Ejen Ali Wiki
Ejen Ali Wiki
Advertisement


Samuel Thompson merupakan watak dalam Ejen Ali yang mula-mula diperkenalkan sebagai ejen M.A.T.A. dari Cawangan Barat dalam musim ketiga.

Sejarah[]

Sebelum menyertai Pertandingan Arena, Sam menyertai program ejen muda M.A.T.A. Cawangan Barat. Dia pernah menceritakan bahawa dia sering ditindas dan dipersendakan sebagai lemah oleh ahli-ahli lain di situ. Tetapi setelah menyertai pertandingan, Sam mula menganggap dirinya lebih hebat daripada peserta lain, khususnya ejen-ejen tempatan.

Sam mula muncul dalam babak latihan bebas sebelum pertandingan, di mana dia muncul bersama tiga lagi ejen cawangan lain iaitu Rizka, Kim dan Aleks, dan bertarung dengan ejen-ejen muda tempatan. Di pusingan pertama, Sam hampir menghabiskan perlumbaan tetapi tersingkir setelah bertembung dengan Rudy.

Sebelum pusingan kedua, Sam menjadi mangsa sakat ejen-ejen muda tempatan dan berpakat dengan Rizka, seorang lagi mangsa, untuk menyakat balik mereka. Pertelingkahan antara ejen-ejen antarabangsa dan tempatan berlanjutan hingga ke pusingan kedua (Control Point) di mana mereka berbalah dengan satu sama lain; Sam tidak terkecuali dari melawan ejen-ejen lain dan akhirnya dihukum keluar dari permainan.

Kedinginan Sam dengan ejen-ejen muda Akademi menemui titik perubahan ketika Arena dilanda gangguan elektrik, di mana Sam yang terperangkap dalam asrama bersama Ali, Khai dan Rudy. Pada mulanya dia berkelahi dengan mereka, tetapi setelah ditundukkan, dia mula berubah kelakuan. Dalam acara mencari lencana secara berpasukan di acara memburu lencana, Sam dipilih menyertai kumpulan Aleks dan bersenang dengan Ali dan Mika, malah dia berjaya mendapat satu lencana dari cabaran "pilih cawan yang betul" yang sangat sukar. Ketika bencana enjin pesawat liar, Sam memecahkan dinding yang merekah dengan palang besi untuk menyelamatkan pengunjung yang terperangkap.

Sam ditukarkan ke teras Tekno buat sementara waktu. Dia digandingkan bersama Alicia, Kim dan Khai dan menyumbang dari segi taktikal kepada kemenangan pasukannya dalam dua pusingan berturut-turut, iaitu merebut Mechadroid dan menawan Capture Point. Selepas itu, Sam berjaya melayakkan diri ke pusingan akhir M.A.T.A. Arena. Ketika Cinco menyerang Arena, Sam bertindak mengetuai bekas-bekas peserta untuk pergi menentang musuh dan menyelamatkan ketua-ketua mereka dalam kesusahan.

Gajet[]

  • Jam Tangan Serba Guna: Melakukan pelbagai fungsi seperti menembak, mengesan, menyuluh atau menayangkan video secara hologram.

Rupa[]

Sam bertutur dengan loghat stereotaip "mat salih" yang sering diperdengarkan oleh orang Malaysia yang meniru pelat orang Barat dalam situasi humor. Kulitnya cerah, matanya berwarna kuning tua, rambutnya berwarna perang muda dan disikat ke belakang dan tepi. Sebagai ahli teras NEURO, dia memakai sut berwarna hitam perak beralaskan weskot berwarna kuning.

Perwatakan[]

Sam mula-mula tampil sebagai seorang yang licik, bangga diri dan suka menyindir. Dia dilihat oleh ejen-ejen tempatan sebagai angkuh, suka menunjuk-nunjuk dan mementingkan diri. Namun peristiwa bekalan elektrik terputus menjadi titik perubahan apabila dia ditundukkan dalam pergaduhan. Semenjak itu, dia berusaha memperbaiki hubungan dengan ejen-ejen tempatan.

Fakta tambahan[]

  • Pelakon suara Sam, Hakim Kamal, juga merupakan salah seorang komposer runut bunyi (soundtrack) Ejen Ali selain Azri Yunus.
  • Sebelum namanya didedahkan, Ejen Sam telah diberi kod nama sementara "Ejen Sikat" oleh ejen-ejen.[1]

Galeri[]

Rujukan[]

PaparSunting Watak
M.A.T.A. Kepimpinan Dato' Othman (pengasas) • General Rama
Ketua Teras: Dayang (TEKNO) • Ganz (KOMBAT) • Djin (INVISO) • Zain (NEURO)
Ejen Muda TEKNO: AliKhaiBulatKim
KOMBAT: MikaChrisImanRizka
NEURO: AliciaJetRozaSam
INVISO: RudyZassMoonAleks
Mentor dan Ejen Lain TEKNO: GeethaFitRazmanJenny | KOMBAT: BakarRajesh
NEURO: Leon | INVISO: KaryaBobbyRahulRizwanComot
Musuh Numeros UnoDosTrezCuatroCincoSeisSieteOchoNueveDiez
Siri Wak MusangKomengAbang BearNeonimusAnalogman
Filem NikiAndikSuryaPengganas
Cyberaya Pembesar Dato' OthmanDato' HishamDr. GhazaliDr. MalaDr. Tong
SRT Cyberaya 1 Kakitangan: Puan MunahBellaCikgu Bidin
Pelajar: SasidaranAliAliciaViktorBoyMiaShaunMawarMelurSyed
Orang Awam Aunty FayeDanishLabu
Advertisement