Ejen Ali Wiki
Kulit buku kompilasi Sidemission

Kulit buku kompilasi Sidemission

Sidemission[1] ialah cerita-cerita pendek dengan jalan cerita yang lebih ringan dan santai yang melampirkan sisi lain aktiviti Ali selain dari menjalankan misi rahsia di samping menonjolkan kemunculan rakan-rakan Akademi M.A.T.A.. Ia boleh didapati dalam Majalah Komik Ejen Ali.

Komik-komik pendek ini juga telah dikompilasikan secara eksklusif menjadi sebuah buku yang mula dikeluarkan pada tahun 2020.[2]

Episod[]

Misi Tajuk
1 Misi: Surveillance / Surveillance

Apabila Ali tertidur ketika menjalankan misi, dia diceramah oleh Bakar sebelum menugaskannya untuk memerhati seseorang bertopi dan berbaju jingga sementara dia menghubungi pangkalan. Ketika suspek sudah berada dalam penglihatan dan Bakar pula tidak menjawab panggilan, Ali pun melancarkan serangan menggunakan yoyonya, tetapi 'suspek' itu ternyata hanya seorang penghantar burger yang dipesan oleh Bakar yang melarikan diri dari Ali.

2 Misi: Training / Training

Ali sedang memanaskan badan di bawah pengawasan Bakar sehingga mengalami keletihan. Masuk sahaja pusingan kedua, Ali lintang-pukang lari menyelamatkan diri dari serangan dron sebelum akhirnya jatuh dari satu tembakan. Setelah dibantu oleh Bakar, mereka pun bertempiaran melarikan diri dari serangan dron itu yang hanya akan berhenti selepas latihan tamat.


Dalam perjumpaan General Rama bersama Ketua-Ketua Teras, beliau yakin bahawa Ali dan I.R.I.S. akan selamat di bawah jagaan Ejen Bakar. Ejen Ganz bertegas untuk 'menguruskan' Ali kerana dia sudahpun tahu terlalu banyak tentang agensi M.A.T.A., tetapi oleh kerana sudah terlambat untuk membuat keputusan sebegitu, Rama menyampaikan cadangan Ejen Jenny untuk meneruskan kajian sambil mencari cara untuk memisahkan I.R.I.S. dari Ali. Ejen Zain yang berpendapat bahawa I.R.I.S. boleh membantu mereka mengenal pasti identiti dan membongkarkan rancangan musuh mengarahkan Rama untuk meneruskan pengawasan ke atas Ali dan menamatkannya jika dia menjadi sebuah liabiliti.

3 Misi: Penyamaran / Penyamaran

Dalam latihan menguji kepekaan kali ini, Ali perlu mencari Bakar yang sedang menyembunyikan diri dalam persekitaran. Apabila dia tidak dibenarkan menggunakan I.R.I.S., Ali pun mula mencari pak ciknya di sekeliling sebelum matanya tertumpu pada satu kelibat yang sedang menjamu burger, tetapi ternyata itu hanyalah seorang penduduk awam. Sementara Ali cuba mencari lagi, dia disergah oleh Bakar yang menyamar sebagai batang pokok yang menegaskan kesabaran yang tinggi juga penting dalam teknik penyamaran. Ketika tiba giliran Ali untuk bersembunyi, Bakar tidak menyangka anak saudaranya itu mempunyai bakat dalam menyembunyikan diri kerana belum menemuinya selepas mencarinya selama berjam-jam di merata-rata tempat, namun ternyata Ali telahpun pulang dahulu selepas mendapat berita mengenai pengkemaskinian permainan daripada Viktor.

4 Kawan Atau Misi

Viktor mengajak Ali ke perhentian permainan di pekan, tetapi panggilan misi tidak mengizinkannya untuk pergi bersama. Ketika sedang menjalankan misi, Ali beberapa kali mendapat panggilan daripada Viktor sehingga musuh mendapat tahu kehadiran mereka. Viktor cuba menghubungi Ali lagi untuk membincangkan tentang projek kumpulan bagi subjek Puan Munah, tetapi masuk tidur apabila nombornya tidak dapat dihubungi. Sementara itu, Ali yang masih memegang telefon bimbit diancam dengan sebuah dron oleh General Rama yang meluap-luap dengan kemarahan.

