Yoyo ialah salah satu gajet yang digunakan oleh Ali.
Sejarah[]
Ejen Ali[]
Pada awalnya yoyo ini hanyalah yoyo biasa yang sering dimainkan oleh Ali dan membuat aksi dengannya. Selepas Ali menjadi ejen dalam M.A.T.A., Jenny telah menaik tarafkan yoyo ini sehingga ia menjadi salah satu gajet yang digunakan oleh Ali dalam pertempurannya.
Bagaimana ia berfungsi[]
Ia boleh membuat perisai apabila ia berputar berulang-ulang, memberikan pengguna pertahanan yang diperlukan. Apabila ia dibiarkan, yoyo ini menghasilkan kekuatan yang membantu pengguna untuk menolak dan menjatuhkan lawannya, bahkan kadang-kadang apabila ia diketuk, ia boleh membuat musuh-musuhnya untuk tidak sedarkan diri.
Kebolehan[]
Yoyo ini membolehkan Ali untuk berlindung dari tembakan-tembakan senjata oleh musuh dengan memutarkannya di hadapannya. Ali dapat menyerang musuhnya dengan menghasilkan gelombang angin dari yoyonya dan melemparkannya ke arah musuh untuk menolak mereka.
Trivia[]
- Yoyo ini dirangka dengan aloi titanium dan talinya telah diperkukuh dengan logam fleksibel.
Galeri[]
[]
Gajet M.A.T.A. | |
---|---|
NEURO | Balistik | Lightweight Jetpack | Senapang Raifal "INDAI" |
KOMBAT | Perisai Plasma | Sut MEKA | Plasmakris | Selendang |
TEKNO | I.R.I.S. | Yoyo | Aero Boots | Spherubiks | R-O Bot | Nano Enhancer |
INVISO | Sarung Tangan Titik Tekanan | Kelajuan Super | Sut Holografik | Sarung Tangan Holo | Sut Camo |
Lain-lain | Atlas |