memenangi permainan arked gusti tangan. Ketika tempat acara dilanda bencana, Rizka menolong Mika untuk menyelamatkan Roza dari dijepit runtuhan.
Gajet[]
- Kerambit Plasma Berkembar: Digunakan untuk menikam atau menepis serangan pihak lawan.
Rupa[]
Rizka bertutur dalam loghat Indonesia. Kulitnya cerah, matanya berwarna coklat, rambutnya perang dan panjang mencecah paras tengkuk dengan satu ikatan kucir pendek di atas. Sebagai ahli teras KOMBAT, dia memakai baju panjang mencecah lutut berwarna biru dengan lengan hitam dan juga seluar panjang hitam, dilengkapi sepasang kerambit bersinar biru.
Perwatakan[]
Rizka mula-mula tampil sebagai ejen remaja yang tangkas dan panas baran. Sebagai ejen teras KOMBAT yang dilatih di Cawangan Selatan, dia berpegang pada prinsip bahawa golongan lemah baik menyimpan muka kerana tidak akan bertahan lama di dunia luar. Namun demikian, dia juga mempamerkan ciri-ciri ahli pasukan yang kompeten dan sedia membantu dalam peristiwa acara memburu lencana.
Fakta tambahan[]
- Pelakon suara Rizka, Azi Shafian, juga merupakan pelakon suara kepada Ejen Geetha.
- Sebelum namanya didedahkan, Ejen Rizka telah diberi kod nama sementara "Ejen Kerambit" oleh ejen-ejen.[1]
Galeri[]
Rujukan[]
Papar • Sunting Watak | ||
---|---|---|
M.A.T.A. | Kepimpinan | Dato' Othman (pengasas) • General Rama Ketua Teras: Dayang (TEKNO) • Ganz (KOMBAT) • |
Ejen Muda | TEKNO: Ali • Khai • Bulat • Kim KOMBAT: Mika • Chris • Iman • Rizka NEURO: Alicia • Jet • Roza • Sam INVISO: Rudy • Zass • Moon • Aleks | |
Mentor dan Ejen Lain | TEKNO: Geetha • Fit • Razman • NEURO: Leon | INVISO: Karya • Bobby • Rahul • | |
Musuh | Numeros | Uno • Dos • Trez • Cuatro • Cinco • Seis • Siete • Ocho • Nueve • Diez |
Siri | Wak Musang • Komeng • Abang Bear • Neonimus • Analogman | |
Filem | Niki • Andik • Surya • Pengganas | |
Cyberaya | Pembesar | Dato' Othman • Dato' Hisham • Dr. Ghazali • Dr. Mala • Dr. Tong |
SRT Cyberaya 1 | Kakitangan: Puan Munah • Bella • Cikgu Bidin Pelajar: Sasidaran • Ali • Alicia • Viktor • Boy • Mia • Shaun • Mawar • Melur • Syed | |
Orang Awam | Aunty Faye • Danish • Labu |