5 Misi: Raya

Ali dan Comot sudahpun bersiap dengan pakaian baju Melayu lengkap untuk menjalankan misi beraya sebelum dia mendapat panggilan daripada Bakar yang memintanya untuk ke pangkalan M.A.T.A. dengan serta-merta. Mereka pun segera ke sana dengan penuh berhati-hati dengan kebarangkalian pangkalan diserang musuh apabila visual I.R.I.S menunjukkan yang lain dalam bahaya, tetapi ternyata mereka sedang mengadakan jamuan raya di mana Jenny mengalami kesukaran menganyam ketupat manakala Bakar baring kekenyangan. Ali diusik oleh Rizwan dan Alicia yang juga baru tiba kerana tidak berpakaian raya sebelum dijemput makan oleh General Rama.

6 Misi: Log Pengacau Bertopeng

Alicia menjalankan rutin sehariannya sepertimana yang tersenarai dalam log di telefon bimbitnya, termasuklah menggodam komunikasi pihak polis dan meronda bandar Cyberaya sebagai Pengacau Bertopeng pada tengah malam, menjadi seorang pengawas yang cemerlang di sekolah dan ejen M.A.T.A. yang memberkas penjahat dalam misi serta menjalankan latihan VR sebelum pulang ke rumah bersama rakan-rakannya.

7 Misi: Kesetiaan

Semasa pangkalan M.A.T.A. diserang, Bakar telah ditumpaskan dan Ali turut diserang hendap sebelum mendapati dia ditempatkan di sebuah kerusi seksaan setelah sedarkan diri. Dalang di sebalik kejadian itu memaksa Ali untuk mendedahkan maklumat tentang ejen M.A.T.A. dan menunjukkan I.R.I.S sudahpun jatuh di tangannya yang didakwa berlaku akibat kecuaiannya. Apabila Ali enggan memberi maklumat yang diinginkan, dia digeletek oleh kerusi seksaan itu walaupun selepas tiga jam berlalu, dia bertegas dengan bersungguh-sungguh tidak akan pernah membelot MA.T.A.. Rupa-rupanya, dalang itu ialah Bakar yang mengambil I.R.I.S. secara senyap-senyap ketika dia tidur di biliknya untuk menguji dan melatih kesetiaannya kepada agensi M.A.T.A., menyebabkan Ali merajuk dengannya.

8 Baiki

Ali yang mengalami kerosakan yoyonya cuba membaikinya sendiri dengan bantuan I.R.I.S., namun tiba-tiba dia mendapat amaran tentang pengaktifkan langkah pencegahan gajet M.A.T.A. yang mengingatkannya kepada pesanan tegas General Rama untuk menjaga barangannya, tidak membuang masa segera ke pangkalan untuk meminta bantuan Ejen Jenny, di mana dia terserempak dengan Ejen Bakar serta Alicia yang curiga dengan tingkah lakunya cuba menyembunyikan sesuatu dari pengetahuan MA.T.A. Tanpa dijangka, yoyo di tangannya meletup selepas satu sentuhan pada sensornya. Ejen Jenny pun membantu membaiki yoyonya, pada masa yang sama mengingatkan bahawa gajet-gajet M.A.T.A. ini telah ditetapkan untuk mencegah sebarang pembukaan dari orang luar dan hanya quartermaster M.A.T.A. sahaja yang mahir membaikinya.

9 Tutor

Alicia diberikan arahan untuk memikul amanah memberi tunjuk ajar kepada Ali yang perlu menjalani ujian gempur ulangan kerana mengalami kegagalan. Oleh kerana Ali digantung dari semua jenis misi, Alicia juga tidak dibenarkan menjalankan mana-mana misi dan bertindak seorang diri oleh General Rama. Apabila Ali tertidur ketika mengulang kaji di perpustakaan, Alicia yang hilang sabar mula bersikap tegas dalam membimbingnya membuat latihan. Walaupun tidak cemerlang, Ali menunjukkan sedikit peningkatan dari sebelumnya dan seperti yang dijanjikan General, mereka berdua pun dibenarkan untuk menjalankan misi seperti biasa, pada masa yang sama Alicia menyalahkan Ali sebaik sahaja dia diarahkan untuk terus menjadi tutornya.

