FANDOM



Wak Musang merupakan watak kecil dalam siri Ejen Ali. Dia bekerja sebagai penjual nasi lemak dan pada masa yang sama penjual maklumat secara rahsia.

Sejarah

Ejen Ali

Wak Musang melakukan kemunculan sulungnya dalam MISI: I.R.I.S. ketika dia menjual nasi lemak pada waktu pagi. Dos yang membawa suatu item bersamanya iaitu I.R.I.S., menyerahkannya kepada Wak dan berpesan kepadanya supaya dia menjaganya dengan baik. Dia memberikan kata laluan "Tempoyak Udang" bagi I.R.I.S.. Apabila Ali pergi membeli nasi lemak, dia berkata Tempoyak Udang dan membuatkan Wak Musang menganggap bahawa Ali adalah orang yang ingin mendapatkan I.R.I.S.. Dia memberikan sebekal nasi lemak secara pecuma kepada Ali kerana di dalamnya terdapat I.R.I.S.. Tidak lama kemudian, seorang lelaki yang berpakaian sut hitam datang untuk mendapatkan I.R.I.S. dan Wak Musang menyedari bahawa dia telah memberikannya kepada orang yang salah.

Dia muncul lagi dalam MISI: COMOT apabila dia menunjukkan rakaman kamera litar tertutup tentang I.R.I.S. kepada Abang Bear, iaitu item yang diberikan oleh Dos kepadanya dalam MISI: I.R.I.S..

Dalam MISI: UNO, Wak Musang berada di dalam penjara M.A.T.A. bersama dengan Ejen Bakar.

Dalam MISI: TUJUAN, kelihatan Wak Musang menangis dalam bilik penjaranya dan melihat Dos berlalu pergi, lalu merayu untuk tidak meninggalkannya sendiri.

Rupa

Wak mempunyai warna kulit yang agak gelap iaitu lebih kepada warna kulit sawo matang. Rambutnya berwarna hitam di kiri dan kanan serta botak di tengah. Sebagai seorang penjual nasi lemak, Wak Musang berpakaian serba biasa iaitu dengan berbaju t-shirt putih dan memakai apron kuning. Seluarnya berwarna hitam dan panjang sehingga ke paras buku lalinya. Wak juga memakai sepasang kasut hitam yang mirip seperti kasut kerja.

Perwatakan

Galeri

Gambar rasmi

Cekupan skrin

Ejen Ali

Musim 1
Musim 2

Navigasi

Watak
Watak Baik Ali | Bakar | Alicia | General Rama | Rizwan | Comot | Karya | Leon | Geetha | Jet | Roza | Mika | Chris | Iman | Bulat | Khai | Zass | Moon | Rudy | Zain | Ganz | Dayang
Watak Jahat Dos | Trez | Wak Musang | Dr. Aaron | Komeng | Abang Bear | Jenny | Uno | Neonimus | Analogman | Ocho | Seis | Siete
Watak Penolong Aunty Faye | Shaun | Syed | Dr. Tong | Viktor | Mia | Puan Munah | Dr. Ghazali | Dr. Mala | Melur | Mawar | Sasidaran | Boy | Cuatro