Ejen Ali Wiki
Advertisement


Zass ialah watak dalam siri Ejen Ali Musim 2. Dia merupakan ejen INVISO dari Akademi M.A.T.A..

Sejarah[]

Ejen Ali[]

Gajet[]

  • Kelajuan Super: Zass boleh berlari dengan pantas. Dia boleh menyelinap masuk dan keluar dengan cepat, mencuri benda tanpa disedari lawan, membuat lawan sukar untuk menangkapnya dan pada masa yang sama membingungkan mereka. Kelajuan super terhasil daripada kasut lariannya.

Rupa[]

1546060555543

Zass mengenakan sut ala-ala teras INVISO iaitu berwarna putih kelabu seperti mangkuk pada leher sebagai pakaiannya dan juga berkulit cerah. Rambut dia terpacak ke bawah serta memakai fon kepala untuk mendengar muzik. Dia turut mengenakan seluar berwarna hitam penuh dan sepasang kasut berwarna putih penuh.

Perwatakan[]

Menurut Moon, Zass tenang dan tidak boleh bercakap. Dia hanya berkomunikasi melalui gerak isyarat. Dia juga tenang dan relaks semasa menjalankan misi. Walau bagaimanapun, dalam MISI: MAIN, dia pengsan selepas beranggapan yang dia akan mati dalam perlanggaran keretapi.

Trivia[]

  • Zass, Roza, Bulat dan Chris berada dalam satu pasukan dalam MISI: ORIENTASI.
  • Zass merupakan watak pertama (dan satu-satunya) dalam siri Ejen Ali yang tidak mempunyai pelakon suara.
    • Ini menunjukkan bahawa Zass adalah bisu, kerana dia tidak menghasilkan apa-apa bunyi apabila dia bergelut.
  • Taktik yang digunakan oleh Zass serupa dengan Ying dalam siri BoBoiBoy. Mereka berdua mempunyai banyak persamaan seperti:
    • Kedua-duanya merupakan salah seorang watak terlaju dalam siri.
    • Mereka berdua selalunya akan menggunakan kelajuan untuk mengelirukan musuh.
  • Nama Zass diambil dari hasil suara kelajuannya.
  • Dalam MISI: CABAR, Zass mendapatkan peringkat kedua iaitu selepas Rudy semasa tempoh latihan dengan 40:65 saat.
  • Gambar promosi yang menunjukkan Zass, Jet dan Bulat sedang penat berpuasa menandakan ketiga-tiga mereka adalah beragama Islam.
  • Dalam official Instagram @ejen_ali, tarikh lahirnya ialah 14 Oktober.[1]
  • Dalam Majalah Komik Ejen Ali Misi 40, tarikh lahirnya ialah 4 April.

Galeri[]

Wiki-wordmark
Wiki Ejen Ali mempunyai koleksi gambar untuk Zass. Rujuk Zass/Galeri.

Rujukan[]

Navigasi[]

PaparSunting Watak
M.A.T.A. Kepimpinan Dato' Othman (pengasas) • General Rama
Ketua Teras: Dayang (TEKNO) • Ganz (KOMBAT) • Djin (INVISO) • Zain (NEURO)
Ejen Muda TEKNO: AliKhaiBulatKim
KOMBAT: MikaChrisImanRizka
NEURO: AliciaJetRozaSam
INVISO: RudyZassMoonAleks
Mentor dan Ejen Lain TEKNO: GeethaFitRazmanJenny | KOMBAT: BakarRajesh
NEURO: Leon | INVISO: KaryaBobbyRahulRizwanComot
Musuh Numeros UnoDosTrezCuatroCincoSeisSieteOchoNueveDiez
Siri Wak MusangKomengAbang BearNeonimusAnalogman
Filem NikiAndikSuryaPengganas
Cyberaya Pembesar Dato' OthmanDato' HishamDr. GhazaliDr. MalaDr. Tong
SRT Cyberaya 1 Kakitangan: Puan MunahBellaCikgu Bidin
Pelajar: SasidaranAliAliciaViktorBoyMiaShaunMawarMelurSyed
Orang Awam Aunty FayeDanishLabu
Advertisement