10 Gadget

Ali tidak berpuas hati apabila skor latihan Alicia jauh lebih tinggi berbandingnya, lebih-lebih lagi setelah dia mengambil sasarannya. Apabila Ali mengeluh kepada Ejen Jenny, dia pun mencuba menggunakan beberapa gajet yang lain, walaupun dia seharusnya melalui larihan insentif terlebih dahulu bagi menggunakan gajet lain dengan efisien. Akibatnya, Ali yang tidak mampu mengendalikan gajet-gajet itu dengan cemerlang dijelaskan mengapa dia diberikan yoyo, skuter dan kasut, yang mana kerana setiap gajet M.A.T.A. telahpun direka berdasarkan kemahiran dan keperluan seseorang ejen.

11 Demam

Ali yang mengalami demam panas dengan suhu badan 39 darjah Celcius mengambil cuti sakit dari sekolah dan misi, dan ayahnya pula tidak sempat membawanya ke klinik berikutan perlu menghadiri perjumpaan mendadak. Ketika berehat di biliknya, dia dilawat oleh Bakar yang turut membawa bubur ayam istimewa sebagai buah tangan, lalu Ali pun makap dengan lahap. Keesokan harinya, Ali kembali sihat seperti sediakala dan pergi ke sekolah dengan riang. Ketika dia tiba di pangkalan MA.T.A. Selepas tamat sekolah, dia mendapati yang lain tidak bermaya dan telah saling berjangkit dari demamnya.

13 Comot & R-O

Sementara Ali pergi menjalani latihan dengan yang lain, Comot diminta menunggunya setempat di akademi. Ia dikejutkan oleh kehadiran R-O yang ingin mengajaknya bermain bersama tetapi Comot enggan kerana ingin tidur dan mula bertengkar antara satu sama lain sambil diperhatikan oleh Roza dan Mika. R-O pun mendapat idea nakal untuk mengusik Comot yang terketar-ketar dengan bunyi yang dihasilkannya. Seketika selepas tamat latihan, Ali tercari-cari Comot yang hilang dari pandangan. Apabila Khai ingin meminta bantuan R-O, Ali mendapatkan Comot dan geli hati melihatnya sedaya-upaya melarikan diri dari usikan robot itu. Semenjak itu, Comot sering diusik oleh R-O setiap kali ke akademi.

14 Kejutan

Setibanya di akademi, Ali dan Comot melihat droid-droid yang terbaring sebelum mendekati Moon yang memintanya untuk ke arena di mana musuh sedang berada. Sebaik sahaja di sana, Ali mendapati kelibat yang berdiri di hadapannya tidak lain tidak bukan ialah Khai sendiri yang memerangkap Ali dari bergerak. Di saat Ali menyangkakan rakannya itu membelot, kawan-kawannya yang lain muncul membawa kek ulang tahun seraya memberikan kejutan kepadanya. Belum sempat mereka meraikan detik kegembiraan itu, mereka dikejutkan dengan kehadiran Ejen Geetha yang mendenda kesemua mereka kerana telah menggunakan droid sehingga bersepah di lobi.

15 Comot & R-O 2

Selepas Ali dan yang lain pergi ke kelas, Comot cuba menyelinap untuk mengelak dari terserempak dengan R-O. Namun, sebaik sahaja ia ditegur oleh robot itu yang ingin mengajaknya untuk bermain bersama dengan mata yang berpinar-pinar, Comot lintang-pukang melarikan diri daripadanya sebelum ia didakap oleh Iman dan yang lain. Malangnya, situasi menjadi lebih kritikal apabila ia mula disarungkan pakaian betina, dipeluk dan digeletek oleh sekumpulan ejen muda gadis itu. Belum sempat disarungkan baju seterusnya, Comot pun melarikan diri sebelum terserempak dengan R-O dan mereka bersama-sama bersembunyi dari mereka. Di kelas pula, Ali dan Khai menjadi hairan melihat titik lokasi mereka yang berada di kawasan hutan.

16 Ali & Ramadan

Ali bersahur dan berniat puasa setelah dikejutkan oleh ayahnya. Selepas mendapat panggilan daripada M.A.T.A., Alicia serta Ali yang tidak bermaya pun pergi ke sana dan Ejen Leon mengarahkan semua ejen menjalankan misi kecergasan yang merangkumi lari rintangan, monkey bar dan bot kombat, di mana Ali menjalaninya dalam keadaan tidak bersemangat. Selesai misi, Ali yang terlalu kepenatan dan hampir berhasrat untuk berbuka awal dihampiri oleh Ejen Bakar yang menasihati anak saudaranya itu tentang hikmah berpuasa. Selepas selesai berbuka, Ali bersyukur kerana dia meneruskan puasanya walaupun keletihan dan mengajak Bakar untuk menunaikan solat maghrib, tetapi dia memberi alasan ingin mencerna makanan terlebih dahulu.

