Roza ialah watak dalam siri Ejen Ali Musim 2. Dia merupakan ejen NEURO dari Akademi M.A.T.A..
Ringkasan[]
Ejen Roza merupakan prodigi penembak tepat muda yang ditarik masuk kerana kebolehan luar biasanya untuk menembak target dalam apa jua keadaan. Memperoleh kebolehan menembak tepatnya hasil daripada latihan mengendalikan senapang dari usia muda lagi. Dia juga mampu mengenal pasti dan mengasingkan target penting yang dapat mengubah corak misi.
Sejarah[]
Ejen Ali[]
Gajet[]
- Senapang Raifal "INDAI": Roza memiliki sniper laser canggih berketepatan tinggi yang boleh menembak laser pelbagai efek mengikut keperluan situasi dan mempunyai jarak tembakan tepat sejauh 200 meter. Senapang Roza digelarkan "Indai" yang bermaksud "Ibu" dalam bahasa Iban.
Kemahiran[]
- Penembak Jarak Jauh: Roza mampu menembak tepat dalam jarak jauh.
- Menganalisa Medan Pertempuran: Roza mahir menganalisa medan pertempuran dan menghasilkan strategi.
- Memikirkan Strategi: Roza suka akan gula-gula getah untuk membantu otak memikirkan strategi.
Rupa[]
Mempunyai rambut perang terpacak dan pendek separas leher, berkulit cerah dan mempunyai anak mata berwarna biru gelap yang sama seperti Chris. Berpakaian serba hitam dan berjalur kuning sebagai identiti ejen NEURO yang berwarna kuning.
Perwatakan[]
Roza bersungguh-sungguh serta tidak boleh tahan akan terhadap kesombongan dan kadang-kadang turut membuli Ali juga.
Trivia[]
- Roza, Bulat, Chris dan Zass berada dalam satu pasukan dalam MISI: ORIENTASI.
- Tabiat Roza yang suka mengunyah gula-gula getah sebenarnya membantunya untuk berfikir dan mengingat dengan lebih kuat.
- Satu-satunya ejen yang berasal dari timur Malaysia iaitu Sarawak dan bercakap loghat Kuala Lumpur.
- Dalam Majalah Komik Ejen Ali Misi 39, ia didedahkan tinggi Roza ialah 168cm dan tarikh lahirnya ialah 18 April.
- Gaya rambut Roza ini boleh dikatakan sangat mirip dengan gaya rambut Hinata Hyuga semasa kecil.
Galeri[]
[]
Papar • Sunting Watak | ||
---|---|---|
M.A.T.A. | Kepimpinan | Dato' Othman (pengasas) • General Rama Ketua Teras: Dayang (TEKNO) • Ganz (KOMBAT) • |
Ejen Muda | TEKNO: Ali • Khai • Bulat • Kim KOMBAT: Mika • Chris • Iman • Rizka NEURO: Alicia • Jet • Roza • Sam INVISO: Rudy • Zass • Moon • Aleks | |
Mentor dan Ejen Lain | TEKNO: Geetha • Fit • Razman • NEURO: Leon | INVISO: Karya • Bobby • Rahul • | |
Musuh | Numeros | Uno • Dos • Trez • Cuatro • Cinco • Seis • Siete • Ocho • Nueve • Diez |
Siri | Wak Musang • Komeng • Abang Bear • Neonimus • Analogman | |
Filem | Niki • Andik • Surya • Pengganas | |
Cyberaya | Pembesar | Dato' Othman • Dato' Hisham • Dr. Ghazali • Dr. Mala • Dr. Tong |
SRT Cyberaya 1 | Kakitangan: Puan Munah • Bella • Cikgu Bidin Pelajar: Sasidaran • Ali • Alicia • Viktor • Boy • Mia • Shaun • Mawar • Melur • Syed | |
Orang Awam | Aunty Faye • Danish • Labu |