Ejen Ali Wiki
Register
Advertisement


Trez ialah watak dalam siri Ejen Ali. Dia merupakan salah seorang ahli kumpulan Numeros.

Ringkasan[]

Trez ialah salah seorang ahli kumpulan Numeros yang diketuai oleh Uno. Dia mempunyai Tangan Sibernatik yang dipasangkan pada badannya. Sebelum dijumpai Dos, Trez sudah lama bertindak di luar radar dan kerap menghilangkan diri. Dia direkrut oleh Dos selepas berjaya dikesan semasa sedang mencari bahan api yang diperlukan untuk Tangan Sibernatik dalam badannya. Trez terpaksa akur akan arahan Uno kerana Uno mempunyai teknologi yang boleh mengawal Tangan Sibernatiknya dari jarak jauh. Walaupun Trez ialah pengikut Uno, dia sukar mengikut arahan dan selalu melakukan sesuatu di luar kawalan Numeros.

Sejarah[]

Sejarah awal[]

Pada suatu malam, Trez telah menceroboh Makmal Kajian Teknologi C. Dia berjaya melepaskan kontainer yang berisi bateri sebelum tiga pengawal menemui dan mengepungnya. Trez yang menyedari kehadiran mereka menuju ke arah mereka sehingga mengejutkan pengawal itu kerana bentuk badan Trez yang besar hampir menyerupai raksasa. Trez memberitahu kepada mereka bahawa ia merupakan hari yang malang bagi mereka. Seorang pengawal yang panik tadi seraya melepaskan das-das tembakan tanpa henti ke arah Trez. Bagaimanapun tembakan itu langsung tidak menghasilkan kesan, lalu Trez mengenggam dan mematahkan senjata pengawal itu sebelum ketiga-tiga pengawal ditumpaskan olehnya.

Selepas Trez keluar dari bilik tersebut, dia dikepung lagi oleh beberapa kenderaan dengan pengawal-pengawal lain. Salah seorang pengawal memberikan amaran kepada Trez untuk menyerah kerana mereka tidak akan menunjukkan belas kasihan kepadanya. Tanpa berfikir panjang, Trez melompat ke udara lalu menghentakkan kedua-dua tangannya di atas lantai sehingga menyebabkan kehancuran serta menghasilkan bunyi yang kuat. Lalu Trez kembali ke tempat persembunyiannya, yang kemungkinan di bawah tanah untuk mengecas tubuh badannya menggunakan bateri tadi dan berfikir agar ia boleh bertahan dalam tempoh seminggu ataupun dua minggu.

Trez kemudian menyedari kehadiran Dos yang menegurnya adakah keadaan menjadi kecoh kerana dia mahukan bateri itu. Lalu dia mengumpamakannya seperti mainan kerana mempunyai senjata yang dahsyat di dalam tubuh badannya, namun memerlukan bateri untuk terus bertahan. Geram dengan kata-katanya, Trez mencabut wayar yang disambungkan ke tangannya lalu memberikan amaran kepada Dos untuk mencabut nyawanya. Trez meluru ke arah Dos dan cuba menyerangnya. Dos menggunakan kelajuan kasutnya mengelak semua serangan Trez lalu melontar shox stix ke arahnya, mengakibatkan litar pintas di tubuh badan Trez. Maka Dos menyindirnya lagi kerana mempunyai tubuh badan yang besar namun lemah. Trez bertambah geram lalu segera meluru ke arah Dos.

Dos melompat ke atas dan mengelak serangan Trez. Trez dengan pantas mencampakkan tong biru ke arah Dos. Dos terkejut dan mengelak lagi. Kelihatan Trez mengambil kesempatan itu untuk menyerang Dos dengan pantas. Walau bagaimanapun, tangannya terhenti betul-betul di hadapan muka Dos. Dia terasa seperti kedua-dua tangannya dikawal oleh seseorang. Pada masa yang sama, Uno muncul di skrin komputer dan bertanya khabar banduan 0303 - Trez. Dia mengucapkan terima kasih kepadanya atas demonstrasinya sebentar tadi dan berkata bahawa dia memang berguna untuk misi mereka. Trez bertanya siapa dia dan bagaimana dia tahu, sedangkan dia telah memusnahkan kesemua data tentang tangannya.

