Ejen Ali Wiki

Rizwan atau Ejen Rizwan adalah salah seorang daripada dua tritagonis, di samping Bakar, siri Ejen Ali

Dia adalah ejen rahsia di bawah M.A.T.A.

Perwatakan[]

Rizwan dikenali sebagai seorang yang berhati sejuk dan selalu bertindak sombong terhadap orang lain. Keseriusannya dan ekspresi kesabaran yang berterusan menyebabkan dia tidak pernah dilihat tersenyum secara ikhlas sepanjang siri ini. Walaupun kadang-kadang dia tersenyum, ia biasanya adalah sindiran ringkas. Dia berhati sejuk di bawah tekanan dan jarang meninggikan suaranya, walaupun dalam keadaan marah.

Sejak Rizwan kehilangan mentornya, Rizwan sering bersendirian, menolak sebarang tawaran perkawanan, lebih memilih bersendirian dan hanya berkomunikasi dengan ejen lain dengan serius. Walaupun dia kelihatan tidak beremosi, namun Rizwan sebenarnya telah menunjukkan perasaan yang kuat, kebanyakannya kemarahan dan kekeliruan, apabila kembali mentornya yang hilang, yang telah menjadi jahat dan menentang M.A.T.A. dan sedemikian juga diri Rizwan.

Petikan dialog[]

  • "Baik kamu jangan buat apa-apa yang akan rosakkan misi ini."
  • "Musuh takkan tunggu kamu bersedia."
  • "Baik... Baik kau berhenti cakap benda yang bukan-bukan... Aku takkan belot!"
  • "Saya berharap dia boleh kembali ke M.A.T.A., tapi dia bukan lagi Djin yang saya kenal."

Trivia[]

  • Reputasi Rizwan sebagai ejen paling hebat diketahui di seluruh M.A.T.A..
  • Salah seorang daripada empat ketua teras M.A.T.A., Djin, merupakan bekas mentor kepada Rizwan. Djin kini dikenali sebagai Uno dan menjadi ketua dalam kumpulan Numeros.
    • Tiga ketua teras yang lain terpaksa menggunakan Protokol Gegas terhadap Djin untuk menyelamatkan Cyberaya, maka mereka terpaksa meninggalkannya di belakang. Dia dianggap telah terkorban, tetapi entah bagaimana berjaya untuk terus hidup.
  • Dalam Majalah Komik Ejen Ali Misi 3, ia didedahkan bahawa tinggi Rizwan ialah 175cm dan tarikh lahirnya ialah 17 September.
  • Dalam Majalah Komik Ejen Ali Misi 5, Ali dan Bakar telah menemui koleksi lolipop Rizwan, termasuk perisa rendang.
  • Umur Rizwan berusia 37 tahun seperti yang dinyatakan dalam MISI: POTENSI.
  • Seperti Jenny, Rizwan juga didedahkan adalah pengkhianat M.A.T.A. dalam MISI: KEMBALI.
    • Walau bagaimanapun, ini terbukti salah dalam MISI: DIEZ setelah Rizwan mengatakan bahawa tugasnya untuk menjatuhkan Uno telahpun selesai. Tujuannya menyertai Numeros juga didedahkan adalah untuk memujuk mentornya untuk berdamai semula dengan M.A.T.A..
  • Di MISI: TUJUAN, Dos cakap bahawa Djin ialah satu-satunya orang yang Rizwan anggap keluarga. Ini menunjukkan bahawa mungkin Rizwan adalah seorang yatim piatu, dan mungkin memiliki masa lalu yang mirip dengan Rudy.

Galeri[]

Wiki-wordmark
Wiki Ejen Ali mempunyai koleksi gambar untuk Rizwan. Rujuk Rizwan/Galeri.

Video[]

Navigasi[]

PaparSunting Watak
M.A.T.A. Kepimpinan Dato' Othman (pengasas) • General Rama
Ketua Teras: Dayang (TEKNO) • Ganz (KOMBAT) • Djin (INVISO) • Zain (NEURO)
Ejen Muda TEKNO: AliKhaiBulatKim
KOMBAT: MikaChrisImanRizka
NEURO: AliciaJetRozaSam
INVISO: RudyZassMoonAleks
Mentor dan Ejen Lain TEKNO: GeethaFitRazmanJenny | KOMBAT: BakarRajesh
NEURO: Leon | INVISO: KaryaBobbyRahulRizwanComot
Musuh Numeros UnoDosTrezCuatroCincoSeisSieteOchoNueveDiez
Siri Wak MusangKomengAbang BearNeonimusAnalogman
Filem NikiAndikSuryaPengganas
Cyberaya Pembesar Dato' OthmanDato' HishamDr. GhazaliDr. MalaDr. Tong
SRT Cyberaya 1 Kakitangan: Puan MunahBellaCikgu Bidin
Pelajar: SasidaranAliAliciaViktorBoyMiaShaunMawarMelurSyed
Orang Awam Aunty FayeDanishLabu