17 Ali & Syawal

Dengan baju Melayu yang lengkap, Ali dan serta Comot bersedia untuk misi raya tahun ini, namun dia tiba-tiba mendapat panggilan daripada Alicia yang menggesanya untuk segera datang dan yang lain sudahpun berkumpul. Tidak ingin terlepas jamuan raya kali ini, merka segera ke sana. Sebaik sahaja memasuki ke ruang berkumpul, semua ejen yang sedang berkumpul lengkap bersut memerhati Ali yang tidak memakai sut, lebih-lebih lagi Ejen Leon dengan air mukanya yang tegas. Ketika menjalankan misi, Mika, Zass dan Roza bertungkus-lumus menentang musuh dalam formasi, sementara Ali tidak dapat turut serta kerana tidak mahu mengotorkan baju Melayunya itu sehinggakan penjahat bermotor itupun merindui emaknya di kampung.

18 Patriotisme

Puan Munah memberikan tugasan projek tentang topik kemerdekaan yang perlu disiapkan sebelum cuti merdeka. Ali yang merasakan pesanan itu ditujukan kepadanya menjadi murung sebelum disarankan oleh Viktor untuk bertanya kepada mana-mana kawan lain, maka Ali pun segera ke akademi untuk mminta saran dari rakan-rakan ejennya. Moon dan Khai memberikan jawapan yang kurang meyakinkan, manakala Ali berterima kasih kepada Iman atas penerangan tentang tentang merdeka yang lengkap. Dalam kelas seterusnya, Ali pun memberikan penjelasan yang terperinci tentang bunga raya yang dibawanya sebelum dia ditegur olehnya kerana beliau memberi mereka tugasan untuk membuat karangan bertulis dan bukannya membawa benda itu sendiri.

19 Parcel M.A.T.A.

Droid baru selesai membuat penghantaran barang ke lobi akademi, yang mana ini merupakan posto khas bagi pelajar akademi yang tiada rumah untuk membuat penghantaran apabila membeli barang seperti kes Rudy dan Chris, tetapi alang-alang memudahkan, ejen muda yang lain turut menggunakannya. Sambil membuka kotak, masing-masing turut menunjukkan barangan yang dibeli, antaranya termasuklah cip mikro, stok makanan, dumbell, mainan, fon kepala, pakaian serta gel rambut. Alicia juga tidak ketinggalan dari membeli gantungan kunci mainan arnab, begitu juga dengan Moon yang membeli beruang teddy bersaiz 6XL yang siap boleh dipanjat. Seperti yang diduga, Ejen Geetha bertegas dan tidak membenarkannya menyimpan beruang itu di akademi.

20 Alias

"Alicia" menegur Ali dan mempelawanya untuk belanjanya makan di kafe sebagai tanda terima kasih untuk Balistik 2.0 yang pernah diberikannya sebelum ini, maka Ali dan Comot pun ke sana. Kemudian, "Ali" pula menegur Alicia yang juga ingin belanjanya makan di kafe untuk membalas budinya setelah menyelamatkannya dari letupan ketika Misi: Analog tempoh hari. Tetapi, Alicia mengusiknya yang tiba-tiba bersikap mesra sedangkan dengannya pun dia menyombong di sekolah serta akademi, dan dia pun beredar selepas menolak pelawaan "Ali" dengan senyuman sinis. Ketika di hutan, Rudy geram kerana gagal memperdayakan Alicia, bahkan siap dipermainkan lagi olehnya. Sementara itu, Comot serta Ali yang sedang menikmati ais krim masih tertunggu-tunggu kedatangan Alicia di kafe.

21 Misi: Log Ali

Ali menjalani rutinnya dalam seharian yang dimulai dengannya dikejutkan Comot pada waktu pagi dan bersiap untuk ke sekolah. Di sekolah, Ali pasti tidak terlepas dari didenda Alicia kerana sampai lewat, kemudian tertidur dalam kelas Puan Munah, dan setelah makan di kantin, Ali bermain sukan dalam subjek Pendidikan Jasmani dan diberikan kerja rumah oleh Puan Munah. Selepas waktu sekolah pula, Ali mendapat panggilan daripada M.A.T.A. dan tiba ke akademi, mendengar taklimat daripada Ejen Leon serta melalui latihan VR dan rehat di kafe, seterusnya menghadiri kelas Tekno sebelum bersurai. Pulang ke rumah, Ali menyiapkan pula kerja rumah dan sebaik sahaja mengemas kini lognya, Ali pun bermain permainan atas talian bersama Viktor sehingga menjelang waktu pagi.