Uno menjelaskan bahawa dia tahu semua tentang tangan Trez dan memberitahu bahwa mereka memerlukan bakatnya untuk "misi" mereka. Trez bertanya bagaimana kalau dia menolak tawaran itu. Uno berkata bahawa dia tidak mempunyai pilihan lain dan entah dari mana datang satu bekas yang mungkin berisi bateri untuk tubuh badannya. Uno menyambung kalau bekas itu tidak mencukupi, masih terdapat banyak lagi seraya menyuruhnya untuk menganggap itu sebagai deposit terlebih dahulu. Dia meninggalkan pesanan bahawa mereka akan menunggunya lalu memutuskan talian. Trez menghentak papan kekunci komputer itu lalu mengambil bekas bateri tersebut.

Senjata[]

  • Tangan Sibernatik: Tangan ini membolehkan Trez untuk mengangkat 10 kali ganda keberatan daripada manusia biasa. Impak yang dihasilkan boleh menjana gelombang getaran dan dijadikan sebagai salah satu cara serangan Trez.

Kemahiran[]

  • Penggodaman: Trez mahir dengan sistem komputer dan mereka pelbagai jenis perisian untuk menggodam sistem rangkaian komputer.

Rupa[]

Trez merupakan seorang yang berbadan sasa dan botak. Dia mengenakan sut hitam tidak berlengan dan sepasang kasut but berwarna hitam. Dalam musim ke-2, Trez mengenakan lengan mekanikal berbanding lengan biasa seperti musim pertama.

Perwatakan[]

Meskipun sering kali berhujah dengan Dos, Trez memliki hubungan yang lebih dekat dengan Dos berbanding dengan anggota lain Numeros, seperti yang ditunjukan dalam MISI: I.R.I.S., di mana Trez mengusik Dos kerana Dos baru saja 'digoda' oleh Bakar.

Trivia[]

  • Nama "Trez" dieja berdasarkan perkataan "tres", yang bermaksud "tiga" dalam Bahasa Sepanyol.
  • Trez meminjam beberapa elemen teras daripada Hulk, termasuk kekuatannya.
  • Trez mirip seperti Jaws dalam francais James Bond sebagai penjahat yang mempunyai kekuatan super.
  • Dalam Majalah Komik Ejen Ali Misi 10, ia didedahkan bahawa tinggi Trez adalah 220cm dan tarikh lahirnya ialah 6 Mac.
  • Trez mempunyai logo "3" di atas kepala kirinya.
  • Rupa Trez serupa dengan Heavy Weapons Guy dari siri permainan Team Fortress 2.

Galeri[]

Gambar rasmi[]

Cekupan skrin[]

Ejen Ali[]

Musim 1
Musim 2

Navigasi[]

PaparSunting Watak
M.A.T.A. Kepimpinan Dato' Othman (pengasas) • General Rama
Ketua Teras: Dayang (TEKNO) • Ganz (KOMBAT) • Djin (INVISO) • Zain (NEURO)
Ejen Muda TEKNO: AliKhaiBulatKim
KOMBAT: MikaChrisImanRizka
NEURO: AliciaJetRozaSam
INVISO: RudyZassMoonAleks
Mentor dan Ejen Lain TEKNO: GeethaFitRazmanJenny | KOMBAT: BakarRajesh
NEURO: Leon | INVISO: KaryaBobbyRahulRizwanComot
Musuh Numeros UnoDosTrezCuatroCincoSeisSieteOchoNueveDiez
Siri Wak MusangKomengAbang BearNeonimusAnalogman
Filem NikiAndikSuryaPengganas
Cyberaya Pembesar Dato' OthmanDato' HishamDr. GhazaliDr. MalaDr. Tong
SRT Cyberaya 1 Kakitangan: Puan MunahBellaCikgu Bidin
Pelajar: SasidaranAliAliciaViktorBoyMiaShaunMawarMelurSyed
Orang Awam Aunty FayeDanishLabu
Advertisement