Viktor ialah watak dalam siri Ejen Ali. Dia merupakan salah seorang pelajar kelas 6 Avicenna dan kawan baik kepada Ali.
Rupa[]
Viktor mempunyai warna kulit yang cerah dan tingginya kira-kira sama dengan Ali. Rambutnya berwarna hitam dan disikat ke arah hadapan. Apabila di sekolah, Viktor mengenakan seragam sekolah berwarna putih yang lengkap dengan tali leher merah sementara lengan bajunya dilipat sehingga ke siku. Apabila di rumah pula, Viktor memakai jaket yang berwarna hijau dan putih.
Perwatakan[]
Viktor merupakan seorang pelajar yang kedua terbaik di kelas 6 Avicenna. Setiap kali pagi sebelum waktu untuk masuk ke kelas, dia sentiasa belajar dan mengulangkaji melalui tabletnya di kantin. Sebagai kawan baik kepada Ali, Viktor selalu memberikan nasihat yang terbaik untuknya, lebih-lebih lagi setiap kali Ali ditimpa masalah. Viktor juga gemar bermain permainan video, tetapi hanya apabila bersama Ali.
Petikan dialog[]
- "Keberanian itu bukanlah bila kamu lawan dan menang, tapi bila kamu terus berjuang demi tujuan yang murni, walaupun menghadapi pelbagai cabaran." - MISI: I.R.I.S.
- "Kita orang lelaki mesti selalu bertolak-ansur dengan kaum wanita. Kalau dia marah, mesti cepat minta maaf. Memang macam ini punya, tak salah pun kena minta maaf juga. Bapa aku cakap mesti macam ini, baru senang hati!" - MISI: PROTOKOL GEGAS
- "Jangan suka-suka janji kalau tak boleh ditunaikan. Nanti satu hari tak ada orang yang akan percaya kamu lagi." - MISI: DIEZ
Trivia[]
- Viktor merupakan seorang pemain permainan video yang bersemangat dan permainan kegemarannya ialah Detektif Jebat.
- Nama "Jebat" merupakan rujukan bagi Hang Jebat, seorang tokoh sejarah dari Empayar Kesultanan Melaka.
- Viktor berkongsi pelakon suara yang sama dengan General Rama dan Rizwan.
- Sepanjang siri ini, Viktor telah menyebut tentang ahli-ahli keluarganya iaitu ibu, bapa dan adiknya.
- Tarikh lahir Viktor ialah pada 18 Julai.
Galeri[]
Gambar rasmi[]
Cekupan skrin[]
Ejen Ali[]
- Musim 1
- Musim 2
Ejen Ali: The Movie[]
[]
Papar • Sunting Watak | ||
---|---|---|
M.A.T.A. | Kepimpinan | Dato' Othman (pengasas) • General Rama Ketua Teras: Dayang (TEKNO) • Ganz (KOMBAT) • |
Ejen Muda | TEKNO: Ali • Khai • Bulat • Kim KOMBAT: Mika • Chris • Iman • Rizka NEURO: Alicia • Jet • Roza • Sam INVISO: Rudy • Zass • Moon • Aleks | |
Mentor dan Ejen Lain | TEKNO: Geetha • Fit • Razman • NEURO: Leon | INVISO: Karya • Bobby • Rahul • | |
Musuh | Numeros | Uno • Dos • Trez • Cuatro • Cinco • Seis • Siete • Ocho • Nueve • Diez |
Siri | Wak Musang • Komeng • Abang Bear • Neonimus • Analogman | |
Filem | Niki • Andik • Surya • Pengganas | |
Cyberaya | Pembesar | Dato' Othman • Dato' Hisham • Dr. Ghazali • Dr. Mala • Dr. Tong |
SRT Cyberaya 1 | Kakitangan: Puan Munah • Bella • Cikgu Bidin Pelajar: Sasidaran • Ali • Alicia • Viktor • Boy • Mia • Shaun • Mawar • Melur • Syed | |
Orang Awam | Aunty Faye • Danish • Labu |