23 Tahun Baru

Oleh sebab Ali tertinggal barang, Alicia dan Comot pergi dahulu ke ruang di mana yang lain sudahpun berkumpul. Ketika menunggu selebihnya yang belum sampai, Comot sempat melarikan diri dari Iman ke dalam hutan sebelum ia dihampiri R-O yang ingin membawanya ke kawasan yang tidak terhalang untuk menonton letupan bunga api. Comot rasa tertarik lalu mengikutnya dan terpegun melihat bunga api yang menjulang ke langit di ambang tahun baru, sementara R-O menerangkan mengenai sejarah asal bunga api dengan terperinci sebelum kagum dengan azam Comot untuk menakluki dunia dan menjadi raja. Setelah mendengar panggilan Ali dan mendapat isyarat untuk berkumpul, R-O yang 'dibonceng' Comot pun segera ke sana supaya tidak terlepas bergambar bersama-sama.

24 Buka Sekolah

Tanpa disangka-sangka, Ali bangun seawal pukul 5 pagi, lalu membersihkan diri dan menyiapkan bekal makanan untuk ayahnya di tempat kerja. Setibanya di sekolah, ramai yang terkejut bercampur kagum melihat Ali hadir awal ke sekolah, termasuk Cikgu Bidin yang membuatnya tersipu-sipu. Apabila masuk ke dalam kelas, dia terlupa tentang kerja sekolah yang diberikan Puan Munah semasa cuti sekolah yang sudah bersedia dengan rotan beserta air muka yang garang, seraya menyebabkan Ali terjaga dari mimpinya. Dia menjadi lebih panik sebaik sahaja melihat jam, bukan sahaja dia sudah terlambat ke sekolah, kerja sekolah pun tidak disiapkannya.

25 Kad Untuk Alicia

Melihat yang lain sedang menyiapkan kad ucapan Tahun Baru Cina untuk Alicia, Ali meminta tolong Viktor membantunya membaca dan menulis bahasa Mandarin, yang mana kebanyakan penduduk di Cyberaya menggunakan dialek ini berbanding Kantonis. Ketika di rumah, Ali menyiapkan ucapan dan berlatih menyebutnya dengan bimbingan Viktor. Keesokan harinya di akademi, Ali pun menyerahkan kad ucapannya itu kepada Alicia sambil memberi ucapan dalam bahasa Mandarin dengan wajah yang berseri. Setelah dia beredar, rupanya Alicia yang membaca kad itu tidak memahami bahasa Mandarin.

26 Penyamaran

Ejen Geetha memberikan Puppet Cuff kepada Rudy yang juga mempunyai fungsi penyamaran sebagai gajetnya, maka Rudy pun mula berlatih meniru gaya, mimik muka serta tingkah laku dari rakan-rakan ejennya. Sebaik sahaja dia betul-betul yakin dengan prestasinya, dia terus berlatih dengan berlakon dan memperdaya rakan-rakannya antara satu sama lain sehingga porak-peranda dalam kalangan mereka. Iman dan Moon yang sdang geram dengan angkara Rudy sekali lagi diperdayakan olehnya sebagai Bulat dengan Spherubiks yang telah selesai di tangannya. Selain Mika, semua ejen muda yang lain telahpun tertipu dengan tipu daya lakonannya, dan dalam senarainya, hanya tinggal Ali dan Alicia yang belum diperdaya olehnya.

27 Azam Ramadan

Sebaik selepas mendengar pengumuman bermulanya puasa, Ali menjadi bersemangat untuk melakukan yang terbaik berbanding tahun-tahun sebelumnya dan terus menghubungi Bakar, yang bersyukur dengan azam dan kesungguhan anak saudaranya itu ketika mereka ke masjid untuk mengerjakan solat terawih sebelum berjanji untuk bersahur di mamak bersama-sama. Selepas membersihkan diri, Ali berhasrat untuk tidur awal tetapi tergendala apabila mendapati terdapat promo terbaru bagi permainan Detektif Jebat semalaman sehingga terlepas sahur keesokan paginya. Setelah bersiap, Ali segera ke akademi dan meminta maaf kepada Bakar dan Alicia yang sudahpun menunggunya sejak subuh tadi, tetapi ternyata Bakar sendiri pun terlajak tidur kerana terlupa tentang janji sahur bersama-sama.

