Sut MEKA ialah gajet utama yang digunakan oleh Mika yang juga berfungsi sebagai kerusi roda baginya selepas dia didapati tidak boleh berjalan.
Sejarah[]
Ejen Ali[]
Menurut cerita Khai dalam MISI: ATLAS, Mika dilahirkan dengan penyakit saraf dan doktor berkata bahawa dia sudah tidak boleh berjalan lagi. Inilah sebabnya mengapa dia menggunakan sut ini sebagai gajetnya.
Bagaimana ia berfungsi[]
Mika boleh mengaktifkan sutnya dengan memasukkan lengannya ke dalamnya, membolehkannya untuk bertarung selama pertempuran.
Kebolehan[]
Sut MEKA membolehkan diri Mika untuk bergerak dengan bebas apabila ia diaktifkan, sebagai penambah kekuatan. Dalam MISI: PERANAN, Ali mahu mengangkat dirinya menggunakan yoyo, namun dia tidak kuat kerana Sut MEKA yang dipakainya terlalu berat. Namun, dia juga ditunjukkan mudah patah, seperti dalam MISI: PERANAN yang Chris berjaya mematahkan Sut MEKA. Mika juga boleh menggunakan sut ini sebagai perisai lalu terus menyerang musuh dari jarak dekat kerana musuh yang berlawan dari jarak jauh selalunya lemah pada jarak dekat.
Trivia[]
- Mika akan memasukkan kedua-dua lengan dan kakinya ke dalam sut ini setiap kali berada dalam medan pertempuran.
Galeri[]
[]
Gajet M.A.T.A. | |
---|---|
NEURO | Balistik | Lightweight Jetpack | Senapang Raifal "INDAI" |
KOMBAT | Perisai Plasma | Sut MEKA | Plasmakris | Selendang |
TEKNO | I.R.I.S. | Yoyo | Aero Boots | Spherubiks | R-O Bot | Nano Enhancer |
INVISO | Sarung Tangan Titik Tekanan | Kelajuan Super | Sut Holografik | Sarung Tangan Holo | Sut Camo |
Lain-lain | Atlas |