28 Pagi Syawal

Selepas mendapat panggilan daripada ayahnya yang tidak dapat pulang beraya bersamanya kali ini kerana kekangan pekerjaan, Ali pun terus masuk tidur sambil diperhatikan oleh Comot yang faham benar akan perasaan tuannya itu sebelum mencapai telefon miliknya. Pagi 1 Syawal keesokannya, Ali sempat berbual dengan ayahnya sebelum mendapat panggilan perjumpaan, lalu dikejutkan oleh kehadiran Bakar dan Alicia yang membawa banyak makanan untuk dimakan bersama. Sementara Comot baring dengan tenang, Alicia yang hadir kerana mendapat e-mel daripada Ali sehingga dia membatalkan semua latihan dengan papanya membuatkan Ali hairan seketika kerana dia masuk tidur awal malam tadi, sebelum mereka bergegas membantu Bakar yang tercekik makanan.

29 Tergendala

Apabila ingin menyiasat punca penggera berbunyi di pintu utama, Ejen Leon mendapati Ali dan Alicia dalam keadaan tertukar sut teras mereka. Ketika Ejen Geetha ingin melaporkan isu mengenai kepincangan dalam sistem kepada ibu pejabat, Ali dan Alicia diarahkan Leon untuk masuk ke 'teras' mereka untuk sementara. Masuk ke dalam bilik Neuro, Ali menjadi panik apabila mendengar mengenai pelbagai ujian yang perlu diduduki oleh Ejen Neuro daripada Jet, manakala Alicia yang menunjukkan bakat dan kemahirannya dengan kerja tangan dipuji dan dijadikan contoh oleh ejen-ejen Tekno. Semasa waktu rehat di kafe, mereka dipanggil oleh Khai sebaik sahaja mesin sudah siap dibaiki untuk kembali ke identiti teras masing-masing. Sementara Alicia kembali pada teras asalnya, Ali sebaliknya yang tertukar menjadi ejen Kombat pula meluahkan kekecewaannya.

30 Gelojoh

Sebelum ke latihan misi, Ali berpesan kepada Comot untuk menunggunya di bilik Tekno. Apabila Comot yang mendapati bekas itu kosong terlihat bungkusan makanan kucing di atas meja, ia dengan pantas mencakarnya sehingga menyebabkannya bersepah di atas lantai. Di saat menikmatinya, Comot tiba-tiba tertelan sesuatu sebelum ruang itu dimasuki Khai yang berhasrat untuk membaiki R-O setelah menyedari terdapat nat skru yang tidak mencukupi. Namun, oleh kerana tidak menemui skru yang dicari selepas hampir 1 jam, Khai pun menetapkan robotnya dalam mod hibernasi sementara menunggu skru baharu yang memakan masa sehingga sebulan. Comot yang mula panik terkenangkan sesuatu yang ditelannya tadi pun cuba meminta bantuan Ali yang sudahpun tidur untuk membawanya ke klinik haiwan untuk mengeluarkan skru dari badannya.

31 Janji Bulat

Beberapa ejen muda dipanggil ke lobi untuk mendapatkan bungkusan mereka, termasuk Bulat yang membeli pelbagai rubik versi magnetik. Apabila dia didatangi oleh rakan-rakannya, dia pun menunaikan janjinya untuk memperlihatkan koleksi yang baru dibelinya itu. Mereka terpegun dengan koleksinya yang banyak dan rupanya ada lagi selain dari yang ditunjukkan itu. Apabila yang lain menyertai mereka dan turut mencuba menyelesaikan rubik itu, Bulat terkenangkan saat pahit dia diejek dan diperlekehkan kerana meminati rubik sewaktu dia kecil, sehingga ia dirampas dan dirosakkan oleh pembuli tidak bertanggungjawab itu. Lamunannya terhenti apabila Chris memanggilnya dan menunjukkan rubik yang telah diselesaikan di tangannya, walaupun rupanya mereka dibantu oleh Khai. Bulat kini tidak lagi merisaukan tentang perkara itu kerana keadaan yang sudah berubah di mana dia dikelilingi oleh kawan-kawan sebenar.

32 Cikgu Ganti

Cikgu Bidin yang menggantikan Puan Munah memberikan kebebasan kepada seluruh kelas untuk mengulangkaji pelajaran sendiri sebagai persediaan menghadapi ujian keesokan harinya, pada masa yang sama beliau melemparkan sekeping kepada Ali yang tertidur. Belum sempat beliau memberi amaran kepadanya, tindakannya tadi jelas sekali telah menarik perhatian ramai pelajar yang cukup terpesona dengan magiknya. Atas permintaan mereka, Cikgu Bidin pun menunjukkan demo silap mata kepada mereka yang terus menonton dengan penuh minat, pada masa yang sama Alicia yang sedang mengulangkaji pelajaran menyalahkan Ali kerana menjadi punca kelas menjadi riuh sehingga dia kehilangan fokus. Keesokan harinya, Puan Munah yang hendak memulakan ujian pun bersikap tegas apabila sesetengah pelajar kelasnya sedang leka dengan silap mata.

33 Bubble Gum Roza

Ketika di lobi, Roza sangat teruja apabila stok gula-gula getah yang dipesan olehnya akhirnya sampai. Walaupun Moon bimbang dengan kesihatan giginya, Roza pula tidak risau dengan gula-gula getah yang diperbuat daripada pemanis asli xylitol, yang selamat dan tidak menyebabkan sebarang jangkitan kaviti. Oleh kerana tidak menyukai perisai blueberry, dia pun memberikan kepada rakan-rakannya untuk dikongsi, di mana Moon sangat teruja manakala Iman menolak kerana sedang dalam fasa berdiet. Menyahut satu pengumuman yang memanggil semua ejen untuk berkumpul di bilik latihan, Roza pun dengan sedikit berat hati meninggalkan stok balangnya di lobi sebelum beredar. Dalam latihan misi, Roza bertanggungjawab menyusun strategi dan bersedia dengan senapang dari jarak jauh sementara ahli pasukannya turun padang sebelum mereka berjaya melemahkan pasukan lawan dan mendapatkan intel. Roza pun kembali ke lobi dan berhasrat untuk menikmati gula-gulanya, namun malangnya kesemuanya telah dihabiskan oleh Bulat. Roza pun terpaksalah menunggu sebulan lagi untuk menambah stok gula-gula getahnya.

34 Meluncur Angin

Ali yang telah sampai di lokasi yang diberikan dan lengkap bersut diarahkan oleh Bakar untuk mengenakan gajet baharu untuk menjalani latihan sky gliding dari sebuah menara yang amat tinggi. Ketika Alicia sudahpun maju terlebih dahulu, Bakar memujuk Ali yang meluahkan rasa takut sebelum meluncur bersamanya dan mendarat di destinasi dengan selamat. Walaupun pada awalnya mengalami kesukaran sehingga mabuk dan termuntah, dengan dorongan Bakar, Ali akhirnya berjaya mengatasi rasa takutnya apabila dia laju meluncur ke hadapan dengan penuh keyakinan sambil menikmati pemandangan yang indah. Selesai latihan, mereka diberikan arahan misi oleh General Rama untuk melindungi Dato' Othman berikutan terdapat amaran mengenai penceroboh di kapal terbang peribadinya. Sebaik sahaja bersedia dengan kapal jet M.A.T.A., mereka pun bertindak dengan segera.

47 Mamak Delivery

Sambil bermain permainan video di rumah, Ali dan Bakar berbincang mengenai juadah berbuka mereka nanti. Bakar dengan penuh keyakinan berhasrat untuk memasak satu resepi baharu yang ditemuinya di internet, namun Ali yang mengenangkan pengalaman merasa masakannya mencadangkan untuk memesan dari kedai makan. Oleh kerana Bakar sedang dalam fasa berjimat-cermat, Ali pun akur apabila dia harus membelanja pak ciknya. Di Mamak Maju, pesanan Ali telah diterima oleh Alicia, tetapi melihat permintaannya yang panjang lebar, dia memanggil Uncle Rahul dan meminta resepi khas ekstranya. Apabila Ali yang sudahpun kebulur menyahut panggilan loceng, pesanannya dihantar oleh tidak lain tidak bukan oleh General Rama sendiri. Masuk sahaja masuk berbuka, mereka pun menjamu dengan penuh selera, sebelum Comot serta Ali yang tidak pernah mencuba resepi khas mereka terpinga-pinga kerana kepedasan.

48 Ketupat

Ketika membeli bahan-bahan sebagai persiapan untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri, Ali serta Bakar yang mengidam ketupat teringat akan ketupat buatan kakaknya yang sering mengajarnya cara menganyam ketupat ketika dia kecil. Ketika di rumah, Ali cuba menganyam ketupat sendiri, namun tidak membuahkan hasil walaupun cuba mengikut setiap langkah yang ditunjukkan dalam sebuah video. Setelah menghantar pesanan kepada Iman untuk cuba meminta tunjuk ajar, Ali menjawab panggilan video seraya menyertai Iman dan Moon belajar menganyam bersama Bulat, sebelum ketupat yang hampir siap diusik oleh Comot. Pagi raya keesokannya, Bakar yang beraya ke rumah anak saudaranya pun menjamah kuih raya serta ketupat yang telah dianyam oleh Ali sehingga licin.

49 Misi Merapu Rapu

Ali yang terjaga seawal pukul 5 lega kerana tidak terlajak tidur untuk menghadiri ke perjumpaan di Akademi M.A.T.A. Setibanya di sana, dia rasa seperti terlupa sesuatu sebelum ditegur oleh rakan-rakannya yang bertingkah laku aneh, antaranya seperti Rudy yang beramah mesra dengannya dan memiliki gantungan kunci yang sama sepertinya. Bulat pula menunjuk-nunjuk tubuh badannya yang sasa dan berotot, dan yang lebih mengejutkan, Zass yang tiba-tiba boleh bercakap! Mendengar panggilan untuk berkumpul di bilik perjumpaan, mereka menyaksikan Ejen Leon dengan aksi yang mencuit hati mengumumkan tidak lain dan tidak bukan, Comot sendiri sebagai ketua teras Inviso yang baharu sehingga mengejutkan tuannya. Demikian jalan cerita yang dihasilkan oleh Bulat yang berbakat dalam melukis komik seraya dipuji oleh rakannya yang lain sebelum menyedari kehadiran seorang mentor yang tidak asing lagi di belakang mereka.

50 Misi Merdeka

Menjelang hari ulang tahun kemerdekaan setelah hampir 2 tahun bersama mengharungi pandemik wabak Koronavirus, ejen-ejen muda dikerahkan tenaga untuk memasang bunga api di sekitar Bangunan Perdana Cyberaya yang diketuai oleh Ejen Jet bagi pertunjukan bunga api secara siaran langsung oleh Dato' Bandar. Ali dan Bulat yang ditugaskan untuk memasang wayar kurang yakin dengan padanan wayar itu, namun membiarkannya sebelum bergerak ke tempat seterusnya. Ketika mereka cuba menguji dengan mengaktifkan sistem, elektrik seluruh bangunan terpadam yang berpunca dari segi pemasangan tadi. Dengan kepimpinan oleh Jet dan kerjasama ejen-ejen muda, mereka berjaya mengatasi isu yang berlaku. Tepat pada pukul 12 pagi, sekeliling Bangunan Perdana Cyberaya diwarnai dengan letupan bunga api yang mencahayai malam kemerdekaan sambil disaksikan oleh seluruh penduduk Cyberaya.

Kredit[]

  • Penyuntingan Kandungan:
    • Nor Azlin
    • Norul Azila
  • Artis Susun Atur:
    • CC Wong
    • YCYAP
  • Artis Komik | Penulis:
  • Grafik:
    • Aizuddin Aiman
    • Haswira Helmi
    • Aliff Azmi
  • Operasi:
    • Fuad Md Din
    • Diyana Anuar
    • Azi Shafian
    • Aziemah Azman
    • KJ Yeo

Trivia[]

  • AinLavendra, iaitu salah seorang artis komik Sidemission telah berkongsi di akaun Facebooknya tentang perincian bagaimana komik ini dikembangkan, iaitu:[3]
  1. Draf awal yang telah disiapkan secara kasar dicadangkan kepada pengarah.
  2. Memperhalusi draf selepas menerima maklum balas dan mendapat kelulusan.
  3. Memperhalusi draf lagi untuk proses penintaan.
  4. Proses penintaan dimulakan.
  5. Mewarnakan panel-panel komik dengan bayang-bayang (yang turut dibantu oleh Edadoodle dengan warna asas), diikuti dengan pewarnaan latar belakang yang sangat ringkas.
  6. Memasukkan warna dan perincian di luar panel komik.
  7. Akhir sekali, membuat buih-buih dialog dengan lukisan tangan dan memasukkan teks di dalamnya.

Galeri[]

Rujukan[]